Jumlah Pengunjung

Saturday, 8 October 2011

JALAN-JALAN KE NEGARA GAJAH PUTIH

Hari ini Sabtu, Ayah mengajak Ummi dan Iman jalan-jalan ke selatan Thailand. Kami pernah pergi sekali dulu dengan pakej tapi kali ini ayah ingin memandu sendiri. Kami bertolak seawal pagi kira-kira jam 8.30 pagi dari rumah menuju ke Kompleks Imigresen Durian Burung. Urusan cop pasport dan insurans kereta cepat dan tidak memakan masa. Hanya kami sahaja yang berurusan ketika itu. Semua pengisian borang dalam bahasa Thai dilakukan oleh ejen di sempadan sebelah Siam dan kami hanya ambil road tax dan insurans untuk 1 hari. Alhamdulillah, Pegawai imegresen Malaysia di Durian Burung dan Siam boleh dipuji. Maklumlah tiada kerja kerana pengguna sangat kurang.


Antara pemandangan sepanjang jalan...... ada juga rumah cantik 


Di Sempadan sebelah  Siam sedang rancak dengan pembinaan kompleks  kastam dan Imegresen sedangkan di sebelah Malaysia telah lama siap. Kami melalui beberapa pekan kecil seperti Bekok, Natawi, Pa Mo, Hadyai, Ban Prik, Sadao, Danok seterusnya  masuk balik ke Malaysia melalui Bukit Kayu Hitam. Ummi dengar kawan-kawan ada cerita wilayah Siam sebelah utara selamat kerana mereka mempunyai kuasa autonomi. Wilayah Siam yang tidak selamat pula ialah di Yala, Narathiwat dan Pattani.

Jalan raya yang kami ikuti tidaklah sibuk dan lebih merupakan highway setelah kita sampai ke Natawi. Highwaynya pula free. Kami singgah makan di  gerai  sebelah kawasan masjid. Ada  banyak pelajar dan sekolah mereka di kawasan masjid. Rasanya kalau di Malaysia ia adalah kelas KAFA.

Di Hadyai, kami membeli belah di supermarket yang sama seperti Malaysia. Ayah masih keliru dengan jalan. Jadi kami berhenti saja di mana kami nampak ada mall. Ummi beli kasut dan ayah beli t-shirt.Barangan agak berkualiti kalau dibandingkan dengan barangan di Danok atau Bukit Kayu Hitam.Di mall pekerja boleh berbahasa Inggeris. Orang Islam pun ramai. Kalau dibandingkan dengan Sumatera Utara di sini lebih banyak masjid dan babi tidaklah dijual di tepi-tepi jalan. Mungkin Orang Thai menghormati saudara Islam mereka.

.

Makro pun ada
Mungkin satu hari nanti Pak Cik Karg dan Pak Su Die boleh berkonvoi bersama kami ke sana. Kita boleh ke pantai Phat Bara. Kata kawan Ummi pantai di sana lebih cantik dan lebih dekat berbanding jika kita ke Penang atau ke Pantai Timur. Insyaallah boleh melihat perkembangan Islam di tempat orang.

No comments: