Jumlah Pengunjung

Friday 28 October 2011

JALAN-JALAN KE SINGAPURA

Sempena cuti Deepavalli, Ummi dan Iman menyertai rombongan  Lembaga Koperasi Sekolah jalan-jalan ke Singapura. Sebelum bertolak Ummi minta rakan sekolah tolong tukarkan wang untuk Ummi. Alahai RM500 yang Ummi tukar hanya dapat 204 Dolar Singapura. Begitu jauh nilai wang Malaysia dan Singapura.

Kami bertolak pukul 6 hari Selasa dan tiba di Johor Bharu  jam 8.00 pagi. Kami menyimpan barang di Seri Malaysia. Sebelum itu jam 5. 40 pagi kami singgah di R&R Macap untuk membersih diri dan sembahyang. Ummi rasa sangat letih dengan perjalanan yang panjang. Kalau datang dengan Ayah tentu bermalam di mana-mana hotel.

Setelah itu kami melalui pemeriksaan di komplek imigresan.Semasa memasukkan pasport melalui laluan automatik hanya pasport Iman yang lepas dan pasport Ummi tak discan. Jadi Ummi kena keluar semula dan buat sekali lagi. Mungkin lebih baik jika Ummi guna laluan biasa. Agaknya dalam laluan automatik  tidak boleh masuk 2 orang serentak tapi mana mungkin Iman masuk sendiri.




Sebelum ke Singapura Ummi terbayang keadaan negara itu yang dikatakan sangat bersih tetapi setelah Ummi masuk Ummi rasa rumah Ummi lebih bersih. Jadi sebenarnya biasa sahaja. Yang Ummi faham masyakat yang lebih maju pemikirannya lebih pembersih. Jadi tidak semestinya kita di Malaysia secara individunya semua lebih mundur daripada penduduk Singapura. Yang tidak Ummi bayangkan sebelum ini ialah adanya hutan dan belukar sebaik melepasi Tambak Johor.Penduduk Singapura hanya berjumlah 5.2 juta dan lebih sejuta adalah warga asing.

Bas membawa kami mengelilingi Pulau Singapura. Ditunjukkan kepada kami bangunan-bangunan yang cantik di Singapura, pelabuhanTanjung Pagar, Eye Of Singapore dan sebagainya. Seterusnya dibawa ke Dataran  Merlion iaitu dataran tepi tasik buatan hasil penambakan laut. Memang ramai  kumpuilan pelancong luar di sini.Kemudin ke kedai bebas cukai tapi Ummi rasa harga barang di kedai ini sangat mahal. Satu key chain berharga 5 Dolar. Dalam ringgit tentulah tidak kurang 10 ringgit.

Seterusnya kami ke Masjid Sultan. Di sini nampaklah seronok sedikit kerana ramai masyarakat Islam. Kami makan tengahari di kedai di sini. Namun kedai makannya tidaklah seselesa di tempat Ummi yang biasa Ummi kunjungi  di Malaysia. Nampak sangat Indah khabar dari rupa.Tetapi  harga barangan di gerai-gerai di sini,  tidaklah mahal sangat. Jadi Ummi beli ole-ole untuk dibawa balik di sini. Masyaallah .... hujan turun dengan lebatnya dan kami terperangkap agak lama di sini.


                                           Bergambar di hadapan  patung singa berbadan ikan



Sekitar pukul 3 petang, kami dibawa ke Pulau Sentosa.Entah apa-apa yang nak ditunjuk oleh pemandu pelancong ni. Ummi langsung tak teruja ketika dibawa ke Universal Studio. Tak minat le Ummi tempat  macam tu. Kami hanya bergambar kemudian belah dari situ. Kesian Iman. Tak ada apa yang menarik sangat. Lainlah kalau dibawa untuk menaiki kereta kabel atau monorail mengelilingi  Pulau itu. Boring betul....

Malam itu kami bermalam di Seri Malaysia JB. Ummi dan Iman tidur mati. Hotelnya pun agak buruk. Cantik lagi Sri Malaysia di Kuala Terengganu  atau di Taiping. Esok pagi nya, rombongan  kami bertolak pulang. Singgah di Ayer Itam. Ummi beli le pasu souvineer sekotak yang ada 150 biji untuk diberi kepada Mak Ngah Nab yang nak buat kenduri kahwin hujung Disember nanti. Kemudian singgah di Jalan Tunku Rahman Kuala Lumpur. Duit yang Ummi bawa Ummi belanja sakan di Sogo. Duit Dolar Singapura hanya terusik 40++ sahaja.
Pendek kata,  pada  pendapat Ummi, lebih seronok jalan-jalan ke Selatan Thai atau ke Indonesia berbanding ke Singapura.

Saturday 22 October 2011

SEHARI DI SONGKLA

Hari ini sekali lagi Ummi, Iman dan Ayah jalan-jalan ke Selatan Thai. Kali ini destinasi kami ke Songkla sebuah bandar yang menjadi ibu negeri provinsi Selatan Thai. Songkla  adalah sebuah bandar di tepi pantai yang agak besar dan cantik. Iman mulanya kurang berminat ke sana dan lebih berminat untuk ke Taiping tetapi tanpa kami duga, kami ternampak sign board zoo Songkla. Jadi lawatan kali ini tentulah amat mengembirakan Iman.
Oleh kerana hari ini hari Jumaat, langkah pertama kami,   mencari masjid untuk Ayah menunaikan fardhu Jumaat. Alhamdulillah di sini kami berjumpa sebuah masjid dalam perkampungan melayu. Rata-rata peniaga di sekitar masjid ini bercakap dailek melayu yang ada persamaan dengan Kelantan. Sementara menunggu Ayah selesai sembahyang, Ummi dan Iman melihat-lihat  barang dan makan di kedai sekitar masjid. Murah dan berpatutan. Orang melayu di sini adalah dari rumpun Melayu  Singgora. Ada 32.8% penganut Islam di Songkla. Perkataan Singgora ada tertulis dalam buku Sejarah Melayu  menerusi pantun yang menceritakan kehebatan  ilmu seorang yang bernama Tun Habib  Abdul Majid yang berbunyi:
                Telur itik dari Singgora
                Pandan terletak dilangkahi
                Darah setitik di Singapura
                Badan terlantar di Langkawi
                                              memilih jalan ke Nathawi
                                              sampai di Bandar Songkla yang cantik
                                          Berhenti sembahyang





Di hadapan Yo Island                                                

                                         Naga menyembur air yang sinonim dalam masyarakat Thai

Setelah Ayah selesai solat, Ummi jamakkan sembahyang di masjid yang sama. Masjid ini 2 tingkat. Ummi agak masjid ini tentu sentiasa diimarahkan kerana rumah kelilingnya rapat dengan masjid. Setelah itu kami jalan-jalan ke tepi pantai. Rasanya nama pantai itu Pantai Samila dan pantai ikan duyung. Yang amat kami terkejut ialah apabila kami sampai ke Danau Songkla. Danau ini adalah danau terbesar di Thailand. Pemandangannya begitu cantik dan di sebelah sana terdapat Yo Island. Ummi teringin untuk ke sana dengan feri tetapi Iman tidak setuju. Jadi mungkin lain kali kami berkesempatan ke sana. Dari sebelah sini Ummi nampak ada masjid dan tentu komuniti Islam di sana agak besar.

Destinasi kami seterusnya ialah Zoo Songkla. Bayaran masuk untuk tiga orang dan kereta ialah 250 bhat atau 25 ringgit. Zoonya luas dan agak lebih hidup berbanding Zoo Taiping. Ada water team Park lagi. Puaslah kami pusing-pusing kawasan zoo ini. Iman minta Ayah janji datang lagi ke sini kerana hari ini Iman tidak sempat masuk taman tema air ini. Oleh kerana hari dah petang, kami bertolak pulang.Takut-takut tidak berjumpa jalan untuk ke Bukit Kayu Hitam. Namun Alhamdulillah Ayah dapat mencari jalan ke Sadao walaupun kami terperangkap di tengah bandar Hat Yai semasa dalam perjalanan pulang.

Di hadapan tree top untuk melihat hornbill
                                                                                                                                    

Selamat tinggal Zoo Songkla

Saturday 8 October 2011

JALAN-JALAN KE NEGARA GAJAH PUTIH

Hari ini Sabtu, Ayah mengajak Ummi dan Iman jalan-jalan ke selatan Thailand. Kami pernah pergi sekali dulu dengan pakej tapi kali ini ayah ingin memandu sendiri. Kami bertolak seawal pagi kira-kira jam 8.30 pagi dari rumah menuju ke Kompleks Imigresen Durian Burung. Urusan cop pasport dan insurans kereta cepat dan tidak memakan masa. Hanya kami sahaja yang berurusan ketika itu. Semua pengisian borang dalam bahasa Thai dilakukan oleh ejen di sempadan sebelah Siam dan kami hanya ambil road tax dan insurans untuk 1 hari. Alhamdulillah, Pegawai imegresen Malaysia di Durian Burung dan Siam boleh dipuji. Maklumlah tiada kerja kerana pengguna sangat kurang.


Antara pemandangan sepanjang jalan...... ada juga rumah cantik 


Di Sempadan sebelah  Siam sedang rancak dengan pembinaan kompleks  kastam dan Imegresen sedangkan di sebelah Malaysia telah lama siap. Kami melalui beberapa pekan kecil seperti Bekok, Natawi, Pa Mo, Hadyai, Ban Prik, Sadao, Danok seterusnya  masuk balik ke Malaysia melalui Bukit Kayu Hitam. Ummi dengar kawan-kawan ada cerita wilayah Siam sebelah utara selamat kerana mereka mempunyai kuasa autonomi. Wilayah Siam yang tidak selamat pula ialah di Yala, Narathiwat dan Pattani.

Jalan raya yang kami ikuti tidaklah sibuk dan lebih merupakan highway setelah kita sampai ke Natawi. Highwaynya pula free. Kami singgah makan di  gerai  sebelah kawasan masjid. Ada  banyak pelajar dan sekolah mereka di kawasan masjid. Rasanya kalau di Malaysia ia adalah kelas KAFA.

Di Hadyai, kami membeli belah di supermarket yang sama seperti Malaysia. Ayah masih keliru dengan jalan. Jadi kami berhenti saja di mana kami nampak ada mall. Ummi beli kasut dan ayah beli t-shirt.Barangan agak berkualiti kalau dibandingkan dengan barangan di Danok atau Bukit Kayu Hitam.Di mall pekerja boleh berbahasa Inggeris. Orang Islam pun ramai. Kalau dibandingkan dengan Sumatera Utara di sini lebih banyak masjid dan babi tidaklah dijual di tepi-tepi jalan. Mungkin Orang Thai menghormati saudara Islam mereka.

.

Makro pun ada
Mungkin satu hari nanti Pak Cik Karg dan Pak Su Die boleh berkonvoi bersama kami ke sana. Kita boleh ke pantai Phat Bara. Kata kawan Ummi pantai di sana lebih cantik dan lebih dekat berbanding jika kita ke Penang atau ke Pantai Timur. Insyaallah boleh melihat perkembangan Islam di tempat orang.