Jumlah Pengunjung

Wednesday, 4 December 2013

KISAH PENIPUAN DI GUANGZHOU - HARI KEEMPAT

  
                                                                    Five Ram Statue
Cuaca waktu pagi semakin dingin. Angin yang menyapu muka begitu menyejukkan. Suhu sekitar 13 darjah. Pagi   ini kami akan ke kilang jade, kilang ubat  dan seterusnya ke Five Ram statue. Kami tiba di kilang ubat China yang compulsory dikunjungi dalam pakej agak awal. Kami mungkin kumpulan pertama tiba di sini. Kami disambut oleh pekerja kilang yang berbaris mengalu-alukan kehadiran kami lalu dibawa masuk ke sebuah bilik untuk mendengar taklimat. Kemudian masuk penterjemah perempuan yang boleh berbahasa Indonesia. Seterusnya masuk seorang yang diperkenalkan sebagai Profesor. Beliau menerangkan kelebihan ubat Cina berbanding perubatan moden dan menceritakan kejayaan-kejayaannya mengubat pesakit termasuk yang datang dari Malaysia. Beliau menunjuk bagaimana setelah memegang bara api  tiada kesan melecur jika menggunakan ubat  Bou Fu Lin.  Ubat ini seperti  ubat mopiko di Malaysia. Beliau juga meminta kebenaran untuk meneka penyakit yang dihadapi oleh ahli-ahli rombongan kami hanya dengan melihat muka pesakit.Kami seterusnya dipecahkan dalam kumpulan kecil mengikut keluarga untuk bertemu doktor-doktor yang kononnya lebih pakar untuk mengenalpasti penyakit kami. Inilah cara sebenarnya mereka mempengaruhi pengunjung untuk membeli ubat mereka. Ummi dan Ayah menolak untuk membeli ubat mereka dengan alasan tidak membawa wang.

Seterusnya kami dibawa ke kilang jade. Di sini kami ditipu oleh pekerja di situ dengan menawar potongan harga yang besar kerana kononnya, beliau yang merupakan bos di tempat itu terlalu gembira kerana baru mendapat anak lelaki kembar. Kononnya harga rantai emas  putih yang diuji ketulinan batu permata di situ berharga 4000 Ringgit Malayia diberi diskaun sehingga tinggal seratus ringgit. Cara mereka menipu sangat profesional. Ummi tahu yang kami ditipu apabila balik ke Malaysia, kawan-kawan yang pernah ke sana menceritakan cerita yang sama. Jadi untuk pengunjung yang pertama kali ke sana usah terpedaya dengan cerita mereka.
                              Berlatarbelakangkan bandar Guangzhou  yang mempunyai bangunan yang hebat
                                                    Tempat pertandingan sukan Asia 2010
 Dari kilang ubat kami ke bekas  tapak tempat berlangsungnya acara sukan Asia beberapa tahun lepas ketika China menjadi tuan rumah kejohanan. Di sini kami bergambar sahaja. Ada replika robot kartun kanak-kanak di sini.


Kemudian kami ke Five ram statue yang terletak di atas sebuah bukit. Di sini ada dijual cenderamata seperti key chain , magnet peti sejuk dan sebagainya. Di China barangan cenderamata sukar diperolehi kerana tidak dijual di tempat lain.  Jadi jika anda ke sana, belilah segera apabila anda jumpa sahaja kedai  tersebut..

Sebelah petangnya, kami dibawa membeli belah di Shangxiajiu. Di sini juga banyak dijual pakaian, beg dan tali pinggang dan jam. Lebih baik di Beijing Street dari di sini kalau ingin mebeli belah.



Malamnya kami menikmati mee tarik. Keistimewaan mee tarik ini ialah mee dibuat sebaik kita memesan makan bukan mee yang siap dibungkus seperti di Malaysia . mee ini tidak dipotong, jadi kita menarik mee ke dalam mulut semasa makan. Susah juga makan mee ini dan masing-masing terasa lucu menikmati mee tarik.

No comments: