Oleh kerana ayah sedang bercuti semester kerana pelajarnya telah ke Australia, ayah membawa Iman ke bandar Icity sebuah bandar yang berlatarkan hiasan lampu yang berwarna warni dengan segala macam bentuk hiasan. Iman begitu teruja kerana dapat masuk ke snow walk dan menyaksikan replika bentuk-bentuk muka bumi di kawasan yang bersalji. Alhamdulillah dapatlah Iman menyaksikan kepintaran manusia dan Iman yakin tentu Allah lebih bijaksana menjadikan muka bumi ini dengan pelbagai bentuk dan iklim.
Dalam perjalanan balik ke rumah Iman singgah di Zoo Taiping. Walaupun dulu Iman pernah pergi tetapi Iman dah lupa. Jadi Ummi setuju bermalam di Sri Malaysia Taiping dan keesokannya bawa Iman ke Zoo.
Jumpa lagi.
Iman bagaikan emas permata, letaknya di dalam jiwa,gemilang warnanya bak cahaya,menyuluh hidup seluruh manusia....... Kata imam Ghazali "Orang islam yang bermusafir itu mendapat 4 perkara iaitu: ilmu, pengalaman, kawan dan rezeki."
Jumlah Pengunjung
Saturday, 16 July 2011
Saturday, 11 June 2011
LAWATAN KE MEDAN
Iman . Ummi dan Mak Long Balkis telah mengambil kesempatan cuti sekolah untuk melancong ke Medan. Banyak tempat yang sempat dikunjungi di sana. Antaranya ke Pulau Samosir melihat perkampungan dan budaya masyarakat Batak Toba. Masyarakat ini mendiami Pulau Samosir dan di tepi Danau Toba. lagu Sinagar si Tolo-tolo kini masih diingati Iman. Lagu menyambut tetamu masyarakat batak Sumatera Utara.
Kami juga dibawa ke Brastagi iaitu sebuah kawasan pelancongan tanah tinggi. Kegiatan utama tanah tinggi sepertimana tempat-tempat lain ialah pertanian sayur-sayuran, buah-buahan dan bunga. Iman sempat menaiki kereta kuda. Satu pengalaman menarik di sana. Seterusnya kami tidak lupa membeli belah di Pasar Ikan di Medan. Insyaallah kami akan ke tempat lain pula apabila cuti sekolah datang lagi.
Iman bersama MakCik Nita

Monday, 16 May 2011
SELAMAT HARI GURU
GURU PEMBINA TRANFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
Bersatu kita menuju paradigma yang baharu
Satu tekad dan harapan menyahut cabaran dunia
Pendidik berkualiti demi mencapai visi
Dengan azam yang murni membentuk akhlak terpuji
Guru mendidik insan dengan setulus hati
Membimbing generasi masa hadapan
Guru penjana transformasi pendidikan negara
Menjayakan hasrat yang murni satu Malaysia
Pendidik berinovasi menghasilkan kreativiti
Bersedia hadapi cabaran arus tanpa sempadan
Pendidik yang berkualiti membentuk akhlak terpuji
mengimbangkan rohani jati diri dan jasmani
Hari ini ummi menyambut hari guru di sekolah. Seperti biasa acara pagi bermula dengan perhimpunan dan mendengar perutusan hari guru. Seterusnya penyampaian anugerah tokoh guru. Tahun ini Ustaz Mahmud dipilih sebagai tokoh guru 2011. Amat sesuai apalagi ustaz telah lama berkhidmat dan akan bersara hujung tahun ini. Ummi sendiri pernah dipilih sebagai tokoh guru 2 tahun lepas. Namun rasanya sumbangan Ummi untuk dunia pendidikan tidak seberapa. Apalah sangat yang Ummi sumbangkan berbanding contoh teladan junjungan kita. Baginda menjadi suri teladan dan sanggup berkorban apa sahaja demi mengajak manusia ke arah kebaikan. Namun Ummi amat gembira apabila anak-anak didik mengucapkan "Terima kasih Cikgu, Selamat Hari Guru".

Tuesday, 10 May 2011
IMAN YANG RAJIN MELUKIS
Setiap hari puteri kecilku Iman akan melukis. Habis kertas A4 ummi diambilnya. Ada-ada sahaja imaginasinya.
Dalam gambar di atas apabila ditanya apa yang dilukisnya, Iman memberitahu bahawa dia melukis gambar rumahnya yang dikelilingi pokok. Apabila ditanya siapa orang yang dilukisnya di bawah itu. Katanya gambar ayahnya yang ada janggut dan misai. Cayalah Iman. Teruskanlah minat anakanda.

Thursday, 28 April 2011
Iman Yang Rajin Membaca
Iman Nur Anisa puteri kecil yang rajin menghafal doa. Setiap hari sibuk membaca doa.Semoga apa yang dihafal akan terus menjadi amalan. Doa ummi agar iman menjadi anak yang soleh.
Monday, 25 April 2011
BELAJAR MENGGUNA EDUWEB
Hari ini 25.4.2011, kami belajar mengaplikasi eduwebtv. Moderatornya muda lagi tapi berkebolehan.Datang dari PKG Bukit Tembaga. Kalau semua cikgu muda rajin sepertinya P&P tentu lebih menyeronokkan. Terima kasih kerana menyumbangkan idea kepada kami.
Monday, 21 February 2011
damainya berada di rumah
Salam buat semua.
Rumah bagi diriku adalah segala-galanya. Oleh sebab itulah aku sentiasa ingin berada di rumah. Sebaik tamat masa bekerja aku akan segera pulang ke rumah. Hobiku mengemas rumah dan menanam pokok bunga. Rimas rasanya melihat lantai dan bilik bersepah. Kuajar puteriku supaya rajin mengemas. Setiap malam sebelum tidur aku memastikan rumahku bersih supaya apabila aku terjaga esok hari,yang kulihat menyenangkan hati lantas hariku bermula dengan sesuatu yang positif.
Kata orang rumah kita adalah syurga kita namun berapa ramaikah di dunia ini yang tidak mengecapi kebahagiaan ini? Kadangkala rumah bertukar menjadi neraka kehidupan. Berapa ramai suami yang mendera isteri? Berapa ramai isteri yang tidak setia? Berapa ramai anak yang membuang ibu bapa dan berapa ramai ibu bapa yang mengabaikan anak-anak? Semua bermula di rumah.
Alam kubur akan menjadi rumah kedua kita. Adakah alam kubur akan menjadi rumah yang selesa buat kita atau alam kubur menjadi lubang neraka bagi kita? Antara dosa-dosa yang menyebabkan pelakunya diseksa dalam kubur ialah:
1. Orang yang menerima al-Quran tetapi tidak melaksanakan kehendaknya serta lupa dari sembahyang fardhu.
2. Orang yang berdusta
3. Orang yang berzina
4. orang yang memakan riba
5. Orang yang tidak membersihkan diri dari kencing
( dipetik dari buku Perjalanan Hakiki Setiap Insan)
Oleh itu marilah kita bina kebahagiaan hidup di rumah yang kita huni hari ini dan persiapkan diri untuk menjadi penghuni rumah kedua kita.
Subscribe to:
Posts (Atom)