Jumlah Pengunjung

Friday, 23 December 2011

BUDI

Ada padi adalah beras,
   Bertanak nasi periuk tembaga,
Ada budi adalah balas,
   Orang berbudi kita berbahasa.

Tanam pisang tanamlah ubi,
   Ubi ditanam buatkan batas,
Banyak orang bertanam budi,
   Dalam ingatan hendaklah dibalas.

Kadang-kadang Ummi terfikir kenapa tidak ramai manusia sekarang berpegang kepada pantun di atas. Masyarakat Melayu sebenarnya amat halus perasaannya. Setiap kita diajak supaya sentiasa berusaha berbuat baik dan menolong orang lain. Sebagai muslim kita wajib membantu saudara kita yang berada dalam kesusahan.
Orang yang menerima budi juga wajar berterima kasih. Sekurang-kurangnya mendoakan agar orang yang berbudi kepadanya diberi rahmat oleh Allah. Sekiranya tidak mampu membalas kebaikan dengan wang ringgit, balaslah dengan tenaga atau kata-kata yang baik. Janganlah pula menjadi seperti melepaskan anjing tersepit. kita membantu orang di saat dia susah tetapi kemudian kebaikan kita dibalas dengan kejahatan.

Pengalaman Ummi kadang-kadang menyebabkan Ummi terfikir betapa tidak prihatinnya kebanyakan manusia sekarang. Tidak ramai orang yang sanggup bersusah untuk orang lain sedangkan 'orang lain itu' pernah bersusah-susah untuk mereka. Mungkin  iman kita tidak begitu mantap, tapi hati selalu mengingatkan bahawa apabila kita membuat kebaikan, buatlah semata-mata lillahhitaala.... maka jiwa terasa tenang.

Saturday, 10 December 2011

NASI KUKUS PANAS KARI KAMBING DI RESTORAN KELANTAN HATYAI


                                                                  Bermalam di Kangar
Kali ini Ummi ingin paparkan di sini tempat makan yang bagi Ummi sangat bagus yang terdapat di Hatyai. Namanya Restoran Kelantan. Tempatnya tidak jauh dari pusat membeli belah dan hotel-hotel besar di pusat tumpuan ramai dalam bandar Hatyai. Kebanyakan pelancong Malaysia menginap di hotel-hotel seperti Hotel Plaza, Lee Garden, Regency dan lain-lain. Sebenarnya kami terjumpa restoran ini ketika mencari kedai makan yang pernah kami singgah 2 tahun lepas ketika mengikut pakej. Namun kedai itu sudah tiada sebaliknya restoran ini pula yang kami jumpa. Mengikut pemiliknya kedai ini baru dibuka 3 bulan. Sangat bersih dan menarik dari segi hiasan dalamannaya.

                                                     Dalam Restoran
 
                                                              Penjual Bunga
Sekarang Hatyai dah jadi pekan yang selalu kami kunjungi. Ayah dah pandai selok belok jalan di sini. Kali terakhir kami pergi, kami masuk melalui jalan Padang Besar yang dieja Padang Beysa oleh sign board Siam. Kebetulan kami balik tengok rumah yang sudah siap direnovate di Kangar. Pintu masuk sempadan dari Padang Besar tenang, selesa dan tidak ramai orang. Sangat berbeza dengan Bukit Kayu Hitam yang sangat sibuk. Mungkin kerana banyak treler dan pelancong yang masuk ikut pintu ini yang bersambung dengan Highway Utara Selatan. Oleh  kerana Padang Besar pintu sempadan yang paling awal, jalan raya sebelah Siam luas dan cantik. Dari Padang Besar kita kena ke Sadao untuk ke Hatyai menyebabkan jalannya lebih jauh berbanding masuk melalui Bukit Kayu Hitam.

Berbanding dengan Satun, kawasan ini  di sepanjang jalan tidak ramai  orang Islam. Namun  Ummi nampak ada 2 masjid dalam  Pekan Padang Besar Siam. Ummi beli beras Siam yang wangi dan gebu di Pekan Padang Besar Siam.

Di Hatyai kali ini, kami naik tut tut. Ayah parking kereta di tempat parking pasaraya dan kami ke Bazar dengan bayaran 40 bath atau 4 ringgit. Bazar ini  menjual bermacam-macam barangan. Macam pekan Rabu di Alor Setar.


Untuk sesiapa yang teringin ke Siam, untuk penduduk di negeri yang bersempadan dan beralamat dalam negeri Kedah, Perlis , Perak dan Kelantan buatlah border pass dengan harga RM10  sahaja. Kalau nak murah satu border pass letak semua nama ahli keluarga. Untuk orang yang tidak beralamat di Kedah, Perlis, Perak dan Kelantan, Ummi cadangkan buatlah pasport berkumpulan. Kalau PakSu Di nak ikut ke sana, kena buat pasport berkumpulan untuk satu keluarga sebab ahli-ahli keluarga Pak Su Die tak boleh nak buat boder pass. Harga pasport berkumpulan murah saja. Tetapi pasport berkumpulan sekarang hanya dibenarkan untuk ke Siam dan Singapura sahaja.Sampai jumpa lagi.....

Friday, 2 December 2011

KENDURI DI RUMAH FATIMAH

Semalam 1.12.2011 Ummi dan Iman menyertai rombongan pengantin lelaki iaitu anak saudara Ummi, Hakem. Majlis diadakan di rumah Fatimah. Ummi drive sendiri sebab Ayah bekerja hari ni. Bersama menaiki kereta Ummi  ialah Rosnah jiran Kak Nab, Kak Nab, Iman dan Asmida. Kami bertolak jam 1.40 petang. Tapi hari ini Ummi agak kelam kabut sebab lambat balik dari sekolah. Ummi terpaksa ke sekolah kerana menyiapkan manual pengurusan 2012 iaitu buku perancangan tugas untuk tahun hadapan. Dlam tergesa-gesa Ummi terus ke rumah Kak Nab.


Setelah selesai jamuan, kami bertolak pulang. Disebabkan jalan masuk sempit dan sukar kalau berselisih dengan kereta lain, kami dinasihati ikut jalan belakang. lalu Ummi pun dengan panduan Kak Nab yang mendapat panduan dari orang yang jaga trafik di rumah kenduri tu ikut jalan belakang. Bersama mengikut kami ialah Li adik ipar kak Nab dan sebuah kelisa rakan Hakem. Lalu kami pun ikut jalan tanah merah berbatu itu. Makin diikut, makin jauh ke dalam hutan.Makin banyak lopak dan makin teruk jalannya. namun disebabkan susah nak berpatah balik kami teruskan juga. Minyak kereta pun dah makin kurang sebab tidak sempat mengisi tadi. jalannya betul-betul sesuai untuk rally pacuan 4 roda. Maka mulut pun tak henti-henti membaca doa. Akhirnya kami jumpa jalan besar. Rupanya kami dah sampai ke Bukit Payung. Alhamdulillah janji jumpa jalan besar.  Maka selamatlah  .kami tiba di rumah. Rabbi yassir walatuassir. Rabbi atmimbilkhoir.