Jumlah Pengunjung

Friday 29 November 2013

PERCUTIAN DI GUANGZHAO - HARI KE-3



Kami bertolak dari Shenzen ke Guangzhou seawal 8.30 pagi. Suhu agak sejuk kerana lewat petang semalam hujan turun. Kami melalui jalan yang di tepinya kelihatan tanaman pokok Lycee dan sayur-sayuran serta tasik ternakan ikan. menurut A Chen musim buah lycee dan mempelam di sini adalah pada bulan Julai. Pokok mangga yang ditanam di pinggir jalan katanya boleh diambil oleh orang ramai kerana ia adalah untuk rakyat.

Kenderaan di atas jalan agak sesak kerana hari Isnin adalah hari kerja. Kami terus ke Restoran Abdullah yang terkenal di kalangan pelancong Islam di Guangzhou untuk makan siang( istilah A Chen). Di restoran ini, kami berjumpa ramai kumpulan lain dari Malaysia dan juga Tashkent.  Wanita-wanita yang menjadi pelayan restoran  ini bertudung seperti tudung bawal di Malaysia. Di luar restoran, terdapat ramai penjaja yang menjual buah-buahan seperti cherry, beri, limau dan buah berangan. Buah beri yang dijual sangat sedap dan harga setengah kilo ialah 12 ringgit Malaysia.
                                                                  Buah  ceri yang sedap

Setelah makan, kami ke maqam pahlawan Islam iaitu Saad b Abi Waqas. Kawasan ini merupakan satu kawasan perkuburan Islam. Sebaik memasuki kawasan ini tercium bau yang sangat wangi dan  bau itu terbit dari bunga yang ditanam dalam kawasan perkuburan tersebut. Bunga-bunga kecil itu seperti bunga tanjung tetapi harumannya lebih sedap. Di tengah-tengahnya kelihatan kubur yang dikatakan kubur Saad b Abi Waqas iaitu panglima Islam yang diutus ke China 1300 tahun lalu.Maqam ini dijaga oleh seorang lelaki yang menyambut kedatangan kami di sini. Dia tidak boleh berbahasa Inggeris. Terlupa pula untuk menginterview beliau dengan bantuan A Chen. Ahli rombongan lelaki sembahyang di masjid berhampiran maqam ini dan kami sembahyang di bangunan khas di tepi maqam untuk perempuan. Di depannya ada telaga yang dinamakan telaga Saad. Adakah kawasan ini kawasan petempatan Islam yang pernah dihuni oleh Saad b Abi waqas?






                                                         Ayah bersama penjaga maqam
                    Iman bergambar dengan pengunjung dari Tashkent. Dia juga mengambil gambar Iman.


 kubur di tepi jalan masuk ke maqam Saad Abi Waqas. Pokok-pokok bunga itu mengeluarkan bau yang sangat harum

                                                           Maqam Saad b Abi Waqas

Setelah sembahyang zohor kami dibawa pula ke Beijing Lu atau Beijing street. Di sini kedai-kedai  murah terdapat di bahagian dalam . Jadi sekiranya anda ingin membeli belah pastikan anda masuk ke dalam kerana jika anda membeli di kedai-kedai bahagian depan harganya lebih mahal. Kami pada mulanya tidak perasan pun ada kedai di bahagian belakang. Di sini Ummi membeli jam tangan jenama rado. Itupun setelah puas mencari-cari. Rupa-rupanya tidak dijual secara terbuka. Banyak barang yang boleh dibeli di sini tetapi masa yang ada tidak banyak kerana acara seterusnya ialah river cruise.


ROMBONGAN DI SHENZEN (HARI KEDUA)

Kami dikejutkan dari tidur oleh deringan telefon pada jam 6 pagi. Cepat-cepat Ummi ke bilik air kerana Subuh sudah tinggal separuh. Matahari naik  di sini agak awal. Jam 6.30 pagi  sudah cerah  dan jam 6 petang sudah gelap. Kami breakfast sendiri di bilik hotel dengan makan biskut dan mee segera yang kami bawa. Walau bagaimanapun ada rakan-rakan makan roti yang disediakan untuk breakfast oleh pihak hotel.

