Jumlah Pengunjung

Monday 16 December 2013

HOTEL ISLAM DI BANGKOK

Dari Aranyaprathet kami bertolak pulang ke Bangkok. Pemandu van tidak tahu di mana ada masjid. Jadi kami terpaksa menjamak sembahyang di sebuah pam minyak dengan meminta kebenaran menggunakan bilik yang sedang direnovate.


Kami tiba di Bangkok jam 8.00 malam. Keadaan jalan raya sangat sesak. Kami mulanya ingin makan di Mukatak iaitu restoran yang mengenakan bayaran 190 bath bagi setiap kepala tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana kesesakan tersebut. Hotel kami malam itu ialah Regent yang terletak di jalan Ramkangheng. Penyambut tamu hotel memberitahu kami, 2 hari lepas suasana di situ sungguh meriah dengan aktiviti tunjuk perasaan. Dia berasal dari Pattani dan baru dua bulan bekerja di hotel ini.


Sepertimana semua hotel Islam yang lain, kemudahan arah kiblat dan sarapan pagi tersedia untuk kami. Di jalan berhadapan hotel ini terdapat pasaraya besar Big C , restoran Islam dan juga gerai roti telur. Hotel ini sangat sesuai dipilih oleh orang Islam jika ke Bangkok. Terdapat juga orang-orang Malaysia lain di hotel ini.

Esoknya sekitar jam 9 pagi kami jalan-jalan di Paragon, Siam Center, World Center dan Pratunam.Tiada apa-apa yang istimewa di sini. Keadaannya sama seperti KLCC  dan PWTC di Malaysia. Di Pratunam memang terdapat banyak gerai murah tetapi peniaga di sini tidak mesra pelanggan. Jadi kami sekadar lihat-lihat sahaja.

Kami mencari jalan untuk menaiki bot di Sungai Menam Chaopraya. Pemandu van tidak begitu cekap dengan jalan di Bangkok dan beberapa kali silap lorong. Namun akhirnya kami tiba di satu jeti penambang. Masa yang diambil untuk menaiki bot ialah selama 3 jam. Jadi, kami mencari masjid untuk sembahyang dan nasib kami sungguh baik kerana di celah-celah bangunan tidak jauh dari situ terdapat sebuah masjid dan banyak gerai makan.

Sekitar jam 4.30 petang, kami memasuki bot yang ditempah. Terasa begitu gementar hati Ummi kerana botnya kecil sahaja dan bukanlah feri seperti yang pernah dinaiki di Sg Mekong. Hendak masuk ke dalam bot pun susah kerana terletak rendah dari paras jeti. Kalaulah jatuh ke dalam Sungai ini, tidak ada harapan untuk hidup. Airnya deras dan ombaknya kuat setiap kali bertemu bot lain, apatah lagi jika ada kapal besar yang lalu.


Bot memasuki sungai kecil dan membawa kami melihat-lihat rumah-rumah tradisional di sepanjang sungai. Ummi kira terdapat 5 buah masjid sepanjang  jalan yang kami lalui. Wad Siam pula memang banyak. Pukul 7.00 malam baru selesai perjalanan kami. Alhamdulillah akhirnya selamat naik ke darat semula.

Sunday 15 December 2013

DARI KOH SAMET KE ARANYAPRATHET

Sebelum ke Koh Samet, kami bermalam di Rayong. Pagi-pagi sebelum bertolak ke Ko Samet kami mencari gerai Islam. Hanya terdapat sebuah gerai Islam di sini. Ia agak terpencil dan sukar untuk ditemui. Untuk panduan pengembara Islam anda perlu mencari arah akuarium Rayong dan terus ke jalan di hadapannya. Tidak jauh selepas akuarium itulah terletak kedai makanan tersebut.

Koh Samet merupakan salah satu kawasan yang digazetkan sebagai taman negara. Harga tambang bot ialah 40 bath. harga untuk memasuki Pulau ialah 10 bath, harga menaiki pickup untuk mengelilingi pulau ialah 80 bath dan harga memasuki taman negara ialah 20 bath. Dengan pickup tersebut kita dibawa mengelilingi Pulau yang masih dalam keadaan asli. Jalannya agak teruk.Kawasan pantainya bersih dan dipenuhi dengan pelancong Eropah.

