Sampai saja ke bandar Krabi yang terletak di muara sungai, kami berhenti bergambar dan perjalanan kena diteruskan lagi mencari Aonang dan inilah pemandangan pertama di sana. penuh dengan pelancong terutama mat saleh. Sekali pandang nampak sama dengan Batu Feringgi atau Pantai Cenang Langkawi tapi rasanya lebih besar dan tempat-tempat tadi. Hati Ummi rasa serabut dah tengok tempat ni. Menyesal pun ada.
Bila kami teruskan perjalanan ternampak masjid besar ni dan macam biasa Ummi akan berhenti sebab sure ada ramai muslim. Kami cuba cari hotel area ini tapi semua dah penuh. Akhirnya singgah makan di gerai tepi masjid. Merasa pancake pisang yang ditaruh susu. Sedap sangat. Iman macam biasa cari roti telur dan memang inilah satu-satunya gerai yang menjual roti canai di Aonang agaknya. Kakak gerai ni boleh berbahasa Melayu. Baik orangnya lalu Ummi tanya kot-kot ada hotel Islam. Memang tepat jangkaan Ummi, dia memberitahu ada sebuah hotel Islam di hujung jalan lalu kami teruskan pencarian dan berjumpalah Hasna Palace malangnya dah penuh. Tapi Ummi terus tanya lagi pada receptionis yang jaga hotel tu kot-kot ada hotel Islam yang lain. Dengan kerjasama seorang lelaki yang baik hati kami dibawa ke Aonang Garden Resort. Lega. Rupa-rupanya terletak berdepan dengan masjid tapi agak tersorok ke belakang.
Malamnya kami keluar ronda-ronda dan makan. Macam biasa di Siam mesti ada tomyam. Tapi pelik sikit di sini ulam dibagi sedulang pilihan tetapi tiada sambal untuk dicicah. Hentam sajalah labu...
Di Bandar Krabi
Harga chalet RM 100 untuk katil double dan 120 untuk bilik 1 katil double dan 1 katil single.
Pagi-pagi lagi kami dah bersiap untuk mengikut pakej mengelilingi pulau di Krabi. Semuanya Ummi minta receptionis resort kami uruskan untuk memastikan makanannya nanti halal. Harga untuk seorang ialah RM40 atau 400 batt. Sebelum bertolak kami breakfast di kawasan yang rata-rata penduduknya bertudung. Pulut ayam dan nasi kerabu jadi pilihan.
Seterusnya kami serah kunci bilik dan kemas semua barang dalam kereta. Kemudian datang le lori angkut kami. Alamak!rupa-rupanya orang lain dalam lori tu mat saleh belaka.
Menunggu untuk menaiki long tail boat. Kami saja yang berpakaian lengkap. Orang lain semua macam dalam gambar belakang tu. Astagfirullahhal azim.....sabo je le.
Iman apa lagi berendam dalam air yang sangat jernih.
Ayah bergaya di celah batu. Merenung drive jauh-jauh berbaloi ke?
Kemudian dibawa untuk snorkling. Yang dalam air tu ayah yang teeerpaksa turun demi Iman
Iman pun turun tapi takut-takut pulak dan tak mau pakai gogleSeterusnya dibawa ke chicken Island. Kan pulau ada kepala macam kepala ayam.
Seterusnya dihantar ke pantai ini untuk berehat 1 jam dan makan-makan.
Dibawa pula last sekali ke Pulau yang terakhir. Di sin ada gua dan aktiviti climbing
Di sini pun Iman berendam jugak. Satu hari la pakai baju mandi. Kalau tukar pun susah jugak asyik meranduk air dari pulau ke pulau. Bermula jam 9.30 dan berakhir jam 4 petang.
2 comments:
assalammualaikum,
sy sdg survey cara2 berkereta ke krabi.
ada pengalaman ke krabi menggunakan kenderaan sendiri??
Boleh kongsikan tak??
alonajalil@gmail.com
waalaikum salam. maaf kerana baru tengok komen yang diposkan. Kami selalu ke Thailand dengan kenderaan sendiri sebab mudah dan selesa. Namun saya tak ingat sangat jalannya sebab suami yang drive. Kalau nak ke Siam mesti ambil insuran termurah utk 1 minggu, jangan lupa bawa salinan geran kereta. Kalau nak ke Krabi lebih dekat kalau ikut Wang Klian. Boleh juga ke Hatyai, kemudian Patalung dan seterusnya Krabi.
Post a Comment