Iman bagaikan emas permata, letaknya di dalam jiwa,gemilang warnanya bak cahaya,menyuluh hidup seluruh manusia....... Kata imam Ghazali "Orang islam yang bermusafir itu mendapat 4 perkara iaitu: ilmu, pengalaman, kawan dan rezeki."
Jumlah Pengunjung
Thursday, 28 March 2013
CUTI PERTENGAHAN PENGGAL PERTAMA 2013
Agak bersawang juga blog Ummi akhir-akhir ini kerana tiada banyak cerita yang hendak dikongsi.Cuti sekolah pun hampir habis. Tinggal dua hari sahaja lagi. cuti kali ini Ummi tidak ke mana-mana kerana ingatkan akan diadakan pilihanraya dalam cuti ini. Jadi taklah booking untuk ke mana-mana. Tapi Parlimen pun belum dibubarkan. Harap pilihanraya akan diadakan tidak lama lagi supaya cuti Pertengahan Tahun akhir bulan Mei nanti bolehlah digunakan untuk ke mana-mana destinasi yang sesuai.
Jadi sepanjang cuti ni, Ummi hanya habiskan dengan mengemas pokok-pokok bunga, mengubah anak-anak pokok dari pasu besar ke dalam polibag. Satu pasu yang tidak berapa besar pokok pam kuning menghasilkan 8 polibeg semaian baru. Satu pasu pokok paku hiasan menghasilkan lebih dari 10 polibag anak benih. Ummi tengok di Nursery di Alor Setar satu anak pokok pam tidak kurang dari Rm15.00 dan pakok paku yang sama harganya tidak kurang RM13.00. Memang kalau rajin berkebun boleh buat duit.
Ummi juga sangat suka baca blog Zahariz Dengan Basikal Aku Menjelajah.Cerita yang dipaparkan banyak memberi pengetahuan baru kepada Ummi. Ummi sokong kata-kata beliau kalau tidak dimulakan sekarang, takut menyesal suatu hari nanti. Macam Ummi,umur hampir separuh abad tetapi pengalaman masih kurang. Sebahagian besar pengalaman yang ada sama sahaja dari dahulu hingga sekarang. Apabila tiba masa tua, mungkin sudah tidak banyak lagi yang boleh kita lakukan. Sesungguhnya Ummi selalu terfikir, alangkah bagusnya kalau dulu kita lakukan begini dan begitu..... Namun semuanya memerlukan keberanian. kalau kita sentiasa dalam kepompong ketakutan, kita tidak akan berbuat apa-apa. Alangkah ruginya cara usia kita dihabiskan sedangkan banyak benda yang boleh kita manfaat dari umur yang Allah berikan.
Kejarlah 5 sebelum 5
1. Masa mudamu sebelum tua
2. Masa sihatmu sebelum sakit
3. Masa lapangmu sebelum sibuk
4. Masa kayamu sebelum miskin
5. Masa hidupmu sebelum mati.
Namun dalam banyak-banyak pengalaman, pengalaman zaman universiti ketika memilih untuk berjemaah, ditarbiah dan menjalankan kerja-kerja dakwah merupakan pengalaman yang menyebabkan Ummi terasa hidup ini tidak terlalu mengejar dunia. Ia memberi ruang mengajar Ummi cara memandang dunia dan kehidupan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment