Kelmarin Ummi, Ayah dan Iman memenuhi undangan kenduri kahwin. Ada 3 rumah. Pagi-pagi Ayah dan Iman balik ke pondok untuk tolong siang daging kenduri di sana. Pukul 12.00 pergi kenduri di rumah cikgu Kolej Mara di Alor Setar. Kemudian ke rumah kawan Ayah di Tikam Batu pula. Oleh kerana dah sampai Tikam batu, kami terus cari tempat untuk istirehat di sana. Disebabkan Pantai merdeka resort dah penuh, kami cari chalet. Akhirnya kami temui chalet di Kampung Pulau Sayak.Sewanya murah saja.
Pagi-pagi lagi Ummi bawa Iman ke tepi pantai. Tengok kehidupan nelayan. Punyalah ramai orang pagi ni mengutip siput. Sampaikan anak-anak kecil berusia 1 dan 2 tahun pun turut serta. Dapatlah Ummi ajar Iman bagaimana dalam kehidupan ini kita tidak boleh terlalu manja. Kita perlu dilatih sejak kecil untuk memahami erti susah payah. Siput dikutip semasa air surut di celah-celah batu. Begitulah kekuasaan Tuhan. Setiap kejadian ada gunanya.
Dalam perjalanan pulang, kami singgah melayan mee udang dan melihat pusat pendaratan ikan di Kuala Muda. Kemudian terus ke Alor Setar untuk menghadiri kenduri kahwin Syikin, guru baru Jabatan Bahasa sekolah Ummi. Tahniah kepada Syikin dan semoga berbahagia.
No comments:
Post a Comment