Setelah puas menikmati pemandangan di Transfagarasan, kami bergerak menuju Budapest Hungary. Sepertimana di pintu-pintu sempadan lain, kami melepasi sempadan Hungary tanpa masalah.kami membeli vignette iaitu bayaran untuk menggunakan highway di Hungary. Tiada pondok tol tapi membeli vignette seumpama membeli prepaid telefon di Malaysia. Kami tiba di penginapan di Budapest sekitar 10 malam. Kami menginap di Art Guesthouse. Rumah penginapan seperti Muzium Seni. Ummi, Iman dan Ayah berada dalam apartment yang sama dengan Tn Hj Khalid dan Hjh Zaleha. Kami berkongsi dapur dan bilik air. Malam ini kami akan bersahur kerana esok bermula puasa. Kami bersahur sebelum pukul 2.30 kerana waktu Subuh masuk awal di sini..
Esok pagi kami keluar jalan-jalan santai di bandar Budapest. Buda bermaksud Bukit dan Pest bermaksud lembah atau tanah rendah. Buda dan Pest dipisahkan oleh sebatang sungai yang luas. Sungai itu tidak lain ialah Sungai Danube. Kami hanya jalan-jalan melihat bangunan-bangunan hebat di sini. Ada dataran Hero yang mana di sini terdapat patung tokoh-tokoh terkenal di Hungary. ada ramai pelawat di sini, mereka mengunjungi gereja besar yang terdapat di bandar ini. Kami hanya melihat bangunan itu dari kejauhan. Lebih berminat untuk membeli cenderahati buatan tangan yang ada di sini.
|
Picaso sdg melukis |
|
Iman keletihan di hari pertama berpuasa |
|
gereja di hujung jalan itu yang menjadi tumpuan pelancong. menaranya seumpama masjid |
|
kami berada di sebelah pest. Di seberang sungai sana adalah kawasan tanah tinggi iaitu Buda. Ptg nanti kita lihat bangunan di sebelah sana. |
Di seberang sungai sebelah berbukit kelihatan istana dan bangunan parlimen. Melihat istana lama itu terkejut juga kerana mirip benar dengan bangunan kediaman Perdana Menteri di Putrajaya. Kelihatan juga chain Bridge yang menjadi tumpuan pelancong. Kami rasa penat dan ingin kembali ke rumah penginapan. Petang nanti kami akan menyusuri Sungai Danube. Dalam perjalanan pulang, kami singgah di kedutaan Malaysia.
1 comment:
Nice post!
Check this one october2017islamiccalendar
Thanks
Post a Comment