Jumlah Pengunjung

Tuesday 13 August 2013

BERCUTI RAYA DI SONGKHLA BERSAMA ADIK BERADIK

Hari ini 12.8.2013, Ummi ke Songkhla bersama adik beradik Ummi yang terdiri dari 2 orang kakak,adik dan anak saudara telah jalan-jalan bersama sehari suntuk di sana. Kami bertolak dari Durian Burung jam 9.30 pagi dan tiba di Songkhla sekitar jam 11.15 pagi waktu Thailand. Destinasi kami yang pertama adalah ke Zoo Songkhla. Terkejut kami melihat deretan kereta yang begitu banyak di sini. Agaknya sekarang ini penduduk Thailand sedang bercuti. Sudah banyak kali Ummi ke sini, tetapi inilah kali pertama melihat jumlah pengunjung yang begitu besar. Punyalah susah untuk parking kereta. Keadaan yang sesak menyebabkan kereta Ummi dengan kereta kak Nab terpisah. Terpaksa pusing dua tiga round keliling zoo mencari-cari Kak Nab. Akhirnya, kami berputus asa dan mengambil keputusan untuk keluar dari zoo. Kami terpaksa keluar kerana perut sudah lapar dan ingin ke tempat lain pula. Dalam perjalanan keluar ke persimpangan masuk ke zoo tiba-tiba kami melihat kereta Kak Nab melintang di tengah jalan. Alangkah gembiranya hati kami kerana berjumpa balik. Rupa-rupanya Kak Nab ingin pusing semula ke arah zoo untuk mencari kami...... Rombongan kami seterusnya singgah makan tengahari di gerai berhampiran masjid dan terus sembahyang sekali. Disebabkan terlalu lapar, apa saja yang dihidang terus kami makan. Adik Die membeli 3 ekor ikan bakar yang berharga 100 bath.lain-lain lauk yang kami pesan ialah tomyam, kailan ikan masin, daging masak merah dan telur dadar. Harga makanan ini hanya 840 bath sahaja. Ummi rasa murah sebab jumlah itu untuk makanan 9 orang dewasa dan 3 kanak-kanak. Maknanya kos makan untuk seorang tak sampai pun sepuluh ringgit. Memang berbaloi. Gambar makanan tak sempat diambil kerana terlalu lapar. Setelah sembahyang, kami membeli beras siam dan beras wangi di kedai berhampiran. Seterusnya jalan-jalan di pantai Samila dan di tepi Ko Yo melihat naga menyembur air. Seterusnya pulang ke Natawi untuk mencari beberapa barangan elektrik. Di sini Ummi sertakan beberapa keping gambar kenangan kami di sana.
penjaja menjual makanan
Jenis kenderaan yang banyak digunakan oleh penjaja.

Wednesday 7 August 2013

PERSIAPAN MENJELANG AIDIL FITRI 1434

Aidil Fitri tiba lagi. Esok rakyat Malaysia yang beragama Islam akan menyambut hari kemenangan melawan nafsu dengan menahan lapar dan dahaga selama sebulan menunaikan rukun Islam yang ketiga. Iman tidak sabar menunggu ketibaan esok. Membantu Ummi mengemas rumah dan mencuba baju baru. Esok juga Iman akan bersembahyang sunat hari raya. Apalah maknanya hari raya jika kita tidak sembahyang sunat hari raya. Begitu juga apalah maknanya Ramadhan jika kita tidak bertarawikh. />
Perabot lama susunan baru
sekadar memenuhi mood raya
Bilik baru Iman Sebenarnya Ummi tidak pernah bertukar-tukar perabot untuk sambut raya. Apa yang ada, itulah yang digunakan. Cuma menjelang hari raya, rumah lebih bersih dan ceria. Akhir kata selamat hari raya, maaf andai tersilap bicara.