Jumlah Pengunjung

Saturday, 17 November 2012

KERETAPI LAJU IPOH - KL

Bersempena cuti  Maal hijrah yang bersambung dengan cuti hujung minggu, Ummi, Ayah dan Iman sekali lagi  jalan-jalan ke Taiping. Mulanya kami bercadang untuk  menaiki Bukit Larut dan  menikmati udara segar di puncaknya tetapi keinginan itu tidak kesampaian. Hal ini adalah kerana menurut penjual tiket land rover di bukit Larut memberitahu bahawa tiket hanya dijual dari jam 7.00 pagi. Sedangkan kami tiba di situ jam 3.00 petang. Katanya lagi tiket laku macam goreng pisang. Biasanya selepas setengah jam dijual , tiket untuk hari berkenaan sudah habis dan tidak boleh dibooking awal.

Akhirnya kami membuat keputusan untuk membawa Iman mencuba keretapi laju Ipoh - KL. Ummi dan ayah pun tidak pernah menaiki keretapi elektrik ini. Nama glamor bagi perkhidmatan ini ialah keretapi ETS. Namun begitu, kami pernah menaiki ERL dari KL Sentral ke KLIA sebelum ini.Setelah Iman siap  bermain air  kolam di Hotel Perdana Taiping kami bertolak ke Ipoh dan tiba di Stesen Ipoh jam 10.30 pagi. . Ummi terus mengambil tiket  ETS untuk ke Kampar. Harga untuk  dewasa ialah RM13.00 manakala untuk kanak-kanak  ialah RM11.00. Dari Ipoh Tren akan berhenti di Batu Gajah dan kemudian akan tiba di Kampar.Jadi  jarak kami hanyalah untuk 2 stesen. Yalah sekadar seronok-seronok mencuba.


 Keretapi  ETS tiba di stesen Ipoh  dari KL  jam 10. 35 pagi. Penumpang tidak dibenarkan naik kerana Tren akan dibersihkan terlebih dahulu. Pada jam 10.50 pagi, kami dibenarkan masuk ke dalam tren. Keadaan dalam tren seperti keadaan dalam bas ekspress eksekutif coach. Bezanya tempat duduk dalam eksekutif coach 2- 1 tapi dalam gerabak ETS 2-2. Ruang tempat letak kakinya agak luas. Selain itu tren ini berhawa dingin dan dan ada  TV.

Tren bertolak tepat jam 11.05 pagi seperti tercatat dalam tiket. Pengumuman ada di buat oleh pihak pengurusan semasa keretapai mula bergerak bahawa perjalanan dari Ipoh ke KL memakan masa 2 jam 15 minit. Kelajuan keretapi dipaparkan pada monitor tv dan Ummi nampak mencapai 149 km/jam. Kami tiba di Kampar pada jam 11.24 pagi . Jadi perjalanan ini hanya mengambil masa 19 minit sahaja. Ingatkan kami sahaja penumpang yang pertama kali menaiki tren ini tetapi nampak ramai juga penumpang lain yang bergambar di dalam tren yang menunjukkan mereka juga pertama kali menaiki tren ini.

Setelah tiba di stesen Kampar, kami terus membeli tiket untuk kembali ke stesen Ipoh dan penjual tiket  memberitahu  keretapi Sinaran Pagi akan melalui stesen ini dalam beberapa minit lagi. Jadi kami bertolak pulang ke Ipoh dengan keretapi tersebut tetapi masanya lebih lama berbanding ETS.


Bagi Ummi , eloklah kita mencuba keretapi laju ini. Sekarang ini di utara, sedang rancak dibina landasan  keretapi laju. Tentu harga tiket dari Alor Setar ke KL mahal. Namun kalau mahu benar-benar merasai keretapi laju di Malaysia, Ummi cadangkan supaya  mencuba ERL di KL Sentral. ERL lebih laju dan lebih ekslusif. Mana taknya harga 9 tahun lalu ialah RM30.00 dari KL ke KLIA. Tentu harga sekarang lebih mahal.Teringin pula Ummi untuk mencuba bulllet train di China.

Kami juga ke Kamunting. Keadaan Kamunting sekarang sangat berbeza dengan 20 tahun yang lalu. Kami pernah menyewa rumah di sana dan kami mencari rumah yang kami sewa itu. Inilah gambar rumah pertama yang kami diami di Taiping. Hairannya rumah ini tetap sama dan tidak berubah. Mungkin masih disewa oleh tuannnya. Alamatnya 106, Lorong Dahlia, Taman Kamunting Jaya.



Apa yang masih sama di Kamunting ialah masjidnya. Keadaan di sekeliling masjid juga sangat berubah. Kamunting kini menjadi bandar yang moden dan sibuk, bukan lagi sebuah pekan kecil seperti suatu ketika dulu.
Tren bertolak tepat jam 10.05 minit pagi seperti yang tertulis di tiket.

No comments: