Jumlah Pengunjung

Sunday, 3 June 2012

SELAMAT TINGGAL CHIANG MAI

Hari ke-6, selepas sarapan di hotel Al-Farook van kami bergerak menuju ke Mae Sot iaitu sebuah bandar sempadan Thai- Burma yang terletak di kawasan tanah tinggi. Sepanjang jalan kami menyaksikan kaum Musor yang menghuni kawasan ini menjual hasil seperti cendawan, ular dan sayur-sayuran di tepi jalan. Kami tiba di Mae Sot  jam 11.30 pagi. Di sini banyak dijual batu permata. Bandar Mae Sot lebih besar daripada Mea Sai dan ramai penduduknya berbangsa Myanmar. Kebanyakannya beragama Islam. Kami solat di masjid NurulIslam. Semua mereka berbahasa Thai. Jam 3.30 kami meninggalkan Measot menuju Ayuthaya sebuah bandar yang terkenal dalam sejarah. Jam 11 malam barulah kami tiba di hotel Rose Garden Ayuthaya. Hotelnya kemas, bersih dan cantik.Dalam buku sejarah yang kita pelajari kawasan ini dikenali Ayuthia.
                                       Di bandar Measot. Mereka menunggu utk ke Myanmar

                                              Pasar di pertengahan jalan ke Measot

                                                  salah satu tapak dlm kerajaan Ayuthia

Keesokannya  kami melawat tapak kerajaan Ayuthia. Tinggalan kawasan runtuhannya amat luas dan terbukti Ayuthia adalah kerajaan yang amat hebat. Seterusnya kami ke floating market Ayuthia yang amat tersusun. Ada juga  sebuah dua kedai masyarakat Islam di sini.Apa yang menarik juga ialah pelancong boleh memberi makan kepada haiwan seperti kambing dan gajah serta ikan. Ummi membeli pisang 20 bath dan menyuap gajah. Setelah disuap gajah itu mengangkat sebelah kaki sebagai tanda terima kasih.
                                                    Floating market Ayuthia

                                                       Melintasi Menam Chao Phrya          
Dari Floating market, kami bertolak pulang melalui bandar Bangkok , melintasi jambatan Menam Chao Phraya menuju ke bandar Suratthani untuk bermalam. Keesokannya kami bertolak pulang dan singgah di Hatyai untuk membeli belah dan kemudian kembali ke Malaysia melalui pintu Durian Burung. Negara Thailand kami tinggalkan dengan seribu kenangan.

Banyak pengajaran yang diperolehi dalam kembara ini. Antaranya dalam perjalanan ke luar negara kita perlu mengetahui di mana kita boleh mendapatkan makanan halal dan tempat untuk bersembahyang. Selain itu kita  perlu terbuka terhadap bangsa lain yang seagama dengan kita. Kita perlu membawa kompas untuk menentukan arah kiblat dan jangan lupa membawa bersama kita ubat seperti panadol, ubat batuk dan ubat cirit. Bahasa Inggeris asas perlu kita kuasai dan rasanya apa yang kita pelajari di sekolah memadai dan cukup membantu kita semasa kita berada di luar negara.

No comments: