Hari ini Ummi telah ke pejabat imegresen di Alor Setar untuk membaharui pasport kerana insyaallah Ummi akan ke Vietnam. Rasanya ramai yang ingin mengetahui bagaimana cara untuk merenew pasport. Jadi cacatan ini boleh dijadikan panduan.
1. Pasport mesti direnew 6 bulan sebelum tarikh tamatnya.. Hal ini adalah kerana seseorang dibenarkan memasuki sesebuah negara lain apabila tarikh tamat pasport tidak kurang dari enam bulan.
2. Dapatkan borang permohonan di kaunter imegresen.
3. Ambil gambar di studio yang disediakan dengan bayaran RM10.00. Kalau ingin cepat ambil gambar di kedai gambar. Kalau ambil di studio di pejabat Imegresen gambar kurang cantik tapi sure betul syaratnya. Antara syarat gambar untuk pasport ialah berlatarbelakang biru muda, bertudung gelap bagi perempuan dan saiz gambar besar seperti yang ditetapkan. Yang bercermin mata kenalah buka sebab mata mesti memandang tepat ke kamera.
4. Kita dikehendaki mengisi borang permohonan sama seperti kali pertama memohon pasport. Maklumatnya biasa seperti nama, alamat, no I/C, tarikh lahir, status, jantina,tempat lahir dan nombor telefon dan ketinggian. Kemudian tick apakah jenis permohonan sama ada permohonan kali pertama, pasport tamat tempoh, kehabisan muka surat, pasport rosak, hilang atau menukar gambar baru.
5. Serah borang berserta gambar di kaunter dan dapatkan no giliran. Salinan fotostate IC perlu untuk permohonan pertama. Untuk renew tidak perlu salinan IC tapi perlu serah semula pasport lama.
6. Apabila nombor giliran dipanggil, serahkan borang di kaunter yang ditetapkan.IC juga dimintaoleh pegawai berkenaan untuk proses membaca maklumat kita di cip.Borang kita akan disemak dan diserah kepada pegawai yang meluluskan pasport.
7. Tunggu lagi ditempat menunggu sehingga nama dipanggil pula untuk membuat bayaran bagi pasport. Bayaran pasport untuk 5 tahun ialah RM300. Bayaran untuk 2 tahun ialah RM100. Manakala kanak-kanak bayarannya separuh sahaja.Resit bayaran berserta masa mengambil pasport dicatat diresit bayaran.
8.Tunggu sejam dan setelah itu dapatkan nombor giliran semula untuk menunggu giliran penyerahan pasport. Tunggu sehingga giliran dipanggil.
Pasport lama(digunting) dan pasport baru
Ummi sengaja mencatat di sini supaya Ummi ingat proses untuk renew lagi pada masa depan. Kasihan pun ada apabila kita lihat ramai yang tertanya-tanya apa yang hendak dibuat apabila kali pertama ingin membuat pasport.. Nak kata susah tidaklah susah tapi kalau tak biasa tu peninglah juga sebab banyak langkah yang kena ikut sebelum dapat pasport.
Begitu juga apabila ingin memasuki negara lain, ada prosedur yang mesti diikut iaitu mengisi borang masuk dan borang keluar dengan menyatakan tujuan dan alamat semasa di sana dan lama masa di sana di atas kapal terbang. Borang itu hendaklah diserah bersama pasport apabila tiba di kaunter imegresen negara yang kita tuju. Borang keluar juga dicop dan mesti diserah balik kepada imegresen negara berkenaan apabila kita hendak keluar dari negara tersebut.
INGAT SIMPAN BAIK-BAIK BORANG KELUAR BERSAMA PASPORT KITA APABILA KITA MELANCONG.
Ada ramai yang tidak tahu bahawa borang keluar mesti dikembalikan.Semoga catatan ini bermanfaat untuk semua.
Iman bagaikan emas permata, letaknya di dalam jiwa,gemilang warnanya bak cahaya,menyuluh hidup seluruh manusia....... Kata imam Ghazali "Orang islam yang bermusafir itu mendapat 4 perkara iaitu: ilmu, pengalaman, kawan dan rezeki."
Jumlah Pengunjung
Monday, 26 November 2012
Saturday, 17 November 2012
KERETAPI LAJU IPOH - KL
Bersempena cuti Maal hijrah yang bersambung dengan cuti hujung minggu, Ummi, Ayah dan Iman sekali lagi jalan-jalan ke Taiping. Mulanya kami bercadang untuk menaiki Bukit Larut dan menikmati udara segar di puncaknya tetapi keinginan itu tidak kesampaian. Hal ini adalah kerana menurut penjual tiket land rover di bukit Larut memberitahu bahawa tiket hanya dijual dari jam 7.00 pagi. Sedangkan kami tiba di situ jam 3.00 petang. Katanya lagi tiket laku macam goreng pisang. Biasanya selepas setengah jam dijual , tiket untuk hari berkenaan sudah habis dan tidak boleh dibooking awal.
Akhirnya kami membuat keputusan untuk membawa Iman mencuba keretapi laju Ipoh - KL. Ummi dan ayah pun tidak pernah menaiki keretapi elektrik ini. Nama glamor bagi perkhidmatan ini ialah keretapi ETS. Namun begitu, kami pernah menaiki ERL dari KL Sentral ke KLIA sebelum ini.Setelah Iman siap bermain air kolam di Hotel Perdana Taiping kami bertolak ke Ipoh dan tiba di Stesen Ipoh jam 10.30 pagi. . Ummi terus mengambil tiket ETS untuk ke Kampar. Harga untuk dewasa ialah RM13.00 manakala untuk kanak-kanak ialah RM11.00. Dari Ipoh Tren akan berhenti di Batu Gajah dan kemudian akan tiba di Kampar.Jadi jarak kami hanyalah untuk 2 stesen. Yalah sekadar seronok-seronok mencuba.
