Minggu lepas merupakan minggu yang sangat sibuk. Bapa Ummi yang berusia 89 tahun telah kembali ke rahmatullah dan selamat dikebumikan pada jam 12 tgh sebelum sembahyang Jumaat. Pada minggu lepas juga sekolah sibuk dengan latihan pantun dan pidato untuk pertandingan peringkat daerah. Tambah sibuk lagi apabila ada pemantauan Kurikulum Berkualiti(PKB) dari JPN. Dan pada Khamis lepas dapat surat yang pemantau instructional leadership pula nak datang. Jadi Ummi sampai ke rumah lewat petang setiap hari. Hujung minggu iaitu hari Sabtu pula ada kursus dalaman. Letih betul minggu ini.
Untuk menenangkan perasaan Ummi membelek pokok-pokok bunga di halaman rumah. Rasa tenang bila melihat kehijauan dan kecantikan bunga-bunga di taman. Memang terapi yang berkesan kepada orang yang sukakan bunga macam Ummi.
Keladi memanjat tiang pegola
Orkid yang ramah berbunga
Betik yang rajin berbuah
sepit udang yang menyerikan taman
Pisang berdarah berkawan rapat dengan pam merah
Hijau menyejukkan mata
No comments:
Post a Comment