Sebaik keluar dari hotel, terasa sangat dingin kerana suhu ketika awal pagi menjejah 13 darjah celcius. Pagi ini kami bergerak ke Deng Xiaoping statue. Kami tiba di taman yang teduh dengan rimbunan pohon-pohon menghijau. Sudah ada kumpulan-kumpulan penduduk tempatan yang sedang bersenam dan melakukan taichi di sini. Kami dibawa mendaki bukit oleh A Chen. Agak tinggi juga bukit ini menyebabkan warga-warga emas yang menyertai rombongan ini hanya menunggu di bawah sahaja. Deng Xiaoping ialah pemimpin China yang terkenal dan beliau telah membawa banyak perubahan di negeri China. Beliau bersara dari karier politiknya setelah berlaku peristiwa medan Tenan- man 1989. Di atas puncak bukit, rupa-rupanya ramai orang. Suhu agak sejuk di atas puncak bukit kerana angin yang agak kuat. Dari sini kita dapat menyaksikan pemandangan bandar Shenzen.

Setelah itu kami dibawa pula ke kilang penghasilan sutera dan kemudiannya ke kilang penghasilan bahan-bahan dari buluh. Kami ditunjukkan bagaimana benang sutera yang merupakan kepompong ulat sutera diambil dan diproses sehinggga membentuk kain.Kami tidak membeli kain sutera kerana harganya agak mahal. Ummi hanya membeli baju sutera untuk Iman yang boleh dibentuk-bentuk berharga 50 ringgit Malaysia atau 100 Yuan.
                                                           Bilik Taklimat tentang Produk Buluh
Kilang bamboo agak menarik juga. Rupa-rupanya bamboo boleh diproses untuk dijadikan kain tuala dan pakaian dalam. Kata penceramah di situ semasa penerangannya bahawa tuala dapur dari buluh bagus kerana tidak memerlukan sabun untuk dibasuh dan tidak lekat kotoran. Pakaian dalam, stokin dan sebagainya yang dibuat dari buluh dapat menyerap bau. Hasilnya pakaian dalam dan tuala tidak berbau peluh. Arang bamboo pula dibuat ubat gigi. Ummi membeli hasil-hasil buluh di sini kerana agak kagum dengan demontrasi penggunaan bahan-bahan yang dihasilkan. Begitu bijak orang China membuat reseach tentang buluh.

Setelah makan tengahari, kami sekali lagi dibawa ke masjid yang sama untuk sembahyang dan seterusnya aktiviti shopping yang ditunggu-tunggu oleh semua wanita.Kali ini kami dibawa ke Dongmen street. Punyalah ramai manusia di sini. Baru nampak betapa ramainya orang-orang di China. Selama ini, sepanjang perjalanan hanya nampak bangunan-bangunan cantik yang berbagai-bagai bentuk dan rumah yang tiada penghuni. Tiada motosikal di jalanan. Jalan-jalan dipenuhi kereta mewah dan didominasi  model wolkswegan yang menjadi pilihan penduduk di sini.
                                   Sebahagian  bangunan di bandar Shenzen yang teratur dari jendela bas
Pakaian-pakaian yang dijual di sini semuanya berupa pakaian musim sejuk. Jadi tiada apa yang boleh dibeli. orang-orang di sini sibuk membeli pakaian untuk persediaan musim sejuk yang akan bermula Disember ini. Jam 5 petang kami sekali lagi makan malam dan dihantar ke hotel  penginapan. Malam ini kami mengemas barang kerana esok pagi kami akan bertolak ke Guangzhaou pula.

Thursday 28 November 2013

JALAN-JALAN GUANGZHOU DAN SHENZEN CHINA

Cuti Akhir Tahun 2013 memberi peluang kepada Ummi bersama keluarga untuk jalan-jalan lagi. Kali ini kami ke pusat tumpauan pemborong Malaysia walaupun kami bukanlah pemborong. Jalan-jalan sekadar mengenali tempat orang. Kali ini kami ambil pakej yang diurus oleh sebuah syarikat pelancongan yang beribu pejabat di Alor Setar.

