Jumlah Pengunjung

Saturday 26 January 2013

JALAN-JALAN ZOO SONGKHLA


Zoo Songkhla merupakan tempat yang sangat sesuai dikunjungi oleh ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil. Harga tiket masuknya amat berpatutan  jika kita  lihat apa yang kita terima dalam zoo ini. Dengan bayaran RM10 untuk dewasa dan RM5  untuk kanak pengunjung  boleh membawa masuk kereta. Harga tanpa kereta lebih rendah.

 Harga tiket Zoo Songkhla  telah termasuk harga untuk masuk Zoo Water Park, melihat pertunujukan binatang dan  melihat binatang Zoo diberi makan.

Dalam lawatan Ummi baru-baru ini, Iman mula dengan bermain air di Waterpark jam 10.30 pagi. Dalam lawatan kami yang sebelum ini, kami tak tau yang harga tiket sudah termasuk sekali dengan water park. Jadi kali ini. Iman siap bawa baju mandi. Untuk yang tidak mempunyai baju mandi, baju mandi disediakan di pintu masuk water park. Di Thailand mengikut  pengalaman Ummi, semua pengguna kolam mesti berbaju mandi dan bertopi  untuk mengelak rambut gugur dalam kolam dan merosakkan sistem kolam. Baju mandi di sini dibuat sendiri oleh pihak zoo dengan menggunakan kain jersey hitam. jadi, kalau kita inginkan baju mandi, boleh buat sendiri rupanya. Di bahagian kanak-kanak, begitu ramai pelajar tadika bermain air bersama Iman. Di bahagian  dewasa waterpark ini ada mirip lost world.

Kami memang tak faham perjalanan aktiviti di sini, jadi kami ikut saja pergerakan rombongan tadika-tadika Thailand ini. Dari waterpark mereka menuju ke pertunjukan haiwan. Jadi kami pun ikut untuk melihat pertunjukan anjing laut. Selepas itu mereka berjalan kaki dari satu tempat ke satu tempat. Kami pula berkereta. Memang tak mampu ummi untuk menapak. Luas kawasan zoo ini yang terletak di atas bukit. Pemandangannya begitu indah sekali.

Satu lagi yang menarik di sini ialah melihat harimau diberi makan. Tempat harimau dengan penonton begitu dekat dan harimau nampak aktif. Penjaga zoo akan menggantung ayam dan daging pada tali dan 4 ekor harimau yang ada  akan melompat dan memanjat untuk mendapat makanan. Aksi harimau yang jatuh ke dalam air sehingga terpercik ke baju penonton benar-benar mencuit hati. Masa melihat aksi harimau diberi makan ini ialah 30 minit. Jadual masa pertunjukan dan masa memberi makan disediakan di beberapa tempat dalam zoo. Untuk ibu bapa di kawasan utara Semenanjung, wajar sekali pada pendapat Ummi membawa anak-anak ke Zoo Songkla dan kalau boleh spend sehari  masa di sana.




Sunday 20 January 2013

KRABI

 Bersempena cuti Keputeraan Sultan Kedah, sekolah cuti tiga hari. lalu kesempatan itu membolehkan Ummi, ayah dan Iman jalan-jalan ke Krabi. Langsung tak terfikir oleh Ummi kat mana letaknya Krabi di Thailand. Ayah yang rajin search internet cari jalan dan bandar yang perlu dilalui. Lalu  bermula jam 8 pagi, kami bertolak ke pintu sempadan Wang klian. Singgah makan dan ambil insurans kereta  serta tunggu Maklang yang nak ikut serta. melepasi border hampir 11.30 pagi seterusnya ke Chalung mencari jalan ke Trang  seterusnya Krabi. Berhenti sembahyang Jumaat dan akhirnya tibalah kami ke destinasi  jam 5,30 petang.
  Sampai saja  ke bandar Krabi yang terletak di muara sungai, kami berhenti bergambar dan perjalanan kena diteruskan lagi mencari Aonang dan inilah  pemandangan pertama di sana. penuh dengan pelancong terutama mat saleh. Sekali pandang nampak sama dengan Batu Feringgi atau Pantai Cenang Langkawi tapi rasanya lebih besar dan tempat-tempat tadi. Hati Ummi rasa serabut dah tengok tempat ni. Menyesal pun ada.


