Jumlah Pengunjung

Saturday, 15 December 2012

JALAN-JALAN KE VIETNAM PART 1

Sebelum ke Vietnam, Ummi membayangkan Vietnam tentulah sama sahaja dengan Thailand. Tentu di Vietnam  bahasanya lebih kurang sama sahaja, tentu ada pasar terapung, budaya yang sama  dan suasana bandarnya sama. Tetapi setelah berada di sana selama 4 hari 3 malam dari 11 hingga 14.12. 2012 Ummi sedar antara Vietnam dan Thailand tidak sama. Yang sama hanyalah dari segi waktu yakni kedua-dua negara ini lewat satu jam dari waktu Malaysia.
Kami bertolak dari dari LCCT ke Ho Chi Minh City atau nama lamanya Saigon pada jam 9.10 minit pagi dan tiba di Lapangan terbang  Tan Son Nhat pada jam 11 pagi Malaysia atau jam 10 pagi Vietnam. Masa perjalanan ialah 1 jam 50 minit. Tiada borang arrival dan departure kemasukan  perlu diisi seperti di negara lain.. Senang dan mudah. Sebaik sampai, kami terus ke toiletdan tiada paip air disediakan. Ummi memang telah bersedia dengan botol kosong di dalam handbag. Tetapi ada raka-rakan yang terkejut dengan keadaan itu. Hal ini berbeza dengan Thailand yang kesemua bilik airnya ada bekas air dan gayung.
Sebaik tiba kami terus dibawa untuk check in penginapan. Ummi dan Iman menginap di Hotel Hainam yang terletak di kawasan Pasar Ben Thant iaitu tempat membeli belah yang terkenal. Kemudian kami dibawa ke restoran untuk makan tengahari. yang terletak berdekatan dengan hotel ini.

Di sebelah petang kami dibawa bersiar-siar di Ho Chi Minh City dan melihat beberapa bangunan warisan yang terdapat di sini.

Pada sebelah malam kami dibawa menikmati  makan malam di Restoran Muslim seafood di Sungai Saigon. Bentuk restoran atas air ini sangat unik seperti berada di atas feri atau kapal persiaran. Seterusnya jalan-jalan di pasar malam.



                          Iman bergambar dengan gadis penyambut tamu yang sopan berbaju tradisi Vietnam

Pada hari kedua kami dibawa melawat My Tho City, menaiki bot merentasi Sungai Mekong ke sebuah perkampungan yang mengusahakan tanaman buah-buahan, mengusahakan hasil produk berasaskan kelapa dan madu lebah. Macamlah  kami tidak pernah melihat dusun dan buah kelapa. Mereka bersungguh-sungguh menerang kepada kami proses memarut kelapa, memerah santan, membuat dodol dan  menghasilkan candy daripada kelapa . Bagi Ummi semua itu biasa sahaja malah di tempat kita lebih banyak industri yang boleh ditunjuk kepada pelancong jika ada kreativiti.
Contohnya di vietnam, kami menyusuri kawasan kampung  yang denainya kemas, menaiki kereta kuda untuk ke satu tempat lain dan seterusnya menaiki sampan panjang  melalui  anak-anak sungai di Sungai Mekong dan kemudian dihantar kembali ke bot yang mula-mulai kita naiki untuk ke sini.. Benda biasa menjadi luar biasa, attraktif dan menyeronokkan.
                                                         Iman dibantu untuk menaiki bot
 Menyusuri anak sungai dengan sampan
                           Beramai-ramai menaiki kereta kuda dalam kampung penduduk di Vietnam
                                 Tuan punya  kereta kuda yang membawa Iman, Ummi, Mak Long dan Mak Ngah

Pada hari ke-3 kami melawat terowong Chu Chi yang digunakan semasa Perang Vietnam. Kedaannya lebih kurang dengan perkampungan  bekas komunis  di Thailand. Bezanya ialah di sini kawasannya lebih luas dan fokosnya kepadajenis-jenis dan  cara-cara jerangkap samar dibuat oleh menentang tentera Amerika.


                           Sebelum tiba di terowong , singgah dulu di kilang seramik yang diusahakan oleh  
                            orang-orang kurang upaya.



Banyak sangat yang hendak diceritakan. Sampai di sini dulu, Ummi akan sambung lagi di entri seterusnya.

No comments: