Selepas selesai makan malam di Restoran Abdullah, rombongan kami bertolak ke River Pearl. Kami akan dibawa menyusuri sungai ini untuk menyaksikan keindahan bandar Guangzhou pada waktu malam. ia pengalaman yang agak mengujakan. Banyak jenis feri di sini. Ada yang agak besar, sederhana dan kecil. A Chen menempah feri yang tiketnya berharga 180 Yuan /head. Kami akan dibawa menyusuri sungai ini selama sejam.
menunggu feri
Pemandangan sepanjang sungai amat cantik lebih-lebih lagi kerana lampu neon yang menghiasi bangunan di bandar ini dibuat dengan begitu kreatif sekali. Memang terbaik. Dalam feri kami dihidangkan dengan teh cina dan kacang. Penumpang diberi tempat duduk umpama di restoran. Penumpang juga dibenarkan berjalan-jalan ke tingkat 2 dan tingkat 3. Tingkat 3 feri ini tidak berbumbung. Udara begitu dingin di tingkat 3 ini. Kita perlu berbaju sejuk jika ingin berada di tingkat ini.
Bangunan Guangzhou Tower nampak begitu cantik. Memang amat berbaloi dengan harga tiket dan jauhnya perjalanan dari Malaysia ke tempat ini. Rasanya lebih seronok menyususri sungai ini daripada menyusuri Sg Mekong di Vietnam.
Esok masih ada acara menunggu kami.
No comments:
Post a Comment