Di manakah bandar pelancongan dan maritim? Ketika menunggu bas untuk balik di stesen bas Sri Manjung, Ummi ternampak bas inter bandar di sini yang dikenali sebagai bas rakyat mengiklankan slogan tadi. Jadi bandar Lumut, Manjung dan Setiawan merupakan rangkaian bandar yang dipromosikan sebagai bandar pelancongan dan maritim. Betullah sebab di sini kegiatan ekonomi berasaskan pelancongan dan laut penting. Banyak hotel, chalet dan rumah penginapan, pantai, tempat rehat, kedai cenderamata, kedai menjual hasil laut dan terminal feri serta Marina di sini.
Kali pertama Ummi ke Pangkor ialah pada tahun 1987 untuk menghadiri perkahwinan sahabat Ummi yang sama-sama di Universiti Malaya. Rakan itu pun kini dah jadi Datin dan orang besar di Perak.Sangat berbeza Lumut sekarang berbanding waktu itu.
Iman dibawa oleh Pak Cik Karg meronda-ronda di sini. Jadi di sini Ummi letakkan beberapa gambar untuk kenang-kenangan. Kepada Pak Cik Karg dan Mak Cik Badariah,Ummi ucapkan terima kasih kerana susah payah melayan karenah Iman. Harapan Ummi, Iman akan lebih mengenali saudara-mara dan dapat merasakan ikatan kekeluargaan yang wujud antara kita.Ilalliqa'. Maassalamah
.
Iman bagaikan emas permata, letaknya di dalam jiwa,gemilang warnanya bak cahaya,menyuluh hidup seluruh manusia....... Kata imam Ghazali "Orang islam yang bermusafir itu mendapat 4 perkara iaitu: ilmu, pengalaman, kawan dan rezeki."
Jumlah Pengunjung
Friday, 16 March 2012
Tuesday, 13 March 2012
JANGANLAH BEGITU.......
Dua hari lepas Ummi menggunakan pengangkutan awam. Telah lama rasanya Ummi tidak menggunakan pengangkutan awam yakni bas. Ummi terpaksa menggunakan bas untuk menghantar Iman yang beria-ia sangat hendak ke rumah Pak Cik Karg di Manjung. Ayah tak cuti. Ummi takut nak drive sendiri. Jauh juga perjalanan dari Alor Setar ke sana. Jalan pula bukannya highway.
Semasa berhenti di stesen Butterworth, Ummi bawa Iman masuk bilik air. Ummi rasa sedih sangat tengok keadaan bilik air di stesen bas ini. Punyalah ramai orang tapi bilik air kecil saja. Sangat berbeza dengan bilik air di lapangan terbang sedangkan kita sama-sama rakyat Malaysia.
Kasihan Iman...Di sekolah dia diajar bahawa 'alkalimatu ttoyyibatu sodaqoh'. Maknanya kata-kata yang baik itu sedekah. Kalau boleh Ummi tidak mahu lagi berada di tempat seperti ini. Lebih baik memandu sendiri dan berhenti di tempat yang betul seperti di masjid. Hati kita lebih tenang dan jiwa kita sentiasa ingat akan Allah. Semoga perempuan tadi akan mendapat rahmat Allah.
Semasa berhenti di stesen Butterworth, Ummi bawa Iman masuk bilik air. Ummi rasa sedih sangat tengok keadaan bilik air di stesen bas ini. Punyalah ramai orang tapi bilik air kecil saja. Sangat berbeza dengan bilik air di lapangan terbang sedangkan kita sama-sama rakyat Malaysia.
