Sebaik keluar dari hotel, terasa sangat dingin kerana suhu ketika awal pagi menjejah 13 darjah celcius. Pagi ini kami bergerak ke Deng Xiaoping statue. Kami tiba di taman yang teduh dengan rimbunan pohon-pohon menghijau. Sudah ada kumpulan-kumpulan penduduk tempatan yang sedang bersenam dan melakukan taichi di sini. Kami dibawa mendaki bukit oleh A Chen. Agak tinggi juga bukit ini menyebabkan warga-warga emas yang menyertai rombongan ini hanya menunggu di bawah sahaja. Deng Xiaoping ialah pemimpin China yang terkenal dan beliau telah membawa banyak perubahan di negeri China. Beliau bersara dari karier politiknya setelah berlaku peristiwa medan Tenan- man 1989. Di atas puncak bukit, rupa-rupanya ramai orang. Suhu agak sejuk di atas puncak bukit kerana angin yang agak kuat. Dari sini kita dapat menyaksikan pemandangan bandar Shenzen.
Setelah itu kami dibawa pula ke kilang penghasilan sutera dan kemudiannya ke kilang penghasilan bahan-bahan dari buluh. Kami ditunjukkan bagaimana benang sutera yang merupakan kepompong ulat sutera diambil dan diproses sehinggga membentuk kain.Kami tidak membeli kain sutera kerana harganya agak mahal. Ummi hanya membeli baju sutera untuk Iman yang boleh dibentuk-bentuk berharga 50 ringgit Malaysia atau 100 Yuan.
Kilang bamboo agak menarik juga. Rupa-rupanya bamboo boleh diproses untuk dijadikan kain tuala dan pakaian dalam. Kata penceramah di situ semasa penerangannya bahawa tuala dapur dari buluh bagus kerana tidak memerlukan sabun untuk dibasuh dan tidak lekat kotoran. Pakaian dalam, stokin dan sebagainya yang dibuat dari buluh dapat menyerap bau. Hasilnya pakaian dalam dan tuala tidak berbau peluh. Arang bamboo pula dibuat ubat gigi. Ummi membeli hasil-hasil buluh di sini kerana agak kagum dengan demontrasi penggunaan bahan-bahan yang dihasilkan. Begitu bijak orang China membuat reseach tentang buluh.
Setelah makan tengahari, kami sekali lagi dibawa ke masjid yang sama untuk sembahyang dan seterusnya aktiviti shopping yang ditunggu-tunggu oleh semua wanita.Kali ini kami dibawa ke Dongmen street. Punyalah ramai manusia di sini. Baru nampak betapa ramainya orang-orang di China. Selama ini, sepanjang perjalanan hanya nampak bangunan-bangunan cantik yang berbagai-bagai bentuk dan rumah yang tiada penghuni. Tiada motosikal di jalanan. Jalan-jalan dipenuhi kereta mewah dan didominasi model wolkswegan yang menjadi pilihan penduduk di sini.
Sebahagian bangunan di bandar Shenzen yang teratur dari jendela bas
Pakaian-pakaian yang dijual di sini semuanya berupa pakaian musim sejuk. Jadi tiada apa yang boleh dibeli. orang-orang di sini sibuk membeli pakaian untuk persediaan musim sejuk yang akan bermula Disember ini. Jam 5 petang kami sekali lagi makan malam dan dihantar ke hotel penginapan. Malam ini kami mengemas barang kerana esok pagi kami akan bertolak ke Guangzhaou pula.
No comments:
Post a Comment