Jumlah Pengunjung

Thursday 26 April 2012

KATA SAIDINA UMAR

1. Siapa yang banyak ketawa, maka kewibawaannya sedikit
2. Siapa  banyak bercakap, maka dia banyak dosa
3. Siapa banyak dosa, maka sikitlah rasa malu
4. Siapa sedikit rasa malu, maka sedikitlah waraknya
5. Siapa sedikit waraknya, maka hatinya mati.

CIRI-CIRI HATI YANG MATI

Sunday 15 April 2012

TENANGKAN PERASAAN

Minggu lepas merupakan minggu yang sangat sibuk. Bapa Ummi yang berusia 89 tahun telah kembali ke rahmatullah dan selamat dikebumikan pada jam 12 tgh sebelum sembahyang Jumaat. Pada minggu lepas juga sekolah sibuk dengan latihan pantun dan pidato untuk pertandingan peringkat daerah. Tambah sibuk lagi apabila ada pemantauan Kurikulum Berkualiti(PKB) dari JPN. Dan pada Khamis lepas dapat surat yang pemantau instructional leadership pula nak datang. Jadi Ummi sampai ke rumah lewat petang setiap hari. Hujung minggu iaitu hari Sabtu pula ada kursus dalaman. Letih betul minggu ini.

Untuk menenangkan perasaan Ummi membelek pokok-pokok bunga di halaman rumah. Rasa tenang bila melihat kehijauan dan kecantikan bunga-bunga di taman. Memang terapi yang berkesan kepada orang yang sukakan bunga macam Ummi.
                                                      Keladi memanjat tiang pegola

                                                              Orkid yang ramah berbunga
                                                            Betik yang rajin berbuah
                                             sepit udang yang menyerikan taman
                                           Pisang berdarah berkawan rapat dengan pam merah
                                                             Hijau menyejukkan mata