Hari ini Ummi dan Iman menyertai rombongan ke majlis pernikahan anak saudara Ummi ,Naim diadakan di Masjid Kampung Sungai Gelam, Bujang, Bedong Kedah. Ummi ada mesyuarat pengurusan sekolah tetapi Ummi meminta keizinan keluar awal kerana rombongan kami akan bertolak pada jam 11.00 pagi. Sebelum itu Ummi mengambil Iman di kelas mengaji Quran. Jadi, hari ini agak sibuk.
Majlis akad nikah diadakan selepas sembahyang Zohor.Setelah itu kami dijemput ke rumah pengantin perempuan untuk jamuan makan tengahari. Banyak dan sedap lauk pauk yang disediakan. Layanan keluarga pengantin perempuan Syarikin pun baik. Bertuah Kak Nab mendapat besan yang ada semangat persaudaraan dan merendah diri. Dalam Islam semua manusia adalah sama, yang membezakan kita ialah amalan dan darjah ketakwaan kita kepada Allah. Semoga jodoh Naim dan Ikin berpanjangan.
Selepas jamuan, kami jalan-jalan ke Tanjung Dawai dan membeli barangan berasaskan laut yang terkenal di sana. Kami selamat tiba di rumah jam 6.30 petang. Asmida anak Kak Wahiba mengikut Iman pulang ke rumah dan bermalam di sini. Semoga ikatan silaturrahim antara Iman dan Asmida berkekalan sehingga mereka dewasa dan mereka menghargai persaudaraan ini.
No comments:
Post a Comment