 Bila kami teruskan perjalanan ternampak masjid besar ni dan macam biasa Ummi akan berhenti sebab sure ada ramai muslim. Kami cuba cari hotel area ini tapi semua dah penuh. Akhirnya singgah makan di gerai tepi masjid. Merasa pancake pisang yang ditaruh susu. Sedap sangat. Iman macam biasa cari roti telur dan memang inilah satu-satunya gerai yang menjual roti canai di Aonang agaknya. Kakak gerai ni boleh berbahasa Melayu. Baik orangnya lalu Ummi tanya kot-kot ada hotel Islam. Memang tepat jangkaan Ummi, dia memberitahu ada sebuah hotel Islam di hujung jalan lalu kami teruskan pencarian dan berjumpalah Hasna Palace malangnya dah penuh. Tapi Ummi terus tanya lagi pada receptionis yang jaga hotel tu kot-kot ada hotel Islam yang lain. Dengan kerjasama seorang lelaki yang baik hati kami dibawa ke Aonang Garden Resort. Lega. Rupa-rupanya terletak berdepan dengan masjid tapi agak tersorok ke belakang.
 Malamnya kami keluar ronda-ronda dan makan. Macam biasa di Siam  mesti ada tomyam. Tapi pelik sikit di sini ulam dibagi sedulang pilihan tetapi tiada sambal untuk dicicah. Hentam sajalah labu...

                                                          Di Bandar Krabi
Harga chalet RM 100 untuk katil double dan 120 untuk bilik 1 katil double dan 1 katil single.
  Pagi-pagi lagi kami dah bersiap untuk mengikut pakej mengelilingi pulau di Krabi. Semuanya Ummi minta receptionis resort kami uruskan untuk memastikan makanannya nanti halal. Harga  untuk seorang ialah RM40 atau 400 batt. Sebelum bertolak kami breakfast di kawasan yang rata-rata penduduknya bertudung. Pulut ayam dan nasi kerabu jadi pilihan.
 Seterusnya kami serah kunci bilik dan kemas semua barang dalam kereta. Kemudian datang le lori angkut kami.  Alamak!rupa-rupanya orang lain dalam lori tu mat saleh belaka.
Menunggu untuk menaiki long tail boat. Kami saja yang berpakaian lengkap. Orang lain semua macam dalam gambar belakang tu. Astagfirullahhal azim.....sabo je le.
Kami dibawa dengan bot dan dihantar ke tengah beting pasir yang menyambung 2 pulau. Masa mula turun bot air cetek lagi tapi lepas sejam air mula naik.
                                            Iman apa lagi  berendam dalam air yang sangat jernih.
                                Ayah bergaya di celah batu. Merenung  drive jauh-jauh berbaloi ke?

Kemudian dibawa untuk snorkling. Yang dalam air tu ayah yang teeerpaksa turun demi Iman
                                     Iman pun turun tapi takut-takut pulak dan tak mau pakai gogle
            Seterusnya dibawa ke chicken Island. Kan pulau ada kepala macam kepala ayam.
                       Seterusnya  dihantar ke pantai ini untuk berehat 1 jam dan makan-makan.
                            Dibawa pula last sekali ke Pulau yang terakhir. Di sin ada gua dan aktiviti climbing
Di sini pun Iman berendam jugak.  Satu hari la pakai baju mandi. Kalau tukar pun susah jugak asyik meranduk air dari pulau ke pulau. Bermula jam 9.30 dan berakhir jam 4 petang.

