Hari ini merupakan hari ke 5, Ummi berpuasa di Malaysia. Ummi sempat berpuasa di luar negara dari hari pertama hingga hari ke-6. Alhamdulillah percutian kali ini bersempena cuti pertengahan tahun agak lama.
kami bertolak ke Turki pada hari Sabtu sebaik cuti sekolah bermula.iaitu pada 28 Jun 2016 dengan penerbangan Emeriates ke Turki. Penerbangan ini memerlukan kita 'connecting' di Dubai. Kami bertolak pada jam 9.00 paagi dan tiba di Dubai jam 1.00 petang. Sesampai di Dubai terus mengambil flight yang sedia menunggu untuk ke Istanbul. Terasa lega sebaik memasuki pesawat untuk ke Istanbul.
Namun kapal terbang yang mula bergerak untuk berlepas tiba-tiba berhenti. Ada sesuatu yang tidak beres. Sekumpulan anak kapal berkejaran ke baris ke-3 daripada tempat duduk Ummi,. Hati tertanya-tanya apa yang terjadi. Rupa-rupanya seorang penumpang yang marah telah merosakkan tingkap kapal terbang di sebelah tempat duduknya. Akibat perbuatannya, pasukan keselamatan telah menaiki dan kapal terbang dan membawa penumpang ini turun. Tingkap terpaksa dibaiki dan mengambil masa. Penerbangan hanya dapat diteruskan pada jam 4.00 petang. Akhirnya kami tiba di Istanbul jam 7.00 petang.
Muzium Panorama 1453 - Tahun jatuhnya Konstantinople ke tangan Turki |
Bergambar dengan 'askar' sultan Mahmet yang serius |
Dari lapangan terbang Zikri,iaitu ketua rombongan kami membawa kita orang ke sebuah apartmen. Kami bermalam selama 2 malam di home stay ini. Pagi-pagi esoknya, kami breakfast di sebuah restoran yang terletak tidak jauh dari penginapan kami. Makanannya sudah tentulah roti dengan kuah untuk mencicah yang sangat sedap. Kesemua roti di sini berbentu sampan.
Seterusnya kami menaiki pengangkutan awam yang terkenal di sini iaitu tram. Tram ini samalah seperti lrt di Kuala Lumpur. Bezanya hanyalah landasannya di atas jalan raya. Kami melawat beberapa tempat seperti Panorama 1453 di Topkapi, Masjid Biru dan Aya Sofia yang terkenal itu. Seterusnya kami menaiki feri menyusuri Selat Bosforus dan pulang semula ke Istanbul dengan tram bawah laut. Selat Bosforus ini memisahkan Turki yang terletak di Eropah dengan Turki yang terletak di Asia.
feri di Selat Bosforus |
Apa yang paling menarik ialah menyaksikan kehebatan seni bina kerajaan Turki Uthmaniah yang terkenal hingga kini.Tempat-tempat yang disebut tadi merupakan tumpuan pelancong asing. Ummi amat kagum dengan usaha Sultan Mehmet AlFatih yang berjaya menawan Konstantinople daripada kerajaan Byzantine. Kekuatan sultan Mehmet dibantu dan tentera-tenteranya amat bergantung kepada kekuatan jiwa mereka. Menurut catatan di sana, Sultan Mehmat dan tenteranya tidak pernah meninggalkan solat tahajjud.
Sebaik menawan Konstantinople, bandar itu ditukar nama menjadi Islambul. Nama Islambul kemudian ditukar menjadi Istanbul oleh Mustafa Kamal Attarturk.
Aya Sofia ( asal masjid tetapi kini menjadi Muzium) |
No comments:
Post a Comment