Jumlah Pengunjung

Monday 26 November 2012

CARA RENEW PASPORT ANTARABANGSA

Hari ini Ummi telah ke pejabat imegresen di Alor Setar untuk membaharui pasport kerana insyaallah   Ummi akan ke Vietnam. Rasanya ramai yang ingin mengetahui bagaimana cara untuk merenew pasport. Jadi cacatan ini boleh dijadikan panduan.

1. Pasport mesti direnew 6 bulan sebelum tarikh tamatnya.. Hal ini adalah kerana seseorang dibenarkan memasuki sesebuah negara lain apabila tarikh tamat pasport tidak kurang dari enam bulan.
2. Dapatkan borang permohonan di kaunter imegresen.
3. Ambil gambar di studio yang disediakan dengan bayaran RM10.00. Kalau ingin cepat ambil gambar di kedai gambar. Kalau ambil di studio di pejabat  Imegresen gambar kurang cantik tapi sure betul syaratnya. Antara syarat gambar untuk pasport ialah berlatarbelakang biru muda, bertudung gelap bagi perempuan dan saiz gambar besar seperti yang ditetapkan. Yang bercermin mata kenalah buka sebab mata mesti  memandang tepat ke kamera.
4. Kita dikehendaki mengisi borang permohonan sama seperti kali pertama memohon pasport. Maklumatnya biasa seperti nama, alamat, no I/C, tarikh lahir, status, jantina,tempat lahir dan nombor telefon dan ketinggian. Kemudian tick apakah jenis permohonan sama ada permohonan kali pertama, pasport tamat tempoh, kehabisan muka surat, pasport rosak, hilang atau menukar gambar baru.
5. Serah borang berserta gambar di kaunter dan dapatkan no giliran. Salinan fotostate IC perlu untuk permohonan pertama. Untuk renew tidak perlu salinan IC tapi perlu serah semula pasport lama.
6. Apabila nombor giliran dipanggil, serahkan borang di kaunter yang ditetapkan.IC juga dimintaoleh pegawai berkenaan  untuk proses membaca maklumat kita di cip.Borang kita akan disemak dan diserah kepada pegawai yang meluluskan pasport.
7.  Tunggu lagi ditempat menunggu sehingga nama dipanggil pula untuk membuat bayaran  bagi pasport. Bayaran pasport untuk 5 tahun ialah RM300. Bayaran untuk 2 tahun ialah RM100. Manakala kanak-kanak bayarannya separuh sahaja.Resit bayaran berserta masa mengambil  pasport dicatat diresit bayaran.
8.Tunggu sejam dan setelah itu dapatkan nombor giliran semula untuk menunggu giliran penyerahan pasport. Tunggu sehingga giliran dipanggil.
                                            Pasport lama(digunting)        dan pasport baru

Ummi sengaja mencatat di sini supaya Ummi ingat proses untuk renew lagi pada masa depan. Kasihan pun ada apabila kita lihat ramai yang tertanya-tanya  apa yang hendak dibuat apabila kali pertama  ingin membuat pasport.. Nak kata susah tidaklah susah tapi  kalau tak biasa tu peninglah juga sebab banyak langkah yang kena ikut sebelum dapat pasport.

Begitu juga apabila ingin memasuki negara lain, ada prosedur yang mesti diikut iaitu mengisi  borang  masuk dan borang keluar dengan menyatakan tujuan dan alamat semasa di sana dan lama masa di sana di atas kapal terbang. Borang itu hendaklah diserah bersama pasport apabila tiba di kaunter imegresen negara yang kita tuju. Borang keluar juga dicop dan mesti diserah balik kepada imegresen negara berkenaan apabila kita hendak keluar dari negara tersebut.
INGAT SIMPAN BAIK-BAIK BORANG KELUAR BERSAMA PASPORT KITA APABILA KITA MELANCONG.

Ada ramai yang tidak tahu bahawa borang keluar mesti dikembalikan.Semoga catatan ini bermanfaat untuk semua.



No comments: