Jumlah Pengunjung

Friday, 1 June 2012

BERCUTI DI CHEANGMAI THAILAND

Alhamdulillah hari ini Ummi selamat tiba di rumah setelah seminggu di Thailand. Bersempena cuti Pertengahan Tahun, Ummi bersama rakan-rakan sekolah serta Iman jalan-jalan ke beberapa tempat di sana seperti Sukhothai, Floating market, Chiang Rai, Mae Sei, Chiang Mai, Mei Sot dan Ayuthiya.

Kami bertolak pada jam 7.30 pagi dari Kuala Nerang ke Bukit Kayu Hitam. Setelah selesai urusan imegresen, kami meneruskan perjalanan dengan van commuter yang dipandu oleh Bang Pie yang berbangsa Thai muslim. Dalam perjalanan kami singgah makan di Hatyai iaitu di gerai berhampiran rumahnya. Kemudian bermulalah perjalanan yang panjang melalui beberapa bandar seperti Pattalung, Nakon Sitamarat, Suratthani dan Chumphon yang terletak di wilayah Thai Selatan. Kami berhenti untuk tidur di Pracuap Khiri Khan yang terletak di kawasan yang paling sempit di Segenting Kra. Apabila pagi baru kami sedar betapa indahnya pemandangan di tepi pantai tempat kami bermalam.

                                            Surau yang disediakan atas inisiatif pemilik kedai


Keesokan paginya, kami bersarapan di sebuah gerai muslim food yang ada di sana. Beberapa bandar lagi kami lalui seperti Kaiburi, Pyanburi, Pretcaburi, Hua Hin dan Ratburi. Kemudian kami tiba  ke floating market di Damnoen Saduak. Di sini kami sempat menaiki sampan untuk membeli belah.Satu pengalaman baru yang menarik. Setelah penat, kami singgah makan tengahari di satu-satunya gerai milik orang Islam di sini. Pemiliknya berbangsa Melayu Pattani.Beliau menunjukkan kepada kami satu tempat kosong  untuk bersembahyang. Selesai solat perjalanan diteruskan lagi. Bandar seterusnya yang dilalui ialah Suphanburi, Sankhaburi dan Nakhon Sawan. Di Nakon Sawan barulah kami berjumpa restoran Islam yang bernama Kareem Restoran. Restoran ini agak bersih.Selesai makan kami bertolak ke Phitsanulok untuk bermalam di hotel Anothai.

                                                          Restoran makanan Islam
                                               Tapak bersejarah Kerajaan Sokhothai

Hari seterusnya, selepas sarapan di gerai roti canai milik orang Pakistan, kami bertolak ke bandar bersejarah Kerajaan Sukhothai.. Roti canai di sini dimakan dengan susu.Untuk memesan makanan , kami dibantu oleh ketua rombongan kami iaitu Cikgu Chalar yang boleh berbahasa Siam.Kota bersejarah ini terpelihara dengan baik dan dikunjungi ramai terutamanya pengkaji sejarah. Seterusnya kami meneruskan perjalanan melalui bandar Uttaradit di mana kami singgah menikmati durian dan kami tiba di Chiang Rai jam 5 petang. Setelah puas mencari kedai makan islam yang ditutup kerana hari cuti, akhirnya kami berjumpa dengan sebuah perkampungan yang dihuni oleh masyarakat berketurunan Pakistan. Jadi kami dapat menikmati makan malam yang selesa dan sembahyang di masjid yang ada di sperkampungan ini.Perjalanan diteruskan lagi dan kami tiba di Mei Sei jam 8 malam. Keesokan paginya kami bersarapan di kedai makan yang dimiliki oleh orang cina Yunan yang beragama Islam. Di sini juga ada hotel Islam yang dimiliki oleh orang cina Yunan.Makanan yang sedap di sini ialah pau kacang merah.Seterusnya kami membeli belah di sini yang terkenal dengan barangan dari China. Apa lagi  I-pad pun jadi buah tangan di sini.
                                            melihat cara menenun sutera Thai
                                                   Orang cina Yunan
                                             katak juga dijual di pasar

No comments: