Malam ini Iman menangis dan memberitahu dia tidak mahu pergi ke sekolah esok. Dia memberi alasan dia takut kerana dibuli rakan. Ummi rasa hairan juga dengan alasan Iman kerana Iman bukanlah budak yang senang untuk dibuli lantaran Iman budak yang berani. Selama ini semasa di tadika Iman selalu memujuk adik-adik yang menangis semasa datang ke tadika. Iman juga memberi alasan alat tulisnya diambil oleh rakan. kelasnya. Ummi memujuk Iman supaya mengalah dan biarlah barang-barangnya diambil kerana nanti Ummi akan ganti dengan yang baru.
Iman juga meminta supaya ditukarkan ke sekolah lain di mana ada rakan-rakannya semasa tadika. Pening kepala Ummi. Kasihan pun ada. Mungkin Iman rindu akan rakan-rakan baiknya.Ummi akan cuba menghantar Iman ke sekolah esok dan berjumpa dengan guru kelasnya. Ummi harap Iman dapat bersabar sehingga bertemu seorang rakan yang benar-benar serasi dengannya. Mungkin iklim dan budaya sekolah tidak dapat diterima oleh Iman kerana dia telah dididik di tadika Islam? Semoga Allah memberi petunjuk untuk kami membuat keputusan.
No comments:
Post a Comment