Hari ini hari ke-29 kita berpuasa. Malam tadi Ummi tiba di rumah jam 2.00 pagi. Kami pergi ke Manjung lewat petang semalam untuk mengambil Pak Cik Mie sekeluarga yang terlibat dalam kemalangan. Alhamdulillah semua selamat walaupun kereta terpaksa masuk bengkel. Ummi sedih juga mengenang kesulitan yang sedang Pak Cik Mie hadapi. Moga Pak Cik Mie tabah. Insyaallah Ummi yakin di sebalik semua kesusahan pasti ada hikmah yang tersembunyi.
Ummi sendiri tidak pernah meratapi takdir yang tersurat. Ummi pernah dengar semasa di pondok dulu, Pak Teh Mat semasa "mengajar" menyatakan bahawa rasa gembira dalam diri kita sebenarnya adalah kerana dilontarkan perasaan itu ke dalam hati kita oleh Allah s.w.t. Sebab itulah ada orang rasa gembira dalam hatinya walaupun hidup sendiri, miskin dan tak punya apa-apa untuk dibanggakan. Ada pula orang rasa tidak gembira dan sunyi walaupun di sekelilingnya ramai orang, banyak harta dan mempunyai pelbagai kelebihan. Ummi dapat kaitkan pula penjelasan Pak Teh itu dengan istilah redha. Redha sebenarnya bagi Ummi payah untuk dibuktikan kecuali kita ditimpa kesusahan dan kita menerimanya dengan hati yang terbuka. Satu istilah yang senang disebut tetapi tidak ramai yang memiliki.
Oleh itu Iman juga harus belajar untuk berpuas hati dengan apa yang ada. Kuatkan semangat dan jangan mudah menangis. Ingat selalu pesan Ummi.
Iman bagaikan emas permata, letaknya di dalam jiwa,gemilang warnanya bak cahaya,menyuluh hidup seluruh manusia....... Kata imam Ghazali "Orang islam yang bermusafir itu mendapat 4 perkara iaitu: ilmu, pengalaman, kawan dan rezeki."
Jumlah Pengunjung
Monday, 29 August 2011
Thursday, 25 August 2011
Majlis Khatam Al-Quran
Hari ini adalah hari terakhir persekolahan sebelum esok bermulanya cuti hari Raya Aidil Fitri. SMKKN telah mengadakan majlis khatam Quran. Ummi selalu teringat bagaimana meriahnya majlis ini ketika Ummi mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Perempuan Kangar dulu.(1990-1998).
Allah berfirman bermaksud: Wahai umat manusia, sesungguhnya sudah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran daripada Tuhan kamu, dan penawar bagi penyakit batin yang ada dalam dada kamu dan menjadi hidangan petunjuk untuk keselamatan serta membawa rahmat bagi orang beriman. (Surah Yunus, ayat 57)
Fadilat membaca al-Quran memang besar seperti sabda Rasulullah SAW bermaksud: Orang yang membaca al-Quran dengan lancar, maka dia bersama malaikat yang mulia, manakala orang yang membaca al-Quran kurang lancar, maka baginya dua pahala.
Imam Malik pernah berkata sebaik tiba Ramadan: Ini adalah bulan al-Quran. Begitu besar penghormatan diberikan seorang aulia (pewaris nabi) terhadap Ramadan dan al-Quran, seolah-olah tersimpul dalam ikatan sungguh kuat hingga sanggup menghentikan segala urusan lain.
Dalam beberapa riwayat ada dicatatkan kalangan ulama membaca al-Quran dengan penuh tartil (teliti). Kerap kali mereka menangis ketika membaca ayat al-Quran yang mengandungi pelbagai petunjuk serta bimbingan.
Dalil al-Quran diturunkan pada Ramadan adalah firman Allah yang bermaksud: Beberapa hari yang ditentukan itu adalah Ramadan, bulan yang dalamnya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan yang membezakan (antara yang hak dan yang batil). (Surah al- Baqarah, ayat 185)
Amalan tadarus bukan saja dapat meningkatkan kefahaman terhadap makna ayat suci, malah memperbetulkan kesilapan bacaan terutama dari segi tajwid dan makhrajnya.
Bertadarus al-Quran menjadi amalan sepanjang Ramadan sama ada dilakukan secara bersendirian atau berkumpulan bagi mengimarahkan bulan yang penuh keberkatan dan ganjaran pahala berganda daripada Allah.
Oleh itu sesiapa yang belum khatam alQuran sempena Ramadhan tahun in marilah kita terus membaca kerana bulan puasa masih ada 5 hari lagi.
Ustaz Mahmud mengetuai majlis
Pelajar-pelajar khusyuk mengikuti majlis

Subscribe to:
Posts (Atom)