Kami bertolak pukul 6 hari Selasa dan tiba di Johor Bharu jam 8.00 pagi. Kami menyimpan barang di Seri Malaysia. Sebelum itu jam 5. 40 pagi kami singgah di R&R Macap untuk membersih diri dan sembahyang. Ummi rasa sangat letih dengan perjalanan yang panjang. Kalau datang dengan Ayah tentu bermalam di mana-mana hotel.
Setelah itu kami melalui pemeriksaan di komplek imigresan.Semasa memasukkan pasport melalui laluan automatik hanya pasport Iman yang lepas dan pasport Ummi tak discan. Jadi Ummi kena keluar semula dan buat sekali lagi. Mungkin lebih baik jika Ummi guna laluan biasa. Agaknya dalam laluan automatik tidak boleh masuk 2 orang serentak tapi mana mungkin Iman masuk sendiri.
Bas membawa kami mengelilingi Pulau Singapura. Ditunjukkan kepada kami bangunan-bangunan yang cantik di Singapura, pelabuhanTanjung Pagar, Eye Of Singapore dan sebagainya. Seterusnya dibawa ke Dataran Merlion iaitu dataran tepi tasik buatan hasil penambakan laut. Memang ramai kumpuilan pelancong luar di sini.Kemudin ke kedai bebas cukai tapi Ummi rasa harga barang di kedai ini sangat mahal. Satu key chain berharga 5 Dolar. Dalam ringgit tentulah tidak kurang 10 ringgit.
Seterusnya kami ke Masjid Sultan. Di sini nampaklah seronok sedikit kerana ramai masyarakat Islam. Kami makan tengahari di kedai di sini. Namun kedai makannya tidaklah seselesa di tempat Ummi yang biasa Ummi kunjungi di Malaysia. Nampak sangat Indah khabar dari rupa.Tetapi harga barangan di gerai-gerai di sini, tidaklah mahal sangat. Jadi Ummi beli ole-ole untuk dibawa balik di sini. Masyaallah .... hujan turun dengan lebatnya dan kami terperangkap agak lama di sini.
Bergambar di hadapan patung singa berbadan ikan
Sekitar pukul 3 petang, kami dibawa ke Pulau Sentosa.Entah apa-apa yang nak ditunjuk oleh pemandu pelancong ni. Ummi langsung tak teruja ketika dibawa ke Universal Studio. Tak minat le Ummi tempat macam tu. Kami hanya bergambar kemudian belah dari situ. Kesian Iman. Tak ada apa yang menarik sangat. Lainlah kalau dibawa untuk menaiki kereta kabel atau monorail mengelilingi Pulau itu. Boring betul....
Malam itu kami bermalam di Seri Malaysia JB. Ummi dan Iman tidur mati. Hotelnya pun agak buruk. Cantik lagi Sri Malaysia di Kuala Terengganu atau di Taiping. Esok pagi nya, rombongan kami bertolak pulang. Singgah di Ayer Itam. Ummi beli le pasu souvineer sekotak yang ada 150 biji untuk diberi kepada Mak Ngah Nab yang nak buat kenduri kahwin hujung Disember nanti. Kemudian singgah di Jalan Tunku Rahman Kuala Lumpur. Duit yang Ummi bawa Ummi belanja sakan di Sogo. Duit Dolar Singapura hanya terusik 40++ sahaja.
Pendek kata, pada pendapat Ummi, lebih seronok jalan-jalan ke Selatan Thai atau ke Indonesia berbanding ke Singapura.