Cuti Akhir Tahun 2013 memberi peluang kepada Ummi bersama keluarga untuk jalan-jalan lagi. Kali ini kami ke pusat tumpauan pemborong Malaysia walaupun kami bukanlah pemborong. Jalan-jalan sekadar mengenali tempat orang. Kali ini kami ambil pakej yang diurus oleh sebuah syarikat pelancongan yang beribu pejabat di Alor Setar.
Tanggal 22 November malam, kami bertolak dari lapangan terbang Sultan Abdul Halim dengan penerbangan Air Asia ke Kuala Lumpur. Penerbangan ke Guangzhou yang paling awal ialah pada jam 5.30 pagi. Jadi kami diminta untuk mendaftar masuk sekitar jam 3.00 pagi. Bagasi tidak perlu discan, jadi terus sahaja drop beg di kaunter R52. seterusnya berbaris untuk boarding sekitar jam 4.30 pagi. Keadaan agak sesak dan pemeriksaan keselamatan juga agak ketat.
Kami tiba di Lapangan terbang Baiyun ,Guangzhaou ( sebutannya Gungjau) selepas 4 jam yakni pada jam 9.30 pagi. Cuaca nyaman dan suhunya ialah 18 darjah celcisus. Sebelum melintasi imigresen, kita perlu mengisi borang arrival di kaunter yang disediakan. Setelah selesai memungut bagasi rombongan kami seramai 10 orang disambut oleh pemandu pelancong yang bernama Huangfuquan dan beliau mahu kami memanggilnya sebagai A Chen.Beliau boleh bertutur dalam bahasa Indonesia dan kami amat gembira mendapat pemandu pelancong yang mesra seperti beliau.
Setelah berjalan kaki agak jauh naik turun askelator dan lif kami tiba di tempat bas diparking. Bas kemudian membawa kami ke Shenzen( sebutanya Sonjun) untuk mengambil 4 orang lagi ahli rombongan kami yang menaiki pesawat terus ke lapangan Terbang Shenzen.Seterusnya kami dibawa ke restoran halal food di Shenzen untuk makan tengahari. Hidangan nasi dengan pelbagai jenis sayuran dan ikan disediakan yang agak menepati selera orang Malaysia.Seterusnya dibawa ke Masjid Shangmeilin untuk sembahyang zohor yang dijamakkan dengan asar. Masjidnya agak sederhana dan kini masjid baru sedang dibina di tapak yang sama.
2 menara masjid kelihatan dari jendela bas
waktu sembahyang di Shenzen dan Guangzhou
Ummi, Iman, Ayah, Mak Ngah Nab dan Mak Long kemudian memasuki Window Of The World iaitu satu taman yang menempatkan semua binaan-binaan yang terkenal di dunia seperti binaan-binaan zaman Rom, Greek dan Yunani yang terkenal dengan tiang-tiangnya itu, Borobudur, Taj Mahal, Vetican City, kincir angin Belanda, kota Los Angeles, piramid, sphinx, rumah-rumah jerami di Afrika, air terjun terkenal di dunia seperti air terjun Niagara, Gunung Fujiyama dan sebagainya.kami dibawa berjalan-jalan di dalam taman itu oleh A Chen selama hampir 3 jam. Seterusnya kami menaiki subway iaitu keretapi bawah tanah ke Luohu untuk berjumpa dengan rakan-rakan lain yang sedang membeli belah di sana. Louhu ialah tempat terakhir dan menjadi bandar sempadan untuk masuk ke Hong Kong. Orang ramai begitu sibuk di sini keluar masuk dari Hong kong ke Tanah Besar China.
Di Lohou terdapat toko-toko yang menjual pelbagai barang. Di sini Ummi membeli power bank 38000 kapasiti dan pen drive 512 GB. Harganya agak murah jika dibandingkan harga di Malaysia. Dari Luoho kami dibawa pulang ke Shenzen. Sebelum check in hotel kami dibawa untuk makan malam di restoran yang sama di mana kami menikmati makan tengahari. Restoran Islam ini menjadi tempat makan kami selama dua hari kami di Shenzen. Sektar jam 8.30 malam kami check in hotel Royal Century yang agak besar dan cantik. Malamnya kami tidur nyenyak kerana terlalu penat dengan perjalanan yang panjang.
No comments:
Post a Comment