Alhamdulillah Ummi telah kembali ke tanahair semalam 8.12.2015 setelah berada di tanah suci Mekah dan Madinah selama lebih kurang 12 hari. Kami berangkat ke tanah suci Mekah pada 26 Disember. Bertolak seawal jam 4.00 pagi ke Alor Setar untuk menaiki bas rombongan yang disediakan oleh syarikat umrah yang akan berlepas jam 5.00 pagi.
Tiba di KLIA pada jam 2.30 petang dan bersedia untuk check in bagasi seterusnya menaiki penerbangan Emirates ke Dubai pada jam 7.10 petang. Tiba di Dubai pada jam 1.30 tgh malam dan selepas transit 2 jam bertolak ke Jeddah jam 3.00 pagi dan tiba di sana lebih kurang jam 4.30 pagi.
Sesampai sahaja di Jeddah bermula satu pengalaman apabila terpaksa berbaris panjang berjam-jam lamanya untuk mengecop visa dan melalui karenah birokrasi pegawai-pegawai di terminal ketibaan. Jemaah umrah terpaksa menunggu hampir 5 jam untuk melepasi proses kelulusan masuk. Hanya 4 kaunter disediakan untuk mengurus ketibaan jemaah di Jeddah. Ummi lihat ada jemaah umrah dari negera-negara Arab, India dan Malaysia. Jemaah dari negara Arab yang tidak sabar bergaduh sakan dengan pegawai-pegawai Arab Saudi yang bertugas secara lambat namun pergaduhan mereka menyebabkan proses masuk menjadi semakin lambat. Jemaah dari Mesir pula berusaha memotong barisan jemaah Malaysia.Kesabaran memang sangat mahal di sini. Semoga pada yahun akan datang masalah kelambatan ini dapat diatasi. Kelambatan ini menurut mutawif kami disebabkan sistem baru tentang kemasukan diperkenalkan oleh Arab Saudi pada tahun ini.
Perjalanan dari Jeddah ke Mekah hanya memakan masa lebih kurang 2 jam sahaja. Kami tiba di Mekah hampir jam 3 petang. Terus menikmati makan tengahari dan menjamak solat. Selepas asar Ummi, Ayah dan Iman terus ke Masjidil Haram untuk tawaf umrah dan saie.Ahli-ahli rombongan lain akan dibawa oleh ustaz ke Masjidil Haram selepas solat Isyak. Kami pergi sendiri kerana Ummi dan Ayah mempunyai pengalaman mengerjakan haji pada tahun 2002.
Alhamdulillah setelah melalui perjalanan yang panjang iaitu hampir 38 jam kami berjaya menyelesaikan umrah yang pertama.
Kesimpulan
1. Menaiki penerbangan transit ada baiknya juga kerana tidaklah kita mengalami masalah sakit pinggang duduk lama dalam kapal terbang.
2. Sekiranya urusan kemasukan di Jeddah dilakukan secara profesional dan menggunakan teknologi yang lebih moden seperti di jabatan imegresen kita, urusan akan menjadi lebih cepat dan kebajikab jemaah lebih terjaga.
3. menyelesaikan tawaf dan saie memakan masa lebih kurang 1 jam setengah.
No comments:
Post a Comment