Tanggal 22 November malam, kami bertolak dari lapangan terbang Sultan Abdul Halim dengan penerbangan Air Asia ke Kuala Lumpur. Penerbangan ke Guangzhou yang paling awal ialah pada jam 5.30 pagi. Jadi kami diminta untuk mendaftar masuk sekitar jam 3.00 pagi. Bagasi tidak perlu discan, jadi terus sahaja drop beg di kaunter R52. seterusnya berbaris untuk boarding sekitar jam 4.30 pagi. Keadaan  agak sesak dan pemeriksaan keselamatan  juga agak ketat.


Kami tiba di Lapangan terbang Baiyun ,Guangzhaou ( sebutannya Gungjau) selepas 4 jam yakni pada jam 9.30 pagi.  Cuaca  nyaman  dan suhunya ialah 18 darjah celcisus. Sebelum melintasi imigresen,  kita perlu mengisi borang arrival di kaunter yang disediakan. Setelah selesai memungut bagasi rombongan kami seramai 10 orang disambut oleh pemandu pelancong yang bernama Huangfuquan dan beliau mahu kami memanggilnya sebagai A Chen.Beliau  boleh bertutur dalam bahasa Indonesia dan kami amat gembira mendapat pemandu pelancong yang mesra seperti beliau.

Setelah berjalan kaki agak jauh naik turun askelator dan lif kami tiba di tempat bas diparking. Bas kemudian membawa kami ke Shenzen( sebutanya Sonjun)  untuk mengambil 4 orang lagi ahli rombongan kami yang menaiki pesawat terus ke lapangan Terbang Shenzen.Seterusnya kami dibawa ke restoran halal food di Shenzen untuk makan tengahari.  Hidangan nasi  dengan pelbagai jenis sayuran dan ikan disediakan yang agak menepati selera orang Malaysia.Seterusnya dibawa ke Masjid Shangmeilin untuk sembahyang zohor yang dijamakkan dengan asar. Masjidnya agak sederhana dan kini masjid baru sedang dibina di tapak yang sama.

                                   2 menara masjid kelihatan dari jendela bas
                                           waktu sembahyang di Shenzen dan Guangzhou
Ummi, Iman, Ayah, Mak Ngah Nab dan Mak Long kemudian memasuki Window Of The World iaitu satu taman yang menempatkan semua binaan-binaan yang terkenal di dunia seperti  binaan-binaan zaman Rom, Greek dan Yunani yang terkenal dengan tiang-tiangnya itu, Borobudur, Taj Mahal, Vetican City, kincir angin Belanda,  kota Los Angeles, piramid, sphinx, rumah-rumah jerami  di Afrika, air terjun terkenal di dunia seperti air terjun Niagara, Gunung Fujiyama dan sebagainya.kami dibawa berjalan-jalan di dalam taman itu oleh A Chen selama hampir 3 jam. Seterusnya kami menaiki subway iaitu keretapi bawah tanah ke Luohu untuk berjumpa dengan rakan-rakan lain yang sedang membeli belah di sana. Louhu ialah tempat terakhir dan menjadi bandar sempadan untuk masuk ke Hong Kong. Orang ramai begitu sibuk di sini keluar masuk dari Hong kong ke Tanah Besar China.

Di Lohou terdapat  toko-toko yang menjual pelbagai  barang. Di sini Ummi membeli power bank 38000 kapasiti dan pen drive 512 GB. Harganya  agak murah jika dibandingkan harga di Malaysia. Dari Luoho kami dibawa pulang ke Shenzen. Sebelum check in hotel kami dibawa untuk makan malam di restoran yang sama di mana kami menikmati makan tengahari. Restoran Islam ini menjadi tempat makan kami selama dua hari kami di Shenzen. Sektar jam 8.30 malam kami check in hotel Royal Century yang agak besar dan cantik. Malamnya kami tidur nyenyak kerana terlalu penat dengan perjalanan yang panjang.