Jumlah Pengunjung

Wednesday 3 April 2013

KO YO SONGKHLA

Baru-baru ini, Ummi, Ayah dan Iman telah ke Ko Yo atau Yo Island yang terletak di Songkhla. Kami ingin melihat sendiri kehidupan dan populasi penduduk di Pulau tersebut. Kami masuk ke Pulau Yo dengan membawa kereta menaiki Feri dengan tambang 20 bath seawal jam 7.30 pagi waktu Malaysia atau 6.30 pagi waktu Thailand. Ayah memandu kereta mengelilingi Pulau ini melalui jalan yang agak sempit yang merentasi beberapa buah kampung, Rupanya di sini terdapat begitu ramai masyarakat Islam. Ummi sempat merakam sekurang-kurangya 4 buah masjid besar yang ada di sini. Namun masyarakat Islam di sini langsung tidak pandai berbahasa Melayu. Mungkin mereka terpisah dari tanah besar dan tidak pernah bertemu dengan pelancong luar. Komunikasi memang menjadi masalah kerana mereka juga tidak boleh berbahasa Inggeris. Mujurlah kami bertemu seorang lelaki yang agak lanjut usia yang boleh berbahasa Melayu. Katanya dia bekerja di ladang ternakan tidak jauh dari perkampungan yang kami singgah. Rumah-rumah sepanjang tepi laut menunjukkan mereka merupakan nelayan. Perbezaan dengan masyarakat nelayan di Kuala Perlis atau Kuala Kedah, perkampungan nelayan di Ko Yo ini agak lebih selesa. Rumah-rumah di kiri lorong yang kami masuki agak besar dan cantik. Kami yakin taraf pendapatan mereka tentu agak besar. Perkampungan Siam juga ada di sini. Di kawasan perkampungan Siam, tiada dijumpai orang-orang Islam. Kampung mereka terpisah dengan perkampungan masyarakat Islam. Ummi berusaha untuk memuatkan gambar walaupun sekarang ini Ummi menghadapai masalah untuk memasukkan gambar ke dalam blog ini.