Monday 14 January 2013

BUNGA DI TAMAN HATI


Gambar-gambar pokok bunga berikut Ummi ambil  apabila hati Ummi rasa berkenan akan kecantikannya dengan harapan suatu hari Ummi boleh tanam seperti ini. 
     Pokok orkid ini ditanam berbaris di depan rumah di Kg Tersusun  di Ipoh      
                                                        Pasu dengan tumbuhan a




                                            Menggunakan buluh sebagai pelenggar pokok
                                  Nampak asli  apabila  melihat orkid  ditanam di batang pokok
                                            Susun atur pokok begitu mengujakan Ummi
Ini pun di taman bunga di Thailand( di Doi Tung)
                                                       Ini di taman dunia Thailand


pakaian pun macam bunga


                                       
                                         melihat pokok bunga ros dilentur di taman ros Thailand
                                                      Ada buaian dalam rumah teduhan
                                  Terusan dan taliair  menyejukkan dan mencantikkan landskap

Tuesday 8 January 2013

APABILA ANAK ENGGAN KE SEKOLAH

Malam ini  Iman menangis dan memberitahu dia tidak mahu pergi ke sekolah esok. Dia memberi alasan dia takut kerana dibuli rakan. Ummi rasa hairan juga dengan alasan Iman kerana Iman bukanlah budak yang senang untuk dibuli lantaran  Iman budak yang berani. Selama ini semasa di tadika Iman selalu memujuk adik-adik yang menangis semasa datang ke tadika. Iman juga memberi alasan alat tulisnya diambil oleh rakan. kelasnya.  Ummi  memujuk Iman supaya mengalah dan biarlah barang-barangnya diambil kerana nanti Ummi akan ganti dengan yang baru.

Iman juga meminta supaya ditukarkan ke sekolah lain di mana ada rakan-rakannya semasa tadika. Pening kepala Ummi. Kasihan pun ada. Mungkin Iman rindu akan rakan-rakan baiknya.Ummi akan cuba menghantar Iman ke sekolah esok dan berjumpa dengan guru kelasnya. Ummi harap Iman dapat bersabar sehingga bertemu seorang rakan yang benar-benar serasi dengannya. Mungkin iklim dan budaya sekolah tidak dapat diterima oleh Iman kerana dia telah dididik di tadika Islam? Semoga Allah memberi petunjuk untuk kami membuat keputusan.


Monday 7 January 2013

LAKSA

Sebut sahaja laksa, terbayang jenis-jenis laksa yang ada di negara kita. Ada laksa Johor, ada laksa Kuala Perlis, ada laksa Teluk Kecai, ada laksa Penang, ada laksa janggus dan ada  laksa ikan sekoq.

Dalam banyak-banyak laksa yang Ummi makan, laksa Teluk Kecai adalah laksa yang paling sedap, diikuti laksa ikan sekoq seterusnya  laksa Kuala Perlis. Keistimewaan laksa teluk Kecai ialah  laksanya dibuat sendiri dan dikenali dengan nama laksa beras. Kuahnya mempunyai perisa  sambal  kelapa.  dan hanya menggunakan pucuk putat sebagai ulam . Apabila ditambah dengan telur rebus kuahnya pekat dan begitu sedap. Laksa ini boleh dinikmati di Jalan Kuala Kedah.

Laksa ikan sekoq juga sedap. Kuahnya tidak pedas dan  seekor ikan  kembung dimasukkan bersama hidangan laksa. Laksa ini  dijual di gerai  di tepi Jalan Gangsa, Alor Setar. Masalahnya cuma gerai ini ditutup awal. Dalam pukul 5.30 petang jualannya sudah habis.


Laksa Kuala Perlis sangat pekat kuahnya. Adanya hampir sama dengan laksa kedah. Apabila dinikmati di tepi laut di Kuala Perlis, memang ada ump... Jadi kalau anda sedang menunggu feri ke Langkawi, jangan lupa mencuba laksa Kuala Perlis.

Baru-baru ini, Ummi ke Gertak Sanggul pulau Pinang untuk mencari laksa janggus kerana pernah terbaca dan terlihat di TV3 tentang laksa ini. Punyalah jauh mencari akhirnya terjumpa gerai laksa di tepi jalan yang Ummi tidak pasti namanya. Orang agak ramai di sana. Dari dialek percakapan mereka , Ummi tahu ramai orang luar yang datang  untuk mencuba laksa ini sepertimana  Ummi. Di sini mereka menggunakan konsep layan diri, Jadi kena berbaris untuk membeli laksa dan air. Hal ini agak menyusahkan juga bagi Ummi yang sudah biasa selesa dilayan. Rasanya boleh tahan. Cuma agak pedas terutamanya untuk kanak-kanak seperti Iman.