Jumlah Pengunjung

Saturday, 22 October 2011

SEHARI DI SONGKLA

Hari ini sekali lagi Ummi, Iman dan Ayah jalan-jalan ke Selatan Thai. Kali ini destinasi kami ke Songkla sebuah bandar yang menjadi ibu negeri provinsi Selatan Thai. Songkla  adalah sebuah bandar di tepi pantai yang agak besar dan cantik. Iman mulanya kurang berminat ke sana dan lebih berminat untuk ke Taiping tetapi tanpa kami duga, kami ternampak sign board zoo Songkla. Jadi lawatan kali ini tentulah amat mengembirakan Iman.
Oleh kerana hari ini hari Jumaat, langkah pertama kami,   mencari masjid untuk Ayah menunaikan fardhu Jumaat. Alhamdulillah di sini kami berjumpa sebuah masjid dalam perkampungan melayu. Rata-rata peniaga di sekitar masjid ini bercakap dailek melayu yang ada persamaan dengan Kelantan. Sementara menunggu Ayah selesai sembahyang, Ummi dan Iman melihat-lihat  barang dan makan di kedai sekitar masjid. Murah dan berpatutan. Orang melayu di sini adalah dari rumpun Melayu  Singgora. Ada 32.8% penganut Islam di Songkla. Perkataan Singgora ada tertulis dalam buku Sejarah Melayu  menerusi pantun yang menceritakan kehebatan  ilmu seorang yang bernama Tun Habib  Abdul Majid yang berbunyi:
                Telur itik dari Singgora
                Pandan terletak dilangkahi
                Darah setitik di Singapura
                Badan terlantar di Langkawi
                                              memilih jalan ke Nathawi
                                              sampai di Bandar Songkla yang cantik
                                          Berhenti sembahyang





Di hadapan Yo Island                                                

                                         Naga menyembur air yang sinonim dalam masyarakat Thai

Setelah Ayah selesai solat, Ummi jamakkan sembahyang di masjid yang sama. Masjid ini 2 tingkat. Ummi agak masjid ini tentu sentiasa diimarahkan kerana rumah kelilingnya rapat dengan masjid. Setelah itu kami jalan-jalan ke tepi pantai. Rasanya nama pantai itu Pantai Samila dan pantai ikan duyung. Yang amat kami terkejut ialah apabila kami sampai ke Danau Songkla. Danau ini adalah danau terbesar di Thailand. Pemandangannya begitu cantik dan di sebelah sana terdapat Yo Island. Ummi teringin untuk ke sana dengan feri tetapi Iman tidak setuju. Jadi mungkin lain kali kami berkesempatan ke sana. Dari sebelah sini Ummi nampak ada masjid dan tentu komuniti Islam di sana agak besar.

Destinasi kami seterusnya ialah Zoo Songkla. Bayaran masuk untuk tiga orang dan kereta ialah 250 bhat atau 25 ringgit. Zoonya luas dan agak lebih hidup berbanding Zoo Taiping. Ada water team Park lagi. Puaslah kami pusing-pusing kawasan zoo ini. Iman minta Ayah janji datang lagi ke sini kerana hari ini Iman tidak sempat masuk taman tema air ini. Oleh kerana hari dah petang, kami bertolak pulang.Takut-takut tidak berjumpa jalan untuk ke Bukit Kayu Hitam. Namun Alhamdulillah Ayah dapat mencari jalan ke Sadao walaupun kami terperangkap di tengah bandar Hat Yai semasa dalam perjalanan pulang.

Di hadapan tree top untuk melihat hornbill
                                                                                                                                    

Selamat tinggal Zoo Songkla

No comments: