Jumlah Pengunjung

Saturday, 27 April 2019

KASHMIR HUJUNG MUSIM SEJUK

Dari hotel Benz New Delhi, kami bertolak ke airport selepas sarapan pagi. Airport New Delhi adalah kawasan larangan, bukanlah seperti  airport kita di mana orang ramai boleh keluar masuk sesuka hati. Hanya orang mempunyai tiket sahaja dibenar masuk ke pintu airport.

Ummi  dalam kumpulan 10 orang telah diminta oleh saiful untuk berpisah dengan group besar untuk terbang dengan penerbangan spice India melalui terminal 3. Seorang pembantu berbangsa kashmir terbang bersama kami. Rupa-rupanya penerbangan ke Srinagar  adalah pada jam 11.00 pagi. Dalam penerbangan ke Kashmir, kami berjumpa dengan beberapa kumpulan warga Malaysia yang turut bercuti di sini.

Salji di pergunungan kashmir
Penerbangan dari New Delhi ke Kashmir mengambil masa 1 jam setengah. Lapangan terbang Srinagar hanyalah sebuah lapangan terbang yang kecil. kita hanya berjalan kaki dari pesawat ke bangunan terminal untuk mengutip bagasi. Semasa kami sampai, terdapat penuh tentera India yang juga baru sampai di Kashmir. Keadaan ini tidak menghairankan kerana keadaan tegang yang berlaku ketika ini di antara India dan Pakistan. Walaupun tentera ramai di mana-mana sahaja di bumi Kashmir ini, mereka tidak menghiraukan kehadiran kami.Kami  juga tidak berasa apa-apa kerana kehadiran mereka yang ramai. menurut pemandu pelancong kami, keadaan itu adalah lumrah di sini.

rumah  bot di Tasik Dal

Jika dibandindingkan dengan Selatan Thailand, keadaan di Thailand lebih menggusarkan kita, kerana setiap km ada sekatan tentera. Namun di sini tentera berdiri sepanjang jalan yang jaraknya lebih kurang 50 meter antara seorang dengan yang lain.Di bandar, di tengah sawah, di perkampungan dan di mana sahaja kelihatan askar berdiri dengan senapang di tangan.
kebanyakan rumah di kashmir 3 tingkat
Taman Mughal di Srinagar
Sebaik tiba, kami dibawa ke hotel untuk makan tengahari dan solat. Kemudian pada jam 3.00 ptg, kami  bergerak ke Pari mughal  iaitu taman dan  bekas istana  semasa pemerintahan dinasti mughal. Pari Mughal terletak di gunung  Zabarwan. Semasa memasuki kawasan ini, van yang kami naiki diperiksa oleh tentera untuk memastikan keselamatan bangunan di sini. Istana lama yang terdapat di sini agak cantik dan  menarik kerana bangunannya dibuat daripada tanah liat. Terdapat pakaian yang boleh disewa untuk bergambar di semua taman di kashmir.
Iman memakai baju yang disewa di Pari Mughal

Kami melalui Dal lake yang terkenal itu, bergambar di tepi tasik yang berlatarbelakang gunung-gunung  yang merupakan sebahagian dari banjaran Himalaya. Tasiknya begitu luas, terdapat rumah bot di tasik ini. Ada ramai pelancong yang memilih untuk tinggal di rumah bot.
Peniaga kecil di Srinagar



walau bagaimanapun pada pandangan Ummi tasik ini kurang bersih jika dibandingkan dengan tasik-tasik di bumi Balkan.Airnya  kurang jernih tidak seperti tasik di benua Eropah yang kejernihan airnya hingga dasar tasik pun dapat dilihat. Banyak sampah di tepi tasik dan jalannya berdebu. proses membaiki jalan di tepi tasik yang berlubang-lubang sedang dilakukan oleh beberapa orang yang nampaknya seperti orang awam sahaja.
Wajah-wajah  Kashmir yang handsome

Di tepi tasik ini juga terdapat taman mughal dengan air yang mengalir seumpama taj mahal. Banjaran gunung dan pepohon  yang tiada daun  melatari taman ini dan seluruh kawasan di Kashmir pada bulan Mac.Warna hitam dan kelabu yang paling banyak dilensa kamera.

Masjid tertua di Kashmir yang dikongsi bersama Syiah dan Sunni

Gambar mesjid dari salah satu dari 4 penjuru

Setakat ini untuk kali ini, untuk seterusnya  Ummi akan ceritakan tentang Pahalgam dan  Gulmag iaitu dua kawasan pergunungan yang telah kami kunjungi.