Yaa Muqallibal Quluub, Tsabbit Qalbi ‘Ala Diinik
Artinya: “Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama-Mu.” (HR. Ahmad dan at Tirmidzi)
Doa di atas perlu menjadi amalan setiap di antara kita kerana kita bimbang hidayah yang Allah berikan kepada kita tercabut dari hati kita. Hidayah boleh tercabut dari hati kita apabila ada syirik, nifa', riya', takbur, bidaah dan penyakit-penyakit hati yang lain.Ya Allah janganlah engkau sesatkan kami setelah kami beriman.
Menurut Ustaz dalam kuliah agama yang Ummi hadiri semalam di Masjid Sultanah, syirik ada dalam hati kita jika;
1. kita merasakan ada manusia yang berkuasa menentukan nasib kita. Misalnya takut kepada majikan kerana dia yang menentu kedudukan dan jawatan kita.
2. kita merasa rezeki yang kita dapat ini bergantung kepada jawatan atau kerja tertentu. Misalnya yakin kerja tetap dengan kerajaan lebih terjamin rezeki berbanding kerja sendiri. Sedangkan yang memberi rezeki itu adalah AllAH.
Tersentuh hati Ummi kerana kadang-kadang hati kita lalai dan silap tentang rezeki yang kita dapat.
No comments:
Post a Comment