Iman duduk di atas beg kerana kerusi terhad
Setelah Iman selesai menggunakan bilik air, Ummi pula berbaris menunggu giliran. Di depan Ummi, ada 2 orang perempuan. Seorang perempuan muda sekitar 20-an dan seorang perempuan pertengahan usia. Perempuan muda itu putih melepak dan Ummi kira bergaya juga. Tiba-tiba air paip terpercik keluar dengan tidak disangka-sangka. Mungkin pengguna di dalam tidak sengaja membuka paip dengan kuat. Si perempuan muda menjerit " Orang di dalam ni, setan betul". Astaghfirullah hal azim....Rupanya cantik tetapi bahasanya menunjukkan amat rendah martabatnya. Siapakah ibu bapanya, di manakah sekolahnya dan siapa pula gurunya?Kasihan Iman...Di sekolah dia diajar bahawa 'alkalimatu ttoyyibatu sodaqoh'. Maknanya kata-kata yang baik itu sedekah. Kalau boleh Ummi tidak mahu lagi berada di tempat seperti ini. Lebih baik memandu sendiri dan berhenti di tempat yang betul seperti di masjid. Hati kita lebih tenang dan jiwa kita sentiasa ingat akan Allah. Semoga perempuan tadi akan mendapat rahmat Allah.
Sunday, 11 March 2012
CUTI SEKOLAH PERTENGAHAN PENGGAL PERTAMA 2012
Cuti datang lagi. Iman berkesempatan jalan-jalan lagi. Sekali lagi kami ke Songkhla. Kali ini Iman pergi ke Tang Kuan Hill, Municipal Park dan Ko Yo atau Yo Island.
Untuk sampai ke puncak Tang Kuan Iman naik lif. Lif di sini lain dari yang lain. Lif ini mendaki bukit. macam keretapi kabel di Bukit Bendera. Tapi kita boleh nampak kabel yang naikkan dan turunkan kita sebab ada cermin. Dari atas puncak bukit kita boleh nampak seluruh bandar Songkhla. Harga tiket untuk naik murah sangat 20 bath dewasa dan 10 bath untuk kanak-kanak.
Kemudian Iman naik feri ke Yo Island. Ferinya simple sangat. Muat lebih kurang sepuluh buah kereta dan beberapa bmotosikal. Namun rasa menarik sangat. Perjalanannya lebih kurang 10 minit sahaja. setelah sampai ke Yo Island kami nampak ramai juga orang Islam di sini. Ada jumpa 2 buah masjid. Dari Pulau ini ayah drive kereta keluar ikut jambatan Tinsolanond. Jambatan ini menghubungkan Pulau dengan Segenting Kra. Ada 2 jambatan dengan nama yang sama.
Di atas feri ke Ko Yo
Kami bermalam di Hotel Grand Plaza di heart of City di Hatyai. Makan malam di Restoran Hamid. Sarapan pula di Restoran Kelantan. Oleh kerana ada pembaca yang bertanya di mana letaknya restoran ini, Ummi ingin beri panduan. Kalau dari Lee Garden atau Hotel Plaza jalan kaki ke arah kiri, kemudian masuk simpang yang pertama hingga habis lorong. Jumpa simpang 4. Di depan simpang 4 jelas tertulis nama restoran. Dekat saja. Nama jalannya Ummi tak ingat.
Selepas check out hotel, kami ke Municipal Park. Di sini ada ice dorm dan banyak tempat untuk dilawati. Ice Dome ni macam bandar i-City Syah Alam. Oleh kerana, Iman dah biasa masuk di i-City dulu, kami tak minat lagi nak masuk di sini. Ayah drive kereta ke atas bukit yang entah namanya itu hingga sampai ke tempat untuk menaiki kereta kabel. Di sini juga ada balai cerap. Ramai pelancong yang menunggu giliran untuk menaiki kereta kabel. harga tambang dewasa 200 bath seorang dan kanak-kanak free sahaja. Oleh kerana kami datang bukan dalam kumpulan kami dipanggil naik awal. Alhamdulillah tidak perlu menunggu lama. Pengalaman di sini berbeza sedikit daripada pengalaman menaiki gondola di Langkawi Geopark. Di sini lebih gayat kerana kabelnya kecil dan tempat duduk semuanya lutsinar. Dari atas bukit kita boleh nampak keindahan bandar Hatyai.
menunggu kereta kabel
Di hadapan balai cerap
Pendek kata bagi Ummi berbaloi kalau kita ke Songkhla kerana di sini ada macam-macam tempat untuk dilawati. Dekat dan menjimatkan.

bergambar di depan Akuarium
merpati jinak di depan pintu masuk

Subscribe to:
Posts (Atom)