Jumlah Pengunjung

Sunday 20 January 2013

KRABI

 Bersempena cuti Keputeraan Sultan Kedah, sekolah cuti tiga hari. lalu kesempatan itu membolehkan Ummi, ayah dan Iman jalan-jalan ke Krabi. Langsung tak terfikir oleh Ummi kat mana letaknya Krabi di Thailand. Ayah yang rajin search internet cari jalan dan bandar yang perlu dilalui. Lalu  bermula jam 8 pagi, kami bertolak ke pintu sempadan Wang klian. Singgah makan dan ambil insurans kereta  serta tunggu Maklang yang nak ikut serta. melepasi border hampir 11.30 pagi seterusnya ke Chalung mencari jalan ke Trang  seterusnya Krabi. Berhenti sembahyang Jumaat dan akhirnya tibalah kami ke destinasi  jam 5,30 petang.
  Sampai saja  ke bandar Krabi yang terletak di muara sungai, kami berhenti bergambar dan perjalanan kena diteruskan lagi mencari Aonang dan inilah  pemandangan pertama di sana. penuh dengan pelancong terutama mat saleh. Sekali pandang nampak sama dengan Batu Feringgi atau Pantai Cenang Langkawi tapi rasanya lebih besar dan tempat-tempat tadi. Hati Ummi rasa serabut dah tengok tempat ni. Menyesal pun ada.


 Bila kami teruskan perjalanan ternampak masjid besar ni dan macam biasa Ummi akan berhenti sebab sure ada ramai muslim. Kami cuba cari hotel area ini tapi semua dah penuh. Akhirnya singgah makan di gerai tepi masjid. Merasa pancake pisang yang ditaruh susu. Sedap sangat. Iman macam biasa cari roti telur dan memang inilah satu-satunya gerai yang menjual roti canai di Aonang agaknya. Kakak gerai ni boleh berbahasa Melayu. Baik orangnya lalu Ummi tanya kot-kot ada hotel Islam. Memang tepat jangkaan Ummi, dia memberitahu ada sebuah hotel Islam di hujung jalan lalu kami teruskan pencarian dan berjumpalah Hasna Palace malangnya dah penuh. Tapi Ummi terus tanya lagi pada receptionis yang jaga hotel tu kot-kot ada hotel Islam yang lain. Dengan kerjasama seorang lelaki yang baik hati kami dibawa ke Aonang Garden Resort. Lega. Rupa-rupanya terletak berdepan dengan masjid tapi agak tersorok ke belakang.
 Malamnya kami keluar ronda-ronda dan makan. Macam biasa di Siam  mesti ada tomyam. Tapi pelik sikit di sini ulam dibagi sedulang pilihan tetapi tiada sambal untuk dicicah. Hentam sajalah labu...

                                                          Di Bandar Krabi
Harga chalet RM 100 untuk katil double dan 120 untuk bilik 1 katil double dan 1 katil single.
  Pagi-pagi lagi kami dah bersiap untuk mengikut pakej mengelilingi pulau di Krabi. Semuanya Ummi minta receptionis resort kami uruskan untuk memastikan makanannya nanti halal. Harga  untuk seorang ialah RM40 atau 400 batt. Sebelum bertolak kami breakfast di kawasan yang rata-rata penduduknya bertudung. Pulut ayam dan nasi kerabu jadi pilihan.
 Seterusnya kami serah kunci bilik dan kemas semua barang dalam kereta. Kemudian datang le lori angkut kami.  Alamak!rupa-rupanya orang lain dalam lori tu mat saleh belaka.
Menunggu untuk menaiki long tail boat. Kami saja yang berpakaian lengkap. Orang lain semua macam dalam gambar belakang tu. Astagfirullahhal azim.....sabo je le.
Kami dibawa dengan bot dan dihantar ke tengah beting pasir yang menyambung 2 pulau. Masa mula turun bot air cetek lagi tapi lepas sejam air mula naik.
                                            Iman apa lagi  berendam dalam air yang sangat jernih.
                                Ayah bergaya di celah batu. Merenung  drive jauh-jauh berbaloi ke?

Kemudian dibawa untuk snorkling. Yang dalam air tu ayah yang teeerpaksa turun demi Iman
                                     Iman pun turun tapi takut-takut pulak dan tak mau pakai gogle
            Seterusnya dibawa ke chicken Island. Kan pulau ada kepala macam kepala ayam.
                       Seterusnya  dihantar ke pantai ini untuk berehat 1 jam dan makan-makan.
                            Dibawa pula last sekali ke Pulau yang terakhir. Di sin ada gua dan aktiviti climbing
Di sini pun Iman berendam jugak.  Satu hari la pakai baju mandi. Kalau tukar pun susah jugak asyik meranduk air dari pulau ke pulau. Bermula jam 9.30 dan berakhir jam 4 petang.

2 comments:

ALoNa CintamaniszLite said...

assalammualaikum,
sy sdg survey cara2 berkereta ke krabi.
ada pengalaman ke krabi menggunakan kenderaan sendiri??
Boleh kongsikan tak??



alonajalil@gmail.com

khazijah said...

waalaikum salam. maaf kerana baru tengok komen yang diposkan. Kami selalu ke Thailand dengan kenderaan sendiri sebab mudah dan selesa. Namun saya tak ingat sangat jalannya sebab suami yang drive. Kalau nak ke Siam mesti ambil insuran termurah utk 1 minggu, jangan lupa bawa salinan geran kereta. Kalau nak ke Krabi lebih dekat kalau ikut Wang Klian. Boleh juga ke Hatyai, kemudian Patalung dan seterusnya Krabi.