Selepas melalui Wang Pracan, kami berjumpa banyak kampung yang dihuni oleh orang Islam. Keadaannya amat berbeza dengan pengalaman Ummi sebelum ini. Majoriti Masyarakat di sini beragama Islam. Setiap 1 km ada masjid. Ayah berhenti sembahyang Jumaat di sebuah masjid yang tidak langsung tertulis nama Melayu. Berbezanya di sini juga ialah masyarakatnya tidak pandai berbahasa Melayu.
pekan Satun
Apabila tiba di pekan Chalung, kami dapati banyak kedai dan gerai dimiliki oleh orang Melayu Islam. Di atas jalan kelihatan ramai penunggang motosikal wanita yang bertudung malah ada juga yang berpurdah. Kami ingin melihat pekan Satun dan jelas kelihatan pekan ini mempunyai banyak sekolah yang besar dan pejabat kerajaan yang moden. Setelah itu kami berpatah balik dan mencari jalan 416 untuk ke Pak Bara.Perjalanan dari Chalung ke Pak Bara agak jauh juga, lebih 40 km tetapi jalannya lurus dan luas. Tidak ada banyak kenderaan. Sepanjang jalan kelihatan penjual goreng pisang beragama Islam. Kami tiba di Pak Bara lebih kurang pukul 4.00 petang waktu Malaysia atau pukul 3.00 waktu Thailand. Kami dapati pantai di sini agak panjang. Ada terminal bot untuk ke Pulau Langkawi, Ko Lipi dan beberapa pulau lain. Kemudian kami berhenti makan dan Iman ingin tidur di sini. Jadi Ayah mencari chalet dan kami bermalam di Langka Beach Resort. Chaletnya berdepan dengan laut dan berhawa dingin. Harganya hanyalah RM100. Pemilik resort ini berbangsa Melayu dan boleh bertutur dalam bahasa Melayu. Dia menerima duit Malaysia dan ini memudahkan kerja kami kerana kami tidak pun menukar wang semasa masuk tadi. Baki wang Siam dalam perjalanan lepas masih ada untuk kami berbelanja di sini. Kata pemilik itu juga esok 20 orang dari Malaysia akan datang menyewa di sini.
Chalet tempat menginap
Di depan jeti
Dari depan Chalet Ummi melihat keindahan matahari terbenam. Iman memahami tentang pasang surut air laut dan apabila berlaku hujan panas Iman dapat menyaksikan kejadian Pelangi di depan mata. Kaki pelangi berada dalam laut dan begitu indah sekali. Esoknya jam 9 pagi, kami bertolak pulang, singgah makan di pekan Chalung dan membeli buah tangan di Wang Prachan. Seterusnya ke Kangar untuk melihat rumah yang sedang direnovate. Kami tiba di Kuala Nerang jam 2 petang bersama pengalaman yang sangat menarik untuk diingati.
1 comment:
Ada nombor telpon langka tu tak?
Post a Comment