Iman bagaikan emas permata, letaknya di dalam jiwa,gemilang warnanya bak cahaya,menyuluh hidup seluruh manusia....... Kata imam Ghazali "Orang islam yang bermusafir itu mendapat 4 perkara iaitu: ilmu, pengalaman, kawan dan rezeki."
Jumlah Pengunjung
Thursday, 5 September 2013
TANAH TINGGI CAMERON HIGHLAND
Agak lama juga Ummi tidak ke kawasan peranginan tanah tinggi ini. Kali terakhir ke sana ketika Iman berusia empat tahun. Penangan rancangan Cutipedia agak hebat juga kerana Iman beria-ia mengajak Ummi dan Ayah ke sana setelah diajak oleh host dalam rancangan tersebut. jenuhlah nanti kena berjalan-jalan makan angin kalau Iman terus menonton rancangan kanak-kanak tersebut.
Untuk tidak menghampakan Iman jadi kami pun ke sana. Ada juga beberapa perubahan seperti dulu tiada lagi lavender garden dan hotel muslim. Kebetulan kami ke sana di saat penduduk Cameron Highland menyambut hari kemerdekaan, jadi dapatlah Iman menyaksi acara sambutan hari kemerdekaan di sana. Apa yang berbeza dengan tempat Ummi ialah di sana ada acara persembahan pelajar-pelajar sekolah rendah dengan tarian India dan juga orang asli selain tarian kipas oleh pelajar-pelajar sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di sana. Bagi Iman tentulahkini mempunyai pengalaman yang berguna. Yalah sebagai persediaan untuk menulis karangan jenis gambaran tentang sambutan hari kebangsaan. Jadi Ummi letakkan gambar di sini untuk kenangan Iman.
Apa pandangan peribadi Ummi tentang tempat ini? Bagi Ummi Cameron Highland is OK lah kalau pergi bukan musim cuti, tiada trafik jamm dan sewa bilik hotel pun taklah mahal sangat. Walaupun tak mahal sangat tapi harga sewa tu kalau di lain-lain tempat di Malayssia sudah siap ada breakfast sekali tapi di Cameron dengan harga tu jangan haraplah ada breakfast. untuk bilik semata-mata. Nak masuk semua tempat pun tak mampu sebab semua kena tiket. Pasar malam di Brincang punyalah sesak, payah nak cari parking.Tambah pula hujan turun. Malas nak cerita.
Lain padang lain belalang. Tak mau la nak banding dengan Doi Tung di Chiangmai atau Brastagi di Sumatera. Nanti ada yang marah pulak. Anyway selamat bercuti.....
Tuesday, 13 August 2013
BERCUTI RAYA DI SONGKHLA BERSAMA ADIK BERADIK
Hari ini 12.8.2013, Ummi ke Songkhla bersama adik beradik Ummi yang terdiri dari 2 orang kakak,adik dan anak saudara telah jalan-jalan bersama sehari suntuk di sana. Kami bertolak dari Durian Burung jam 9.30 pagi dan tiba di Songkhla sekitar jam 11.15 pagi waktu Thailand. Destinasi kami yang pertama adalah ke Zoo Songkhla. Terkejut kami melihat deretan kereta yang begitu banyak di sini. Agaknya sekarang ini penduduk Thailand sedang bercuti. Sudah banyak kali Ummi ke sini, tetapi inilah kali pertama melihat jumlah pengunjung yang begitu besar. Punyalah susah untuk parking kereta. Keadaan yang sesak menyebabkan kereta Ummi dengan kereta kak Nab terpisah. Terpaksa pusing dua tiga round keliling zoo mencari-cari Kak Nab. Akhirnya, kami berputus asa dan mengambil keputusan untuk keluar dari zoo. Kami terpaksa keluar kerana perut sudah lapar dan ingin ke tempat lain pula. Dalam perjalanan keluar ke persimpangan masuk ke zoo tiba-tiba kami melihat kereta Kak Nab melintang di tengah jalan. Alangkah gembiranya hati kami kerana berjumpa balik. Rupa-rupanya Kak Nab ingin pusing semula ke arah zoo untuk mencari kami......
Rombongan kami seterusnya singgah makan tengahari di gerai berhampiran masjid dan terus sembahyang sekali. Disebabkan terlalu lapar, apa saja yang dihidang terus kami makan. Adik Die membeli 3 ekor ikan bakar yang berharga 100 bath.lain-lain lauk yang kami pesan ialah tomyam, kailan ikan masin, daging masak merah dan telur dadar. Harga makanan ini hanya 840 bath sahaja. Ummi rasa murah sebab jumlah itu untuk makanan 9 orang dewasa dan 3 kanak-kanak. Maknanya kos makan untuk seorang tak sampai pun sepuluh ringgit. Memang berbaloi. Gambar makanan tak sempat diambil kerana terlalu lapar.
Setelah sembahyang, kami membeli beras siam dan beras wangi di kedai berhampiran. Seterusnya jalan-jalan di pantai Samila dan di tepi Ko Yo melihat naga menyembur air. Seterusnya pulang ke Natawi untuk mencari beberapa barangan elektrik.
Di sini Ummi sertakan beberapa keping gambar kenangan kami di sana.
penjaja menjual makanan
Jenis kenderaan yang banyak digunakan oleh penjaja.
Wednesday, 7 August 2013
PERSIAPAN MENJELANG AIDIL FITRI 1434
Aidil Fitri tiba lagi. Esok rakyat Malaysia yang beragama Islam akan menyambut hari kemenangan melawan nafsu dengan menahan lapar dan dahaga selama sebulan menunaikan rukun Islam yang ketiga. Iman tidak sabar menunggu ketibaan esok. Membantu Ummi mengemas rumah dan mencuba baju baru. Esok juga Iman akan bersembahyang sunat hari raya. Apalah maknanya hari raya jika kita tidak sembahyang sunat hari raya. Begitu juga apalah maknanya Ramadhan jika kita tidak bertarawikh.
/>
Perabot lama susunan baru
sekadar memenuhi mood raya
Bilik baru Iman
Sebenarnya Ummi tidak pernah bertukar-tukar perabot untuk sambut raya. Apa yang ada, itulah yang digunakan. Cuma menjelang hari raya, rumah lebih bersih dan ceria. Akhir kata selamat hari raya, maaf andai tersilap bicara.
Wednesday, 3 April 2013
KO YO SONGKHLA
Baru-baru ini, Ummi, Ayah dan Iman telah ke Ko Yo atau Yo Island yang terletak di Songkhla. Kami ingin melihat sendiri kehidupan dan populasi penduduk di Pulau tersebut. Kami masuk ke Pulau Yo dengan membawa kereta menaiki Feri dengan tambang 20 bath seawal jam 7.30 pagi waktu Malaysia atau 6.30 pagi waktu Thailand. Ayah memandu kereta mengelilingi Pulau ini melalui jalan yang agak sempit yang merentasi beberapa buah kampung, Rupanya di sini terdapat begitu ramai masyarakat Islam. Ummi sempat merakam sekurang-kurangya 4 buah masjid besar yang ada di sini. Namun masyarakat Islam di sini langsung tidak pandai berbahasa Melayu. Mungkin mereka terpisah dari tanah besar dan tidak pernah bertemu dengan pelancong luar. Komunikasi memang menjadi masalah kerana mereka juga tidak boleh berbahasa Inggeris. Mujurlah kami bertemu seorang lelaki yang agak lanjut usia yang boleh berbahasa Melayu. Katanya dia bekerja di ladang ternakan tidak jauh dari perkampungan yang kami singgah.
Rumah-rumah sepanjang tepi laut menunjukkan mereka merupakan nelayan. Perbezaan dengan masyarakat nelayan di Kuala Perlis atau Kuala Kedah, perkampungan nelayan di Ko Yo ini agak lebih selesa. Rumah-rumah di kiri lorong yang kami masuki agak besar dan cantik. Kami yakin taraf pendapatan mereka tentu agak besar. Perkampungan Siam juga ada di sini. Di kawasan perkampungan Siam, tiada dijumpai orang-orang Islam. Kampung mereka terpisah dengan perkampungan masyarakat Islam. Ummi berusaha untuk memuatkan gambar walaupun sekarang ini Ummi menghadapai masalah untuk memasukkan gambar ke dalam blog ini.





Saturday, 30 March 2013
PINTU SEMPADAN DURIAN BURUNG & BAN PRAKOP
Kini, pintu sempadan yang kedua Kedah dengan Thailand telah hampir tiga tahun dibuka. Pintu sempadan ini akan mula digunakan ramai apabila pembangunan di sebelah Ban Prakop di sebelah Thailand siap sepenuhnya. Buat masa ini, nampaknya semua bangunan untuk urusan keluar masuk telah siap. hanya jalan antara Ban Prakop ke Natawi belum diturap dengan sempurna. Andai jalan ini siap pasti Durian Burung dan Ban Prakop akan menerima kunjungan ramai. Di sini Ummi letakkan gambar untuk tatapan pembaca.



Thursday, 28 March 2013
CUTI PERTENGAHAN PENGGAL PERTAMA 2013
Agak bersawang juga blog Ummi akhir-akhir ini kerana tiada banyak cerita yang hendak dikongsi.Cuti sekolah pun hampir habis. Tinggal dua hari sahaja lagi. cuti kali ini Ummi tidak ke mana-mana kerana ingatkan akan diadakan pilihanraya dalam cuti ini. Jadi taklah booking untuk ke mana-mana. Tapi Parlimen pun belum dibubarkan. Harap pilihanraya akan diadakan tidak lama lagi supaya cuti Pertengahan Tahun akhir bulan Mei nanti bolehlah digunakan untuk ke mana-mana destinasi yang sesuai.
