Jumlah Pengunjung

Sunday 15 December 2013

DARI KOH SAMET KE ARANYAPRATHET

Sebelum ke Koh Samet, kami bermalam di Rayong. Pagi-pagi sebelum bertolak ke Ko Samet kami mencari gerai Islam. Hanya terdapat sebuah gerai Islam di sini. Ia agak terpencil dan sukar untuk ditemui. Untuk panduan pengembara Islam anda perlu mencari arah akuarium Rayong dan terus ke jalan di hadapannya. Tidak jauh selepas akuarium itulah terletak kedai makanan tersebut.

Koh Samet merupakan salah satu kawasan yang digazetkan sebagai taman negara. Harga tambang bot ialah 40 bath. harga untuk memasuki Pulau ialah 10 bath, harga menaiki pickup untuk mengelilingi pulau ialah 80 bath dan harga memasuki taman negara ialah 20 bath. Dengan pickup tersebut kita dibawa mengelilingi Pulau yang masih dalam keadaan asli. Jalannya agak teruk.Kawasan pantainya bersih dan dipenuhi dengan pelancong Eropah.

Kami kelluar dari Koh Samet lebih kurang jam 1.30 petang. Kami meneruskan perjalanan dan tidak jauh dari jalan menuju Aranyaprathet kami terjumpa papan tanda halal food. Kami masuk ke simpang tersebut lebih kuran 600 meter dan alhamdulillah kelihatan sebuah masjid kecil dan gerai makan yang sangat bersih. Gerai ini menjual nasi ayam dan koteow sup.Harga sepinggan nasi ayam ialah 350 bath. Murah dan sedap. Ada tapai pulut berharga 70 sen. Selepas makan kami terus menjamak sembahyang di masjid ini. Di keliling masjid kelihatan rumah orang Islam. Mereka menanam sayur-sayuran dan memelihara ternakan. Kelihatan kambing diternak di dalam kandang. Kedaan masjid sangat bersih dan di tepi masjid terdapat sebuah dewan besar yang menjadi tempat aktiviti masyarakat Islam di sini. Pengusaha  kedai makan ini mempunyai banglo yang besar di tepi masjid. Dia juga merupakan seorang tokoh penting dalam kerajaan. Terlupa pula untuk mengambil gambar di sini.

                                              Kedai beef steak yang dimiliki oleh orang Islam
                                              Pemandangan sepanjang jalan ke Aranyaprathet
Kami bertolak ke Aranyaprathet dan tiba di sana jam 9 malam. Di belakang tempat penginapan terdapat 2 buah restoran Islam yang diusahakan oleh peniaga Islam Pattani. Jadi kami makan malam  hanya dengan makan burger kerana semua makanan lain sudah habis. Esoknya kami bersarapan nasi di kedai yang sama.

                     Pintu gerbang Golden Gate. Di depannya terdapat beratus-ratus gerai
                                  Terdapat banyak barang-barang tiruan jenama terkemuka di sini.
                                    Bandar sempadan Thailand dan Kambodia yang sangan sibuk.
                                                   Kenderaan awam keluar masuk di sini

Nama tempat ini ialah Rong kruea iaitu sempadan Thailand dengan Kemboja.

1 comment:

Unknown said...

salam. boleh saya tahu kamu menginap di hoetl mana dan berapa harga untuk semalam? tq