Kami kelluar dari Koh Samet lebih kurang jam 1.30 petang. Kami meneruskan perjalanan dan tidak jauh dari jalan menuju Aranyaprathet kami terjumpa papan tanda halal food. Kami masuk ke simpang tersebut lebih kuran 600 meter dan alhamdulillah kelihatan sebuah masjid kecil dan gerai makan yang sangat bersih. Gerai ini menjual nasi ayam dan koteow sup.Harga sepinggan nasi ayam ialah 350 bath. Murah dan sedap. Ada tapai pulut berharga 70 sen. Selepas makan kami terus menjamak sembahyang di masjid ini. Di keliling masjid kelihatan rumah orang Islam. Mereka menanam sayur-sayuran dan memelihara ternakan. Kelihatan kambing diternak di dalam kandang. Kedaan masjid sangat bersih dan di tepi masjid terdapat sebuah dewan besar yang menjadi tempat aktiviti masyarakat Islam di sini. Pengusaha  kedai makan ini mempunyai banglo yang besar di tepi masjid. Dia juga merupakan seorang tokoh penting dalam kerajaan. Terlupa pula untuk mengambil gambar di sini.

                                              Kedai beef steak yang dimiliki oleh orang Islam
                                              Pemandangan sepanjang jalan ke Aranyaprathet
Kami bertolak ke Aranyaprathet dan tiba di sana jam 9 malam. Di belakang tempat penginapan terdapat 2 buah restoran Islam yang diusahakan oleh peniaga Islam Pattani. Jadi kami makan malam  hanya dengan makan burger kerana semua makanan lain sudah habis. Esoknya kami bersarapan nasi di kedai yang sama.

                     Pintu gerbang Golden Gate. Di depannya terdapat beratus-ratus gerai
                                  Terdapat banyak barang-barang tiruan jenama terkemuka di sini.
                                    Bandar sempadan Thailand dan Kambodia yang sangan sibuk.
                                                   Kenderaan awam keluar masuk di sini

Nama tempat ini ialah Rong kruea iaitu sempadan Thailand dengan Kemboja.

CUTI- CUTI THAILAND 2013

Percutian ke Thailand dirancang lebih awal daripada percutian ke Guangzhao. Ummi menerima ajakan rakan-rakan sekolah untuk menyertai mereka. Percutian secara murah dengan menyewa van Siam. Jadi pada 8.12.2013, kami bertolak ke Thailand melalui border  Durian Burung. Dari sini Van membawa kami  bermalam di   Chaan. Sebelum itu kami telah singgah untuk makan dan sembahyang jamak Zohor dan Asar di kawasan R& R Meiserai , Chumphon. Di R& R ini kawasan makanan Islam agak besar dan ada disediakan bilik sembahyang.

Rasa malas untuk menulis, kata orang gambar menceritakan seribu kisah. Saksikan sendiri........

                                                  Gerai makanan Islam di muslim secsion

                                                   malam pertama singgah bermalam  di Caa am

                                                            Tiba di bandar Pattaya

                                                     Ke Floating market di Pattaya  

                                                   menunggang gajah di Nongnooch Pattaya
                                                     Taman tropika Nong nooch Pattaya
                                                                   Taman kaktus



                                              menunggu bot untuk ke Koh Samet


Wednesday 4 December 2013

KISAH PENIPUAN DI GUANGZHOU - HARI KEEMPAT

  
                                                                    Five Ram Statue
Cuaca waktu pagi semakin dingin. Angin yang menyapu muka begitu menyejukkan. Suhu sekitar 13 darjah. Pagi   ini kami akan ke kilang jade, kilang ubat  dan seterusnya ke Five Ram statue. Kami tiba di kilang ubat China yang compulsory dikunjungi dalam pakej agak awal. Kami mungkin kumpulan pertama tiba di sini. Kami disambut oleh pekerja kilang yang berbaris mengalu-alukan kehadiran kami lalu dibawa masuk ke sebuah bilik untuk mendengar taklimat. Kemudian masuk penterjemah perempuan yang boleh berbahasa Indonesia. Seterusnya masuk seorang yang diperkenalkan sebagai Profesor. Beliau menerangkan kelebihan ubat Cina berbanding perubatan moden dan menceritakan kejayaan-kejayaannya mengubat pesakit termasuk yang datang dari Malaysia. Beliau menunjuk bagaimana setelah memegang bara api  tiada kesan melecur jika menggunakan ubat  Bou Fu Lin.  Ubat ini seperti  ubat mopiko di Malaysia. Beliau juga meminta kebenaran untuk meneka penyakit yang dihadapi oleh ahli-ahli rombongan kami hanya dengan melihat muka pesakit.Kami seterusnya dipecahkan dalam kumpulan kecil mengikut keluarga untuk bertemu doktor-doktor yang kononnya lebih pakar untuk mengenalpasti penyakit kami. Inilah cara sebenarnya mereka mempengaruhi pengunjung untuk membeli ubat mereka. Ummi dan Ayah menolak untuk membeli ubat mereka dengan alasan tidak membawa wang.

Seterusnya kami dibawa ke kilang jade. Di sini kami ditipu oleh pekerja di situ dengan menawar potongan harga yang besar kerana kononnya, beliau yang merupakan bos di tempat itu terlalu gembira kerana baru mendapat anak lelaki kembar. Kononnya harga rantai emas  putih yang diuji ketulinan batu permata di situ berharga 4000 Ringgit Malayia diberi diskaun sehingga tinggal seratus ringgit. Cara mereka menipu sangat profesional. Ummi tahu yang kami ditipu apabila balik ke Malaysia, kawan-kawan yang pernah ke sana menceritakan cerita yang sama. Jadi untuk pengunjung yang pertama kali ke sana usah terpedaya dengan cerita mereka.
                              Berlatarbelakangkan bandar Guangzhou  yang mempunyai bangunan yang hebat
                                                    Tempat pertandingan sukan Asia 2010
 Dari kilang ubat kami ke bekas  tapak tempat berlangsungnya acara sukan Asia beberapa tahun lepas ketika China menjadi tuan rumah kejohanan. Di sini kami bergambar sahaja. Ada replika robot kartun kanak-kanak di sini.


Kemudian kami ke Five ram statue yang terletak di atas sebuah bukit. Di sini ada dijual cenderamata seperti key chain , magnet peti sejuk dan sebagainya. Di China barangan cenderamata sukar diperolehi kerana tidak dijual di tempat lain.  Jadi jika anda ke sana, belilah segera apabila anda jumpa sahaja kedai  tersebut..

Sebelah petangnya, kami dibawa membeli belah di Shangxiajiu. Di sini juga banyak dijual pakaian, beg dan tali pinggang dan jam. Lebih baik di Beijing Street dari di sini kalau ingin mebeli belah.



Malamnya kami menikmati mee tarik. Keistimewaan mee tarik ini ialah mee dibuat sebaik kita memesan makan bukan mee yang siap dibungkus seperti di Malaysia . mee ini tidak dipotong, jadi kita menarik mee ke dalam mulut semasa makan. Susah juga makan mee ini dan masing-masing terasa lucu menikmati mee tarik.

Sunday 1 December 2013

PENGALAMAN RIVER CRUISE DI SUNGAI PEARL GUANGZHOU

Selepas selesai makan malam di Restoran Abdullah, rombongan kami bertolak ke River Pearl. Kami akan dibawa menyusuri sungai ini untuk menyaksikan keindahan bandar Guangzhou pada waktu malam. ia pengalaman yang agak mengujakan. Banyak jenis feri di sini. Ada yang  agak besar, sederhana dan kecil. A Chen  menempah feri yang tiketnya  berharga 180 Yuan /head. Kami akan dibawa menyusuri sungai ini selama sejam.
                                                                menunggu feri



Pemandangan sepanjang sungai amat cantik lebih-lebih lagi kerana lampu neon yang menghiasi bangunan di bandar ini dibuat dengan begitu kreatif sekali. Memang terbaik. Dalam feri kami dihidangkan dengan teh cina dan kacang. Penumpang diberi tempat duduk umpama di restoran. Penumpang juga dibenarkan berjalan-jalan ke tingkat 2 dan tingkat 3. Tingkat 3 feri ini tidak berbumbung. Udara begitu dingin di tingkat 3 ini. Kita perlu berbaju sejuk jika ingin berada di tingkat ini.







Bangunan Guangzhou Tower nampak begitu cantik. Memang  amat berbaloi dengan harga tiket dan jauhnya perjalanan dari Malaysia ke tempat ini. Rasanya lebih seronok menyususri sungai ini daripada menyusuri Sg Mekong di Vietnam.

Esok masih ada acara menunggu kami.