Jumlah Pengunjung

Sunday 23 December 2012

APA YANG UNIK DI VIETNAM

Sebagai manusia kita gemar memerhati kelainan-kelainan di sekeliling kita lebih-lebih lagi apabila kita berada di luar negara. Di Vietnam ada beberapa perkara yang agak menghairankan kami. Antaranya:
1. Terdapat kubur dalam petak-petak sawah dan di kebun. Hal ini kerana mayat orang mati  ditanam di tanah milik sendiri kecuali mayat masyarakat Islam yang ditanam di kawasan masjid. Keadaan ini sama dengan keadaan perkampungan masyarakat batak di Sumatera Utara.
2.Buahan-buahan yang dijual di gerai disusun kemas, teratur dan sangat menarik. Misalnya rambutan tidak dilonggok seperti di negara kita.
3. Bilik airnya berpintu cermin separuh selepas paras pinggang. Orang di luar boleh nampak apa yang dilakukan oleh orang di dalam tetapi cermin tersebut tidaklah telus.
4. Bilik airnya sangat bersih malah lebih bersih dari R &R kita.
5. Majoriti orang di Ho Chi Minh City memakai topeng menutup hidung dan mulut. Bukan itu saja ada juga sejenis baju siap dengan tudung dan penutup muka. Mereka begitu menjaga kesihatan.
6. Peniaganya sentiasa cuba menipu pelanggan. Contohnya barang yang kita beli ditukar kualitinya tanpa kita sedari dan tidak cukup sukatan. Oleh itu pembeli harus berhati-hati.

Friday 21 December 2012

CEMERLANG OH CEMERLANG

Sekarang ini orang ramai sedang membincangkan adakah keputusan anak mereka cemerlang dalam PMR. Berapa orang mendapat straight A di sekolah itu dan di sekolah ini. Jarang orang bertanya adakah keputusan  PMR pelajar A lebih baik dari keputusan UPSRnya? Berjayakah sekolah yang menerima pelajar 5A melahirkan seratus peratus 8A?Walhal soalan itulah setidak-tidaknya membawa  maksud cemerlang.

Bagi  anak-anak yang masuk ke sekolah menengah dengan ALL England(All E UPSR) atau ALL Denmark atau All Canada  mereka kini terpaksa meneruskan pengajian ke tingkatan 4 kerana sistem pendidikan kita mengkehendaki setiap warganya mendapat pendidikan sehingga berusia 18 tahun. Disebabkan akta tersebut, terdapat juga anak-anak yang tidak bersekolah datang mengambil peperiksaan sahaja. Apalah yang mampu dijawab oleh mereka dalam dewan peperiksaan?

Kini, di tingkatan 4, mereka diminta pula untuk belajar menulis karangan, disogok pula dengan kepayahan mengira dalam matematik, dijuruskan pula dalam berbagai-bagai aliran yang mereka sendiri tidak pasti untuk apa kerana cita-cita mereka sekadar menjadi seorang penoreh getah, menjadi pembawa back hoe, menjadi pam attenden dan memotong ayam di pasar. Mereka terpinga-pinga dan keliru berhadapan dengan subjek-subjek yang kurang relevan dengan cita-cita yang sepadan dengan kebolehan mereka.

Hendak ke sekolah vokasional pula bukanlah senang. Sekolah jauh di bandar besar. Pening kepala memikirkan bagaimana mahu tinggal di asrama kalau tuala dan persalinan pun tiada. Apalagi memikir peraturan asrama yang perlu diikut sedangkan sehari-hari  mereka dengan rutin kehidupan yang berbeza. Bangun tidur tiada siapa bertanya pukul berapa? Semoga suatu hari, semua akan lebih peka dan semua anak-anak mendapat pendidikan yang sesuai dengan kebolehan mereka. Insyaallah.

Sunday 16 December 2012

MEMBELI BELAH DI VIETNAM PART 2

Bandar Ho Chi Minh menjadi syurga membeli belah bagi rakyat Malaysia.Jelas muka-muka Melayu Malaysia di semua pasar di bandar ini. Antara pasar yang kami kunjungi ialah Pasar Ben Tanh. Terdapat beratus-ratus gerai menjual pelbagai barangan dalam pasar berbumbung ini. Anda boleh membeli dan tawar menawar dalam bahasa Melayu atau pun Inggeris. Mata wang yang boleh digunakan di sini ialah mata wang ringgit, Vietnam Dong atau USD (Dollar Amerika). Kadar tukaran mata wang  ialah 1 ringgit bersamaan 7000 Vietnam Dong. manakala untuk 1 USD bersamaan 3 ringgit Malaysia. jadi membeli dengan USD atau ringgit lebih mudah namun kalau kita hanya ada USD sahaja agak sukar juga untuk membeli barangan yang murah seperti minuman atau barangan kecil lain. Bayangkan jika kita hanya ada wang paling kecil ialah 50 USD dan ingin membeli sebotol air, memang agak menyukarkan.
                                                            menjual buah manggis

Satu lagi tempat membeli belah yang Ummi pergi ialah sebuah pasar dua tingkat di Cina Town. Bagi Ummi pasar ini lebih banyak barang  dan lebih crowded  dan kebanyakan barang dijual secara borong. Oleh kerana Ummi mencari kain ela, kami menuju ke tingkat satu sebelah tepi. Satu lorong penuh dengan kain. Membeli kain ela di sini lebih baik daripada di pasar Ben Tanh kerana di pasar Ben Tanth kain  siap dipotong. Jadi di sini lebih selamat dari masalah ditipu tidak cukup meter. Pendekata section kain ela ini penuh dengan orang Malaysia.


