Jumlah Pengunjung

Monday, 15 April 2019

BERCUTI DI KASHMIR INDIA

Salam untuk semua pembaca blog.
Alhamdulillah, sudah dua minggu berlalu , sudah dua miunggu juga bumi Kashmir Ummi tinggalkan. Banyak yang ingin diceritakan pada kali ini.
Peluang ke Kashmir terbuka pada cuti sekolah mac 2019. Ummi, Ayah dan Iman bertolak dari  rumah ke KLIA 2  pada hari Sabtu 23 Mac 2019  dengan bas yang disewa oleh En. Saiful iaitu orang yang bertanggungjawab mengurus perjalanan kami. Dari Kuala Lumpur, kami  terbang ke New Delhi dengan penerbangan murah Indi Go pada jam 9.30 malam dan tiba di sana lima jam kemudian.
Setelah mendarat, kita diminta mengisi borang sebelum cop pasport  dilaluan imegresen. Seperti memasuki mana-mana negara perkara yang ditanya dalam borang ialah nama, alamat semasa di India, no telefon, no flight tiba, tempat dituju, tujuan datang dan berapa lama akan berada di negara mereka.

Setelah selesai urusan imegresen, kami mengutip bagasi  namun agak malang bagi salah seotang rakan kami kerana salah sebuah begnya telah hilang. Perjalanan kami tersekat sebentar kerana menunggu rakan berkenaan membuat laporan kehilangan kpd pegawai yang bertugas di bahagian bagasi. Pihak berkenaan berjanji untuk mengesan di mana beg rakan berkenaan tetapi sehingga kami balik ke Malaysia beg tersebut tidak dapat dikesan  ghaibnya ke mana. Di sinilah pentingnya insurans perjalanan. kot-kot ada barang berhatga bolehlah juga dpt ganti  rugi.

Kami disambut oleh  Asif, wakil  syarikat tour di sana. bukan main laigi.. siap dikalungkan dengan bunga lagi setiap orang. Kemudian  dibawa ke hotel penginapan yang tidak berapa jauh dari air port untuk berehat sementara menunggu penerbangan keesokan hari ke Srinagar, Kashmir.

New Delhi adalah sebuah bandar yang terletak di utara India. Juga merupakan ibu negera India.. Suhu di sini agak dingin pada bulan Mac. memang di sini terdapat banyak anjing. Walau bagaimanapun anjing-anjing ini tidak kisah dan tidak garang. Mungkin sudah biasa hidup bersama orang ramai. Cumanya kita berada sedikit ganjil  dan geli.

basikal dan motor roda 3 dengan muatan yang brsae  di atas  jalan adalah pemandangan yang lazim di India

Bunga-bunga yang mula mengembang kerana musim sejuk  akan berakhir

sebahagian daripada rumah penduduk di New Delhi


   

Setakat ini untuk kali ini. Esok kami akan bertolak ke Srinagar jam 9 pagi.

No comments: