Jumlah Pengunjung

Saturday, 9 July 2016

HUNGARY NEGARA YANG MENAWAN

Setelah puas menikmati pemandangan di Transfagarasan, kami bergerak menuju Budapest Hungary. Sepertimana  di pintu-pintu sempadan lain, kami melepasi sempadan Hungary tanpa masalah.kami membeli vignette iaitu bayaran untuk menggunakan highway di Hungary. Tiada pondok tol tapi membeli vignette seumpama membeli prepaid telefon di Malaysia. Kami tiba di penginapan di Budapest sekitar 10 malam. Kami menginap di Art Guesthouse. Rumah penginapan seperti  Muzium Seni. Ummi, Iman dan Ayah berada dalam apartment yang sama dengan Tn Hj Khalid dan Hjh Zaleha. Kami berkongsi dapur dan bilik air. Malam ini kami akan bersahur kerana esok bermula puasa. Kami bersahur sebelum pukul 2.30 kerana waktu Subuh masuk awal di sini..


Esok pagi kami keluar jalan-jalan santai di bandar Budapest. Buda bermaksud Bukit dan Pest bermaksud  lembah atau tanah rendah. Buda dan Pest dipisahkan oleh sebatang sungai yang luas. Sungai itu tidak lain ialah Sungai Danube. Kami hanya jalan-jalan melihat bangunan-bangunan hebat di sini. Ada dataran Hero yang mana di sini terdapat patung tokoh-tokoh terkenal di Hungary. ada ramai pelawat di sini, mereka mengunjungi gereja besar yang terdapat di bandar ini. Kami  hanya melihat bangunan itu dari kejauhan. Lebih berminat untuk membeli cenderahati buatan tangan yang ada di sini.




Picaso sdg melukis

Iman keletihan di hari pertama berpuasa

gereja di hujung jalan itu yang menjadi tumpuan pelancong. menaranya seumpama masjid



kami berada di sebelah pest. Di seberang sungai sana adalah kawasan tanah tinggi iaitu Buda. Ptg nanti kita lihat bangunan di sebelah sana.


Di seberang sungai sebelah berbukit kelihatan istana  dan bangunan parlimen. Melihat istana lama itu  terkejut juga kerana mirip benar dengan bangunan kediaman Perdana Menteri di Putrajaya. Kelihatan juga chain Bridge yang menjadi tumpuan pelancong. Kami rasa penat dan ingin kembali ke rumah penginapan. Petang nanti kami akan menyusuri  Sungai Danube. Dalam perjalanan pulang, kami singgah di kedutaan  Malaysia.

Thursday, 7 July 2016

TRANSFAGARASAN ROMANIA 2016

Kami meninggalkan Sofia menuju  ke pintu sempadan Romania. Sempadan   yang memisahkan Bulgaria dan Romania hanyalah sebuah sungai namun sungai itu sangat terkenal  di Eropah  iaitu Sungai Danube.Sebaik kami sampai di pintu sempadan kelihatan lori-lori treler sedang menunggu giliran untuk menaiki feri. Bilangan kereta dan van boleh dibilang dengan jari. Ternyata pintu sempadan ini sangat popular untuk kenderaan berat  yang terlibat dengan kegiatan import eksport.

Kami berkenalan dengan seorang pelajar dari Belanda yang sedang bercuti. Beliau seorang yang sangat peramah. Banyak bercerita tentang perjalanannya dan pernah tiba di Malaysia.Dalam setengah jam, kami tiba di Romania. Disambut oleh pegawai imigresen yang bermata cantik, peramah dan baik.menanya arah perjalanan kami dan membiar kami berlalu dengan cepat.
Sebaik memasuki Romania, jelas sekali perbezaannya berbanding Bulgaria yang baru ditinggalkan. Kelihatan rumah sepanjang jalan dan penduduk sedang berbual-bual di tepi jalan sesama jiran. satu pemandangan seperti di kampung-kampung di Malaysia. Rupa wajah mereka seperti gipsi. berambut hitam  dan kecil. Banyak sekali gereja orthodok di sini. Menjalankan pertanian sara diri. Romania lebih miskin berbanding Bulgaria dan Hungary.



kilang gandum



Bangunan Imegresen  Oryahoyo di sempadan Bulgaria dan Romania

menyeberangi  Danube River

kereta kuda seperti ini masih digunakan di balkans
Romania menunggu  di seberang sana
Di sini kami bermalam

Setelah menempuh  perjalanan yang panjang hari ini akhirnya kami tiba di Sibiu Romania. Kami bermalam di Charter Apartment. Terus tertidur kerana keletihan. esoknya kami bertolak jam 9 pagi. Sebaik keluar dari apartment, kami dapati kami melalui kawasan kubur kristian yang besar. patutlah tiada penghuni lain di sini.


 Perjalanan diteruskan menuju satu tempat yang dinanti-nanti. Sepanjang perjalanan sudah nampak dari kejauhan banjaran yang diliputi salji. Kami melalui jalan bangkang-bengkok selama lebih kurang setengah jam. Akhirnya Zikri memberitahu bahawa jalan ditutup. Oleh itu kami terpaksa menaiki kereta kabel untuk ke puncak. Rupa-rupanya, inilah banjaran yang kami lihat tadi. Tranfagarasan iaitu salah satu tempat terindah di dunia. Segala keletihan sepanjang perjalanan selama ini terasa berbalaoi. Inilah kali pertama dalam hidup Ummi memegang salji, merasa kedinginannya dan menyaksikan bagaimana salji membentuk bongkah keras di atas jalan dan perlu dikaut oleh jentera pemecah ais. Tempat ini menjadi tumpuan pelancong. Ada yang datang untuk bermain ski, ada yang datang untuk bermalam di chalet di atas gunung di sini dan ada yang datang sekadar menyaksikan keindahannya.





kenderaan ini tersadai di sini kerana salji sudah berkurang
setelah penat kami makan tebgahari di anak sungai ini. makan nasi you. nasi yang kami masak sendiri.
Camna? best kan Romania. Jadi pendek kata datang dan saksikanlah sendiri keindahannya,,,,,

Monday, 4 July 2016

BULGARIA NEGARA HEBAT

Dari Makedonia, kami melepasi sempadan Bulgaria. Pemeriksaan kastam di sempadan Bulgaria amatlah ketat. Kami diminta untuk turun van dan keluar semua barang. Bukan saja beg diperiksa tetapi van kami diketuk-ketuk bumbungnya, bahagian bawah dan dashboard turut di buka. Kami relek saja tengok mereka memeriksa van itu. Yalah... tak ada apa yang disembunyikan....tak ada apa yang nak diseludup. Mereka  bertanya adakah kami membawa rokok? Tentulah tidak kerana nobody dalam kembara ini merokok. rupa-rupanya mereka menyekat kemasukan rokok ke Bulgaria.
Pegawai-pegawai kastam Bulgaria bersaiz besar. dalam sepanjang perjalanan kami di Balkans, orang Bulgaria ternyata paling besar, tinggi dan sombong. Mungkin saiznya 3 atau 4 kali ganda orang Malaysia.Baik perempuan mahupu lelaki, jalannya tegak dan mukanya serius.

Akhirnya, kami tiba di rumah penginapan di bandar Sofia. tuan rumahnya perempuan dalam lingkungan 60-an.nama rumah penginapan kami ialah Villa Pontica. Kami sampai ketika waktu dah malam. sekitar 10 malam. Di sini, bilik penginapan agak kecil untuk kami 3 beranak. Esoknya, kami bersiap check out dan ronda-ronda bandar Sofia sebelum bertolak ke Romania.
pokok lili di tepi bilik penginapan

jalan di sebelah homestay kami. Rumah-rumah penduduk di kiri kanan jalan kampung.
Melihat bangunan-bangunan di bandar Sofia, sangat mengkagumkan. Bangunan-bangunannya nampak begitu kukuh dan kemas. Kekukuhannya seumpama hebatnya orang Bulgaria yang terkenal dengan sukan angkat berat. Merekalah juara angkat berat dunia. Saksikan sendiri kehebatan bandar Sofia. Di tengah bandarnya terdapat tapak arkeologi masyarakat yang lebih awal mendiami kota Sofia  iaitu  tamadun Serdica.



tempat tanam pokok bunga pun besar


Masjid Banya Bashi di tengah kota Sofia, Bulgaria
tram sbg pengangkutan awam di Sofia
Itulah satu-satunya masjid yang kami jumpa di sini. Gerja di sini dan di Romania ialah gereja Orthodoks. bentuk kubahnya seakan-akan masjid. Akan saya tunjukkan dalam catatan seterusnya.