Apa yang menarik di sini yang berbeza dengan tempat lain ialah setiap rumah mempunyai kolam. Di dalam kolam ini mereka membela ikan. Mereka mungkin tidak ingin bergantung dengan orang untuk memastikan keperluan makanan dan kelangsungan hidup. Selain itu bentuk bumbung rumah mereka hampir semuanya sama.
Pemandangan di Desa Pandai Sikek
Di sini, kami membeli beberapa pasang kain sulaman untuk dibuat baju kurung. Harganya jauh lebih murah berbanding yang dijual di Malaysia. Harga dari serendah RM 40.00 sepasang hinggalah ratusan ringgit bergantung jenis kainnya. Sulaman kain satin paling murah diikuti kain viscos, kain rosella dan seterusnya kain cotton.Sulaman pada kain chifon juga boleh didapati dengan harga yang lebih murah.
Nama Pandai sikek pernah kita dengan dalam lagu ayam den lopeh.
Mendaki jalan pandai Sikek
Basimpang jalan ka biaro
Di ma ati indak kamaupek
Awak takicuah ai ai
Ayam den lapeh
Basimpang jalan ka biaro
Di ma ati indak kamaupek
Awak takicuah ai ai
Ayam den lapeh
Alat penenun songket di Pandai Sikek
Tasik Singkarak
Dari Pandai Sikek kami menuju ke Istana Besar Pagar Ruyong. Di sinilah tapak kerajaan Pagar Ruyong suatu masa dahulu. Menurut Pak Adi, tempat ini dinamakan Pagar Ruyong kerana semasa dahulu terdapat banyak buaya dalam sungai di tepi istana ini. Oleh itu istana ini dipagar dengan kayu ruyong. Tiada yang menarik di sini kecuali bentuk istana itu.
Pohon nyiur yang batangnya berbentuk keris di tepi istana Pagaruyong
Iman bergambar kenangan dengan baju yang disewa dengan harga RM10.00
Di dalam istana
Seterusnya kami ke Pondok Flora untuk makan tengahari. Rumah makan ini terletak di tengah sawah dan terasa nyaman sekali menikmati hidangan sambil menyaksikan pemandangan yang indah.Di tepi restoran ini terdapat orang berjualan dan kami membeli sebiji durian kampung dengan harga RM7.00.
Restoran yang bersih
Pondok Flora dari hadapan
Seterusnya perjalanan diteruskan ke Tasik Singkarak yakni tasik yang terbentuk akibat letusan gunung berapi. Di sepanjang jalan di sini penduduk menjual buah kuinin.
Di tasik Singkarak
Dari Tasik Singkarak, kami bergerak ke kilang kopi kampung. Di sini, kami mencuba teh yang dibuat daripada daun kopi. Kopi banyak ditanam di sini dan rasanya ada kaitan dengan sistem tanaman paksa semasa pendudukan Belanda di Indonesia.
Selepas makan malam, kami dibawa bersiar-siar menikmati keindahan bandar Bukit Tinggi dan ke tempat tumpuan ramai iaitu di Jam Gadang.
No comments:
Post a Comment