Pada hari kedua, syarikat pengendali umrah memberi kebebasan untuk jemaah berehat. Tiada aktiviti yang disediakan. Oleh itu, selepas sarapan pagi, Ummi, Ayah dan Iman membuat keputusan untuk ke masjidil haram lagi untuk membuat tawaf sunat. Apabila kita melakukan tawaf sunat, peluang kita untuk masuk bersolat dalam Hijir Ismail lebih besar. Kebetulan pula pada awal pagi sekitar 7 hingga 9, 00 pagi orang tidak begitu ramai di masjidil haram. Hal ini kerana ramai yang melakukan aktiviti ziarah pada sebelah pagi. Salah satu perkara yang mesti diingat ialah kita hendaklah sedaya upaya berusaha untuk menunaikan solat wajib lima waktu di masjidilharam kerana ganjaran pahala di sini amat besar iaitu 100000 kali ganda berbanding di tempat lain.
Pada hari ke-3,ke-4 dan ke-5 semua jemaah kumpulan kami dibawa melakukan aktiviti ziarah pada sebelah pagi dan pulang semula ke masjidilharam sebelum waktu zohor. Ziarah pertama ialah ke Jakranah iaitu miqat umrah bagi yang ingin melakukan umrah. Dalam perjalanan ke sana, kami dibawa melawat kawasan Mina, Muzdalifah, Jamrah, masjid Namirah dan Jabal Rahmah dan Jabal Tsur. Selepas itu , kami berhenti di masjid Jakranah untuk sembahyang sunat ihram , sunat dhuha seterusnya berniat umrah.
|
Khemah-khemah di Mina sunyi sepi selepas musim haji. |
|
Di Jabal Tsur |
|
|
|
|
Di Jabal Rahmah |
Pada hari berikutnya kami dibawa ke Hudaibiyah. Dalam perjalanan ke sana kami singgah di ladang unta, Muzium dan ladang kurma. Seterusnya kami berhenti di masjid Sumaisi atau hudaibiyah. Di sinilah berlakunya Perjanjian Hudaibiyah yang kita pelajari dalam sejarah Islam di tingkatan 5 dan 6 dahulu. Di masjid ini jemaah diminta solat ihram dan berniat umrah kerana berada di luar tanah haram.Di belakang masjid ini ada dijual pelbagai jenis barangan. Hati unta ada dijual di sini. Selain itu buah tin yang dijual secara timbang kilo di sini sangat elok dibeli.
|
Runtuhan masjid Hudaibiyah yang lama |
|
Di hadapan Muzium |
|
Di dalam Muzium terdapat perigi zamzam |
Pada hari seterusnya, kami dibawa pula ke Tanaim untuk berniat umrah. Masjid Tanaim asalnya tidaklah jauh dari Mekah tetapi kerana pembinaan jalan baru maka, perjalanan ke sini menjadi jauh. Masjid ini dikenali juga sebagai masjid Aisyah kerana di sinilah Saidatina Aishah berniat umrah setelah suci dari haid pada zaman rasulullah dahulu. Semasa Ummi menunaikan haji dahulu tempat ini selalu kami kunjungi kerana tambang untuk ke sini 5 Rial sahaja dengan Van atau teksi tetapi sekarang ini tambang teksi telah naik ke 50 rial. .
No comments:
Post a Comment