Jadi sepanjang cuti ni, Ummi hanya habiskan dengan mengemas pokok-pokok bunga, mengubah anak-anak pokok dari pasu besar ke dalam polibag. Satu pasu yang tidak berapa besar pokok pam kuning menghasilkan 8 polibeg semaian baru. Satu pasu pokok paku hiasan menghasilkan lebih dari 10 polibag anak benih. Ummi tengok di Nursery di Alor Setar satu anak pokok pam tidak kurang dari Rm15.00 dan pakok paku yang sama harganya tidak kurang RM13.00. Memang kalau rajin berkebun boleh buat duit.
Ummi juga sangat suka baca blog Zahariz Dengan Basikal Aku Menjelajah.Cerita yang dipaparkan banyak memberi pengetahuan baru kepada Ummi. Ummi sokong kata-kata beliau kalau tidak dimulakan sekarang, takut menyesal suatu hari nanti. Macam Ummi,umur hampir separuh abad tetapi pengalaman masih kurang. Sebahagian besar pengalaman yang ada sama sahaja dari dahulu hingga sekarang. Apabila tiba masa tua, mungkin sudah tidak banyak lagi yang boleh kita lakukan. Sesungguhnya Ummi selalu terfikir, alangkah bagusnya kalau dulu kita lakukan begini dan begitu..... Namun semuanya memerlukan keberanian. kalau kita sentiasa dalam kepompong ketakutan, kita tidak akan berbuat apa-apa. Alangkah ruginya cara usia kita dihabiskan sedangkan banyak benda yang boleh kita manfaat dari umur yang Allah berikan.
Kejarlah 5 sebelum 5
1. Masa mudamu sebelum tua
2. Masa sihatmu sebelum sakit
3. Masa lapangmu sebelum sibuk
4. Masa kayamu sebelum miskin
5. Masa hidupmu sebelum mati.
Namun dalam banyak-banyak pengalaman, pengalaman zaman universiti ketika memilih untuk berjemaah, ditarbiah dan menjalankan kerja-kerja dakwah merupakan pengalaman yang menyebabkan Ummi terasa hidup ini tidak terlalu mengejar dunia. Ia memberi ruang mengajar Ummi cara memandang dunia dan kehidupan.
Saturday, 26 January 2013
JALAN-JALAN ZOO SONGKHLA
Zoo Songkhla merupakan tempat yang sangat sesuai dikunjungi oleh ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil. Harga tiket masuknya amat berpatutan jika kita lihat apa yang kita terima dalam zoo ini. Dengan bayaran RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak pengunjung boleh membawa masuk kereta. Harga tanpa kereta lebih rendah.
Harga tiket Zoo Songkhla telah termasuk harga untuk masuk Zoo Water Park, melihat pertunujukan binatang dan melihat binatang Zoo diberi makan.
Dalam lawatan Ummi baru-baru ini, Iman mula dengan bermain air di Waterpark jam 10.30 pagi. Dalam lawatan kami yang sebelum ini, kami tak tau yang harga tiket sudah termasuk sekali dengan water park. Jadi kali ini. Iman siap bawa baju mandi. Untuk yang tidak mempunyai baju mandi, baju mandi disediakan di pintu masuk water park. Di Thailand mengikut pengalaman Ummi, semua pengguna kolam mesti berbaju mandi dan bertopi untuk mengelak rambut gugur dalam kolam dan merosakkan sistem kolam. Baju mandi di sini dibuat sendiri oleh pihak zoo dengan menggunakan kain jersey hitam. jadi, kalau kita inginkan baju mandi, boleh buat sendiri rupanya. Di bahagian kanak-kanak, begitu ramai pelajar tadika bermain air bersama Iman. Di bahagian dewasa waterpark ini ada mirip lost world.
Kami memang tak faham perjalanan aktiviti di sini, jadi kami ikut saja pergerakan rombongan tadika-tadika Thailand ini. Dari waterpark mereka menuju ke pertunjukan haiwan. Jadi kami pun ikut untuk melihat pertunjukan anjing laut. Selepas itu mereka berjalan kaki dari satu tempat ke satu tempat. Kami pula berkereta. Memang tak mampu ummi untuk menapak. Luas kawasan zoo ini yang terletak di atas bukit. Pemandangannya begitu indah sekali.
Satu lagi yang menarik di sini ialah melihat harimau diberi makan. Tempat harimau dengan penonton begitu dekat dan harimau nampak aktif. Penjaga zoo akan menggantung ayam dan daging pada tali dan 4 ekor harimau yang ada akan melompat dan memanjat untuk mendapat makanan. Aksi harimau yang jatuh ke dalam air sehingga terpercik ke baju penonton benar-benar mencuit hati. Masa melihat aksi harimau diberi makan ini ialah 30 minit. Jadual masa pertunjukan dan masa memberi makan disediakan di beberapa tempat dalam zoo. Untuk ibu bapa di kawasan utara Semenanjung, wajar sekali pada pendapat Ummi membawa anak-anak ke Zoo Songkla dan kalau boleh spend sehari masa di sana.
Subscribe to:
Posts (Atom)