Jumlah Pengunjung

Monday, 7 January 2013

LAKSA

Sebut sahaja laksa, terbayang jenis-jenis laksa yang ada di negara kita. Ada laksa Johor, ada laksa Kuala Perlis, ada laksa Teluk Kecai, ada laksa Penang, ada laksa janggus dan ada  laksa ikan sekoq.

Dalam banyak-banyak laksa yang Ummi makan, laksa Teluk Kecai adalah laksa yang paling sedap, diikuti laksa ikan sekoq seterusnya  laksa Kuala Perlis. Keistimewaan laksa teluk Kecai ialah  laksanya dibuat sendiri dan dikenali dengan nama laksa beras. Kuahnya mempunyai perisa  sambal  kelapa.  dan hanya menggunakan pucuk putat sebagai ulam . Apabila ditambah dengan telur rebus kuahnya pekat dan begitu sedap. Laksa ini boleh dinikmati di Jalan Kuala Kedah.

Laksa ikan sekoq juga sedap. Kuahnya tidak pedas dan  seekor ikan  kembung dimasukkan bersama hidangan laksa. Laksa ini  dijual di gerai  di tepi Jalan Gangsa, Alor Setar. Masalahnya cuma gerai ini ditutup awal. Dalam pukul 5.30 petang jualannya sudah habis.


Laksa Kuala Perlis sangat pekat kuahnya. Adanya hampir sama dengan laksa kedah. Apabila dinikmati di tepi laut di Kuala Perlis, memang ada ump... Jadi kalau anda sedang menunggu feri ke Langkawi, jangan lupa mencuba laksa Kuala Perlis.

Baru-baru ini, Ummi ke Gertak Sanggul pulau Pinang untuk mencari laksa janggus kerana pernah terbaca dan terlihat di TV3 tentang laksa ini. Punyalah jauh mencari akhirnya terjumpa gerai laksa di tepi jalan yang Ummi tidak pasti namanya. Orang agak ramai di sana. Dari dialek percakapan mereka , Ummi tahu ramai orang luar yang datang  untuk mencuba laksa ini sepertimana  Ummi. Di sini mereka menggunakan konsep layan diri, Jadi kena berbaris untuk membeli laksa dan air. Hal ini agak menyusahkan juga bagi Ummi yang sudah biasa selesa dilayan. Rasanya boleh tahan. Cuma agak pedas terutamanya untuk kanak-kanak seperti Iman.





No comments: