Jumlah Pengunjung

Sunday 16 December 2012

MEMBELI BELAH DI VIETNAM PART 2

Bandar Ho Chi Minh menjadi syurga membeli belah bagi rakyat Malaysia.Jelas muka-muka Melayu Malaysia di semua pasar di bandar ini. Antara pasar yang kami kunjungi ialah Pasar Ben Tanh. Terdapat beratus-ratus gerai menjual pelbagai barangan dalam pasar berbumbung ini. Anda boleh membeli dan tawar menawar dalam bahasa Melayu atau pun Inggeris. Mata wang yang boleh digunakan di sini ialah mata wang ringgit, Vietnam Dong atau USD (Dollar Amerika). Kadar tukaran mata wang  ialah 1 ringgit bersamaan 7000 Vietnam Dong. manakala untuk 1 USD bersamaan 3 ringgit Malaysia. jadi membeli dengan USD atau ringgit lebih mudah namun kalau kita hanya ada USD sahaja agak sukar juga untuk membeli barangan yang murah seperti minuman atau barangan kecil lain. Bayangkan jika kita hanya ada wang paling kecil ialah 50 USD dan ingin membeli sebotol air, memang agak menyukarkan.
                                                            menjual buah manggis

Satu lagi tempat membeli belah yang Ummi pergi ialah sebuah pasar dua tingkat di Cina Town. Bagi Ummi pasar ini lebih banyak barang  dan lebih crowded  dan kebanyakan barang dijual secara borong. Oleh kerana Ummi mencari kain ela, kami menuju ke tingkat satu sebelah tepi. Satu lorong penuh dengan kain. Membeli kain ela di sini lebih baik daripada di pasar Ben Tanh kerana di pasar Ben Tanth kain  siap dipotong. Jadi di sini lebih selamat dari masalah ditipu tidak cukup meter. Pendekata section kain ela ini penuh dengan orang Malaysia.


Sebagai panduan untuk tawar menawar harga, kami terlebih dahulu  meminta panduan daripada pemandu pelancong kami tentang harga yang sepatutnya bagi setiap barang. Contohnya  bagi baju Polo harga paling rendah ialah RM10, harga vietnam silk ialah 35 ringgit sepasang, harga  Inglish cotton ialah 35 ringgit sepasang, kain chiffon RM 32 , kain yang disulam RM32, kain manik antara RM38- RM 42. telekung biasa RM33, telekung kerawang RM42 dan telekung  68 bunga ialah 50- 55 ringgit. Memang peniaga di sini meletakkan harga yang sangat tinggi tapi kalau kita tahu harga yang patut senang untuk kita menawar. Jangan pilih barangan selagi harga belum ditawar. Anda perlu bertanya harga dahulu kepada peniaga. Setelah itu anda terus tawar ke harga yang Ummi nyatakan di atas. Peniaga tersebut pada mulanya akan berpura-pura tidak boleh.Anda juga harus bergerak keluar dan tunggulah, pasti dia akan memanggil anda semula. Terus deal harga, apabila harga yang kita minta dipersetujui barulah anda mula memilih. Hal ini kerana satu sikap peniaga di sini  ialah suka memaksa. Jangan biarkan anda terpisah dari rakan anda demi keselamatan anda.

6 comments:

Unknown said...

nak tanya lah...kalau kita pergi beli sendiri ada dikenakan tax tak

Unknown said...

saya berminat nak ke vietnam untuk beorong barang disana.. boleh guide saya.? sms / watsap di 018-8711384

Unknown said...

nak tanyalah. ade tak group ke vietnam untuk membeli secara borong di vietnam. saya nak join. boleh sms / watsap 0188711384.

khazijah said...

tax mesti kena di airport kita kalau beli terlalu banyak.

khazijah said...

Ada pakej borong ke Vietnam kalau puan tengok iklan di mudah.com. Saya ke Vietnam dengan kawan-kawan sekolah.

nadiakamal2 said...

Saya akan ke vietnam..mei 2014..