Sebagai panduan untuk tawar menawar harga, kami terlebih dahulu  meminta panduan daripada pemandu pelancong kami tentang harga yang sepatutnya bagi setiap barang. Contohnya  bagi baju Polo harga paling rendah ialah RM10, harga vietnam silk ialah 35 ringgit sepasang, harga  Inglish cotton ialah 35 ringgit sepasang, kain chiffon RM 32 , kain yang disulam RM32, kain manik antara RM38- RM 42. telekung biasa RM33, telekung kerawang RM42 dan telekung  68 bunga ialah 50- 55 ringgit. Memang peniaga di sini meletakkan harga yang sangat tinggi tapi kalau kita tahu harga yang patut senang untuk kita menawar. Jangan pilih barangan selagi harga belum ditawar. Anda perlu bertanya harga dahulu kepada peniaga. Setelah itu anda terus tawar ke harga yang Ummi nyatakan di atas. Peniaga tersebut pada mulanya akan berpura-pura tidak boleh.Anda juga harus bergerak keluar dan tunggulah, pasti dia akan memanggil anda semula. Terus deal harga, apabila harga yang kita minta dipersetujui barulah anda mula memilih. Hal ini kerana satu sikap peniaga di sini  ialah suka memaksa. Jangan biarkan anda terpisah dari rakan anda demi keselamatan anda.

Saturday 15 December 2012

JALAN-JALAN KE VIETNAM PART 1

Sebelum ke Vietnam, Ummi membayangkan Vietnam tentulah sama sahaja dengan Thailand. Tentu di Vietnam  bahasanya lebih kurang sama sahaja, tentu ada pasar terapung, budaya yang sama  dan suasana bandarnya sama. Tetapi setelah berada di sana selama 4 hari 3 malam dari 11 hingga 14.12. 2012 Ummi sedar antara Vietnam dan Thailand tidak sama. Yang sama hanyalah dari segi waktu yakni kedua-dua negara ini lewat satu jam dari waktu Malaysia.
Kami bertolak dari dari LCCT ke Ho Chi Minh City atau nama lamanya Saigon pada jam 9.10 minit pagi dan tiba di Lapangan terbang  Tan Son Nhat pada jam 11 pagi Malaysia atau jam 10 pagi Vietnam. Masa perjalanan ialah 1 jam 50 minit. Tiada borang arrival dan departure kemasukan  perlu diisi seperti di negara lain.. Senang dan mudah. Sebaik sampai, kami terus ke toiletdan tiada paip air disediakan. Ummi memang telah bersedia dengan botol kosong di dalam handbag. Tetapi ada raka-rakan yang terkejut dengan keadaan itu. Hal ini berbeza dengan Thailand yang kesemua bilik airnya ada bekas air dan gayung.
Sebaik tiba kami terus dibawa untuk check in penginapan. Ummi dan Iman menginap di Hotel Hainam yang terletak di kawasan Pasar Ben Thant iaitu tempat membeli belah yang terkenal. Kemudian kami dibawa ke restoran untuk makan tengahari. yang terletak berdekatan dengan hotel ini.

Di sebelah petang kami dibawa bersiar-siar di Ho Chi Minh City dan melihat beberapa bangunan warisan yang terdapat di sini.

Pada sebelah malam kami dibawa menikmati  makan malam di Restoran Muslim seafood di Sungai Saigon. Bentuk restoran atas air ini sangat unik seperti berada di atas feri atau kapal persiaran. Seterusnya jalan-jalan di pasar malam.



                          Iman bergambar dengan gadis penyambut tamu yang sopan berbaju tradisi Vietnam

Pada hari kedua kami dibawa melawat My Tho City, menaiki bot merentasi Sungai Mekong ke sebuah perkampungan yang mengusahakan tanaman buah-buahan, mengusahakan hasil produk berasaskan kelapa dan madu lebah. Macamlah  kami tidak pernah melihat dusun dan buah kelapa. Mereka bersungguh-sungguh menerang kepada kami proses memarut kelapa, memerah santan, membuat dodol dan  menghasilkan candy daripada kelapa . Bagi Ummi semua itu biasa sahaja malah di tempat kita lebih banyak industri yang boleh ditunjuk kepada pelancong jika ada kreativiti.
Contohnya di vietnam, kami menyusuri kawasan kampung  yang denainya kemas, menaiki kereta kuda untuk ke satu tempat lain dan seterusnya menaiki sampan panjang  melalui  anak-anak sungai di Sungai Mekong dan kemudian dihantar kembali ke bot yang mula-mulai kita naiki untuk ke sini.. Benda biasa menjadi luar biasa, attraktif dan menyeronokkan.
                                                         Iman dibantu untuk menaiki bot
 Menyusuri anak sungai dengan sampan
                           Beramai-ramai menaiki kereta kuda dalam kampung penduduk di Vietnam
                                 Tuan punya  kereta kuda yang membawa Iman, Ummi, Mak Long dan Mak Ngah

Pada hari ke-3 kami melawat terowong Chu Chi yang digunakan semasa Perang Vietnam. Kedaannya lebih kurang dengan perkampungan  bekas komunis  di Thailand. Bezanya ialah di sini kawasannya lebih luas dan fokosnya kepadajenis-jenis dan  cara-cara jerangkap samar dibuat oleh menentang tentera Amerika.


                           Sebelum tiba di terowong , singgah dulu di kilang seramik yang diusahakan oleh  
                            orang-orang kurang upaya.



Banyak sangat yang hendak diceritakan. Sampai di sini dulu, Ummi akan sambung lagi di entri seterusnya.