Keretapi ETS tiba di stesen Ipoh dari KL jam 10. 35 pagi. Penumpang tidak dibenarkan naik kerana Tren akan dibersihkan terlebih dahulu. Pada jam 10.50 pagi, kami dibenarkan masuk ke dalam tren. Keadaan dalam tren seperti keadaan dalam bas ekspress eksekutif coach. Bezanya tempat duduk dalam eksekutif coach 2- 1 tapi dalam gerabak ETS 2-2. Ruang tempat letak kakinya agak luas. Selain itu tren ini berhawa dingin dan dan ada TV.
Tren bertolak tepat jam 11.05 pagi seperti tercatat dalam tiket. Pengumuman ada di buat oleh pihak pengurusan semasa keretapai mula bergerak bahawa perjalanan dari Ipoh ke KL memakan masa 2 jam 15 minit. Kelajuan keretapi dipaparkan pada monitor tv dan Ummi nampak mencapai 149 km/jam. Kami tiba di Kampar pada jam 11.24 pagi . Jadi perjalanan ini hanya mengambil masa 19 minit sahaja. Ingatkan kami sahaja penumpang yang pertama kali menaiki tren ini tetapi nampak ramai juga penumpang lain yang bergambar di dalam tren yang menunjukkan mereka juga pertama kali menaiki tren ini.
Setelah tiba di stesen Kampar, kami terus membeli tiket untuk kembali ke stesen Ipoh dan penjual tiket memberitahu keretapi Sinaran Pagi akan melalui stesen ini dalam beberapa minit lagi. Jadi kami bertolak pulang ke Ipoh dengan keretapi tersebut tetapi masanya lebih lama berbanding ETS.
Bagi Ummi , eloklah kita mencuba keretapi laju ini. Sekarang ini di utara, sedang rancak dibina landasan keretapi laju. Tentu harga tiket dari Alor Setar ke KL mahal. Namun kalau mahu benar-benar merasai keretapi laju di Malaysia, Ummi cadangkan supaya mencuba ERL di KL Sentral. ERL lebih laju dan lebih ekslusif. Mana taknya harga 9 tahun lalu ialah RM30.00 dari KL ke KLIA. Tentu harga sekarang lebih mahal.Teringin pula Ummi untuk mencuba bulllet train di China.
Kami juga ke Kamunting. Keadaan Kamunting sekarang sangat berbeza dengan 20 tahun yang lalu. Kami pernah menyewa rumah di sana dan kami mencari rumah yang kami sewa itu. Inilah gambar rumah pertama yang kami diami di Taiping. Hairannya rumah ini tetap sama dan tidak berubah. Mungkin masih disewa oleh tuannnya. Alamatnya 106, Lorong Dahlia, Taman Kamunting Jaya.
Apa yang masih sama di Kamunting ialah masjidnya. Keadaan di sekeliling masjid juga sangat berubah. Kamunting kini menjadi bandar yang moden dan sibuk, bukan lagi sebuah pekan kecil seperti suatu ketika dulu.
Tren bertolak tepat jam 10.05 minit pagi seperti yang tertulis di tiket.

Saturday, 3 November 2012
TOKOH PELAJAR CEMERLANG PASTI ALBASYIR 2012
Hari ini, Sabtu ,3.11.2012 adalah Hari Ihtifal atau Hari Penyampaian Hadiah Pasti Al-Basyir. Hari ini merupakan hari yang bermakna buat Iman. Pada hari ini, Iman mendapat hadiah tempat kedua untuk kelas 6 tahun dengan purata markah 94. 8 peratus. Iman juga terpilih untuk anugerah Tokoh Pelajar Cemerlang Sesi 2012. Tahniah daripada Ummi untuk Iman.
Dalam majlis berkenaan, Iman juga membuat persembahan nasyid lagu 'Anak Soleh Mohon Restu'.Sejuk hati ibu bapa mendengar bait-bait lagu tersebut.
Wahai Tuhanku limpahkan hidayahmu
Untuk Ayah dan ibuku
Wahai Tuhanku berkati daku
Berkati ibu dan Ayahku
Sayangilah mereka sepertimana
mereka menyayangiku
dan mengasihiku waktu kecilku
Tak terbalas budi dan jasanya
Ucapan perasmian juga amat bagus segali. Tujuan pendidikan di Pasti adalah sebagai satu usaha untuk mentarbiahkan anak-anak terutamanya anak-anak hari ini yang semakin jauh dari Islam. Memang terasa bertuah Ummi menghantar Iman ke Pasti kerana setakat ini Iman boleh membaca jawi dan al-Quran dengan baik. Sudah tahu sembahyang dan bacaannya dengan betul , dapat mengira dan membaca dengan lancar. Bukan itu sahaja beberapa perkataan Arab juga sudah dikuasai.
Bersama Maisarah, Aina dan Aqeeda
Tahun hadapan Iman akan ke sekolah rendah. Iman akan terpisah dari rakan-rakan baiknya seperti Aina, Aqeeda, Maisarah dan Syahirah. Semua rakan-rakan baik Iman bijak-bijak belaka. Ummi rasa, masing-masing akan dapat bersaing di sekolah rendah di mana mereka belajar nanti. Mungkinkah mereka akan berjumpa semula suatu hari nanti?Suatu hari, Iman pasti membaca blog ini dan Iman akan rindu akan rakan-rakannya.
bersama Syahirah

Bersama Cikgu Noraishah
Bersama Cikgu Bashirah
Subscribe to:
Posts (Atom)