Dalam majlis berkenaan, Iman juga membuat persembahan nasyid lagu 'Anak Soleh Mohon Restu'.Sejuk hati ibu bapa mendengar bait-bait lagu tersebut.
Wahai Tuhanku limpahkan hidayahmu
Untuk Ayah dan ibuku
Wahai Tuhanku berkati daku
Berkati ibu dan Ayahku
Sayangilah mereka sepertimana
mereka menyayangiku
dan mengasihiku waktu kecilku
Tak terbalas budi dan jasanya
Ucapan perasmian juga amat bagus segali. Tujuan pendidikan di Pasti adalah sebagai satu usaha untuk mentarbiahkan anak-anak terutamanya anak-anak hari ini yang semakin jauh dari Islam. Memang terasa bertuah Ummi menghantar Iman ke Pasti kerana setakat ini Iman boleh membaca jawi dan al-Quran dengan baik. Sudah tahu sembahyang dan bacaannya dengan betul , dapat mengira dan membaca dengan lancar. Bukan itu sahaja beberapa perkataan Arab juga sudah dikuasai.
Tahun hadapan Iman akan ke sekolah rendah. Iman akan terpisah dari rakan-rakan baiknya seperti Aina, Aqeeda, Maisarah dan Syahirah. Semua rakan-rakan baik Iman bijak-bijak belaka. Ummi rasa, masing-masing akan dapat bersaing di sekolah rendah di mana mereka belajar nanti. Mungkinkah mereka akan berjumpa semula suatu hari nanti?Suatu hari, Iman pasti membaca blog ini dan Iman akan rindu akan rakan-rakannya.
Bersama Cikgu Noraishah
Bersama Cikgu Bashirah
No comments:
Post a Comment