Lama juga Ummi tidak mengemaskini blog disebabkan agak sibuk kebelakangan ini. Rupa-rupanya ada beberapa pertanyaan daripada pembaca tentang beberapa tempat yang diceritakan sebelum ini. Mohon maaf kerana terlambat menjawab kerana tidak perasan pun ada pertanyaan tersebut.
Kali ini Ummi akan ceritakan pengalaman Ummi bercuti di Phuket, sebuah pulau percutian di selatan Thailand yang sangat terkenal itu. Kami bertolak dengan kereta ke sana seawal jam 7.30 pagi dari Kuala Nerang. Sampai di Changlun, Ayah membeli insurans dan menukar wang di sebuah kedai di kiri jalan di tengah pekan tersebut. Kemudian kami bersarapan dan meneruskan perjalanan ke Pintu sempadan di Wang Klian Perlis.Setelah mengisi minyak penuh di stesen minyak di sana kami menuju ke Imegresen untuk mengecop pasport. Suasana di pintu sempadan sangat tenang. Tiada ramai orang malah ketika mula-mula kami sampai iaitu jam 10 pagi, langsung tiada orang. Setelah mengisi borang permohonan untuk membawa masuk kereta barulah nampak sekumpulan rombongan lain tiba. Ummi memang suka menggunakan pintu sempadan Wang Klian atau Padang Besar kerana semua urusan cepat.
KRABI
Jam menunjukkan jam 10.30 pagi ketika kami melepasi pintu sempadan. Destinasi pertama kami ialah Hasna Palace di Krabi. Kami telah membuat booking online hotel berkenaan kerana Ummi pernah melihat hotel tersebut kali pertama Ummi ke Krabi dulu. Dengan harga 90 ringgit Malaysia, Ummi rasa berbaloi kerana hotel itu mempunyai kolam renang. Bolehlah nanti Iman mandi kolam. Di sekeliling hotel juga banyak makanan halal dan letaknya tidak jauh dari masjid besar Krabi. Azan pun kedengaran setiap kali masuk waktu solat. Kami tiba di hotel ini jam 3.30 petang. Di tengah-tengah perjalanan tadi, kami ada berhenti makan di sebuah kedai makan halal di tepi jalan yang diusahakan oleh seorang bekas guru besar sekolah. Mula-mula mereka ingat kami muslim Thai tetapi apabila kami meminta makanan dalam bahasa Inggeris, barulah cikgu tersebut sedar kami orang Malaysia. Dia yang boleh berbahasa Inggeris melayan kami dengan ramah sekali. Siap menunjukkan gambar-gambar dia dan keluarganya yang menjadi kebanggaannya. Dia juga menyediakan tempat solat untuk pelanggan.
Di Krabi, kami hanya singgah untuk bermalam dan menikmati keindahan pantainya , berehat-rehat serta menikmati makanan Thai seperti roti pisang dan nasi briyani ayam. Nasi briyani ayam yang kami nikmati di tepi masjid lain di perkampungan Islam krabi sangat murah dan sedap. Harganya sekitar 5 ringgit seorang. Mereka menyebut teh susu seperti kita semasa menanya kepada kami apa yang hendak diminum. Itulah sahaja bahasa Melayu yang mereka tahu di gerai perkampungan itu.
|
Tiada orang mandi di Hasna Palace kerana semua mereka hoping Island |
|
Pantai Napharathara ketika waktu pagi. Di sebelah petang semasa air surut kami berjalan hingga ke pulau yang nampak di belakang itu. Terdapat begitu banyak anak ketam sesuai dengan nama tempat ini Krabi |
|
Pantai Nopharathara di Krabi memang cantik. Tambahan pula Jun bukan peak season. Kami tidak hoping island kerana telah melakukan aktiviti itu dalam kunjungan pertama dulu. | | | |
|
PHUKET
Pukul 12.00 waktu Malaysia, kami check out dan meneruskan destinasi ke Phuket. Jalan raya di Thailand memang senang kerana kurang kenderaan dan luas. Kami berhenti makan tengahari di sebuah kedai makan di perkampungan Islam di tepi jalan.Sepanjang jalan ke Phuket, banyak sekali masjid namun mereka tidak tahu berbahasa Melayu sebaliknya boleh berbahasa Inggeris untuk perkataan-perkataan mudah. Tiada masalah setakat memahami apa yang kita ingin makan dan harga makanan.
|
Antara masjid yang dapat dilihat di tepi jalan ke Phuket |
|
Antara kedai tepi jalan yang kami singgah |
|
Masjid di tepi kedai makan |
Pulau Phuket disambung dengan tanah besar Wilayah Phanga oleh Jambatan Sarasin. Di tepi jambatan hala balik terdapat penjual barang-barang untuk buah tangan. Ummi sarankan jika ingin membeli t-shirt dan key chain patut beli di sini kerana harganya murah.
|
Jambatan lama ditutup dan jambatan baru sahaja digunakan sekarang
|
Sebaik melepasi jambatan, terdapat kompleks police checkpoint. Kami menuju ke Than Thip Hotel yang telah ditempah secara online. Hotel ini terletak berhampiran pantai Patong.
|
Dah sampai di Phuket |
|
Pemandangan laut yang sangat indah semasa melalui jalan ke Kamala. |
|
Hawa Kitchen yang menjadi kedai makan pilihan kami berulangkali kerana layanan yang mesra, murah dan boleh bertutur dalam bahasa Melayu |
|
Papan tanda yang jelas |
|
Hotel Islam yang ada di Patong. Lain kali kalau ke sana akan tinggal di sini. |
|
Pantai Kamala. Di sini terdapat banyak masjid dan perkampungan Islam. Kalau tahu lebih awal, Ummi tentu pilih untuk mencari hotel di sini. Pantainya bersih, tiada omputih bersidai. makanan halal senang. |
|
Pantai Patong yang terkenal dan menjadi pilihan omputih |
|
Than Thip Resprt |
|
Pemandangan di view point Promthep |
|
Promthep view point |
|
Berhent untuk mandi laut di pertengahan jalan dari Promthep ke view point Karon
|
|
Masjid Nurul Islam di Patong | | | |
|
Kesimpulan*
1. Phuket adalah sebuah pulau yang berbukit. Memandu di sana seumpama memandu di BalikPulau Penang.
2. Terdapat beberapa pantai hebat seperti Patong, Rawai, Surin, Kata, Kamala, Naka, Kilim dan sebagainya.
3. Kamala mempunyai penduduk Islam yang paling ramai.
4. Patong mempunyai beberapa masjid namun terlalu ramai pelancong barat.
5.Harga hotel berpatutan dan sangat murah berbanding negara kita. Layanan kaunter juga baik.
6. Keindahan alamnya tidak dapat dinafikan dan pantainya sangat bersih. Pasirnya sangat halus.
7. Tiada masalah bahasa kerana bahasa Inggeris boleh difahami di sini.