Jumlah Pengunjung

Saturday, 2 June 2012

LAGI TENTANG CHEANG MAI

Perjalanan kami yang telah tiba di Mei Sai iaitu bandar paling utara di Thailand mencapai jarak 2220 km. Sepanjang jalan kami dapat menyaksikan corak kehidupan dan kegiatan ekonomi masyarakat Thailand yang terdiri dari berbagai-bagai suku kaum. Kini  miasanya kami akan bertolak pulang melalui jalan lain.

Setelah check out, sekitar jam 12 tengahari, van bergerak membawa kami ke Golden Triangle yang terkenal  itu. Kawasan ini merupakan sempadan 3 buah negara iaitu Thailand, Laos dan Burma. Sungai Mekong menjadi  garis sempadan. Kami menyusuri Sungai Mekong dan memijak bumi Laos yang menjadi tempat singgahan pelancong untuk membeli belah. Barangan beg, kasut dan pakaian berjenama banyak dijual di sini.Cantik dan murah. Sekitar jam 3.30 petang kami bertolak keluar menuju ke bandar Chiang Mai. Jalan yang kami lalui berbukit-bukau dan jelas kelihatan rumah masyarakat orang bukit  di sepanjang jalan. Mereka mengusahakan kegiatan bercucuk tanam di lereng bukit. Kebanyakan mereka beragama Kristian. Di tengah perjalanan kami singgah di Gizar iaitu kolam air panas dan pancutan air panas semulajadi yang memancut tinggi  setiap beberapa minit.Kami tiba di Hotel Al-Farook Chiang Mai pada jam 11 malam.

                                                  bot menunggu pelancong di Sungai Mekong

                                             Bangunan hotel di sempadan Myanmar
                                                 Casino di tebing sempadan Laos

Hari ke-4 barulah kami dapat bersarapan di hotel kerana hotel yang kami huni ini dimiliki oleh orang Islam. Hotelnya besar dan cantik. Pada waktu subuh terdengar azan. Di luar hotel kelihatan kedai makan milik Global Ikhwan. Kami akan berada di sini selama dua malam.

Antara tempat yang kami lawati di sini ialah Doi Pui, Taman Peringata dan  Night Bazar. Doi Pui merupakan gunung yang menjadi tempat tinggal masyarakat Monk. Mereka menjual berbagai-bagai hasil kerjatangan yang dikait untuk pelancong. Kami makan mee kari dan mee sup di gerai orang Cina Yunan yang juga satu-satunya gerai Islam di sini.Semasa menuruni gunung, kenderaan yang membawa kami singgah di Bhubing Palace iaitu istana Raja Thai yang dikelilingi  taman bunga.
                                                          Di Taman Bunga Doi Pui


                                           Di perkampungan masyarakat Monk
                                                        Kedai  orang Islam Yunan
Setelah puas di Doi Pui, kami ke Taman Peringatan yang menempatkan contoh taman yang mewakili  negara-negara di dunia. Ada taman Malaysia, Indonesia, Perancis, Mauritius, Pakistan, China, Jepun da lain-lain. Kami pulang ke hotel untuk sembahyang jam 4 petang dan pada malamnya kami ke night bazar.



No comments: