Di tebing Grand Canyon ini terdapat lobang Jepang. Kami meneroka lobang Japang dengan bantuan pemandu pelancong yang ada di sana dengan bayaran RM 5.00 seorang. kubu bawah tanah tersebut agak panjang dan lebih luas berbanding kubu komunis di Thailand. Di dalam lubang tersebut terdapat bilik simpanan senjata, dapur, bilik persidangan atau perbicaraan, bilik membantai pesalah, lokap dan lain-lain. Pada zaman pendudukan Jepun lubang ini adalah rahsia dan dibina dengan kerahan tenaga buruh paksa.Terasa perit derita mangsa yang dibawa masuk ke lobang ini. Sebahagian daripada kubu ini masih dikekal dalam keadaan asal yakni tidak disimen.
Mendapat penerangan dari penunjuk arah
Seterusnya, kami dibawa ke lekuk 37. Lekuk 37 adalah destinasi untuk menyaksi keindahan Danau Meninjau iaitu danau ke-2 terbesar di Indonesia selepas Danau Toba.
Di tepi danau ini terletaknya rumah Prof Dr Hamka.
No comments:
Post a Comment